Kadangkala kita sebagai ibu seringkali terlepas pandang mengenai membersihkan lidah anak selepas selesai menyusu. Jadi, apabila lidah bayi tidak dibersihkan, bayi mungkin berasa tidak selesa dan lidah mereka akan terasa sakit. Sebab itulah, bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana lidah mereka berasa pedih.
Selalu kita tertanya-tanya, kenapa lidah bayi akan berwarna putih selepas minum susu, jika tidak dibersihkan malah makin tebal pula warnanya. Inilah yang dinamakan kerak susu atau dalam bahasa perubatannya oral thrush. Ada orang dia dikenali dengan kulat susu. Kulat susu ini boleh dikenalpasti dengan tompokan putih kecil di dalam lidah bayi.
Bagaimana kulat susu ini terjadi?
Kulat susu ini terjadi apabila disebabkan oleh kulat candida. Kulat candida ini merupakan sejenis yis. Kulat ini adalah sering berlaku di mulut kerana ia merupakan kulat mulut dan boleh menjangkiti anggota tubuh badan yang lain. Jadi, ibu bapa perlulah cakna dengan keadaan lidah anak. Umumnya, kulat ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja, terutama bayi, kanak-kanak, orang tua serta individu yang mempunyai imuniti badan yang rendah.
Mengapa mulut dan lidah bayi boleh berubah menjadi putih?
Mulut dan lidah bayi menjadi putih akibat daripada kulat candida yang terjadi secara berlebihan. Ada kalanya sistem imuniti badan kita menjadi lemah menjadikan kulat membiak di luar kawalan. Sebab itulah jangkitan kulat ini terjadi. Tahap daya tahan tubuh bayi juga masih fragile, jadi tidak pelik jika bayi sering dijangkiti penyakit kulit ini.
Bagaimana untuk mengenal samada kulat susu atau sisa susu dan cara membersihkannya?
Cuba ambil kain yang bersih dan dibasahkan dengan sedikit air masak. Sekiranya sisa ini sangat mudah dibersihkan, lidah menjadi warna jambu maka ianya tidak perlu rawatan susulan. Itu hanyalah sisa susu sahaja. Namun, sekiranya lidah bayi ini susah untuk dibersihkan, maka mereka perlu rawatan lanjut. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Doktor akan memberikan ubat oral Nystatin selama seminggu
Bayangkan, kita yang dewasa ini pun rajin berkumur dan berus gigi dan lidah sebelum tidur bukan? Mulut bayi begitulah juga. Kena bersihkan. Apabila kes kulat susu ini menjadi serius, bayi confirm dah tak nak menyusu lagi sebab rasa tak selesa.
Jangkitan ini satu keadaan yang biasa
Usah risau para ibu-ibu sekalian. Jangkitan kulat ini tidaklah berbahaya namun sekiranya ianya tidak dirawat, mungkin bayi akan berasa trauma. Jadi, sudah tentulah kita akan berasa risau bukan? Momen penyusuan juga akan menjadi tidak seindah seperti hari-hari sebelumnya. Oleh itu, segeralah berjumpa dengan doktor jika perkara ini terjadi pada anak anda.
Moga bermanfaat. Sumber: Hello Doktor & Dr Redza Zainol
bermanfaat.. ^_^
ReplyDeletetq singgah baca
ReplyDelete