Assalamualaikum. Sebenarnya aku sudah lama nak buat entry yang aku makan menu terbaru dari KFC.
Sebenarnya, aku kan sudah lama tak pergi KFC haha. Sampaikan entah bila KFC keluarkan menu baru. Nak katanya keluar dekat iklan TV, tak pernah nampak pulak. Ke aku sorang saja yang tak nampak😂.
Nak jadikan cerita, masa balik sekolah, siap segala kerja semua, memang aku akan cari satu hari untuk reward diri tau. Tapi bukanlah setiap hari nak reward diri. Setakat makan cucur dengan takoyaki tepi jalan tu biasalah.
Aku pun bertolak lah pergi KFC. Sesampai sahaja di KFC, tak nampak pulak tau poster menu baru dekat pintu depan tu. Yang aku masih ingat, menu baru setakat ni pun Zinger Chop saja.
Aku memang akan order nasi. Perut Melayu kan, haha. Nak makan benda yang merapu tanpa nasik, memang siaplah malam karang. Lapar memang tak boleh bawak bincang.
Aku belek punya belek, eh ada menu baru lah! Potato & cauliflower poppers. Macam sedap saja. Nak trylah! Aku pun orderlah satu set. Ada 5 biji. RM5.99 tak salah. Kira okey lah tu kan.
Nampak sedap kan. Rupanya not bad. Comel saja kan.
Review: Bagi aku rasa dia sedap. Macam makan karipap kentang tu haa. Ada rasa kari sikit. Kalau yang suka makan inti karipap tu, beginilah rupanya. Untuk aku repeat lagi, mestilah. Cuma tak akan lah nak pergi KFC hari-hari, botak kepala aku haha.
Rating aku bagi 8/10. Sebab sedap pada tekak aku tau. Hehe. Jadi kalau korang nak pergi dapatkan menu terbaru ini, aku sarankan korang pergi tau. Manalah tahu nanti menu ni dah habis, haa, menangis tak berlagu.
Sekian sahaja untuk entry kali ini.
kita pun jarang makan kfc sekarang. menu baru pun jarang nak cuba..hehe
ReplyDeletehehe kan. ni kebetulan saja ni
DeleteRupa tu tengok macam menarik juga
ReplyDeletehaah. rasa dia pun sedap.
Deletenampak pun sedap. tp belum cuba sbb tak nampak dlm food panda
ReplyDeletemungkin kena walk in je kot. sebab tak semua makanan available dalam food panda
Delete