Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Monday, 23 December 2024

Travel: Bandung, Indonesia part I

Assalamualaikum. Dah lama aku simpan post ni. Baru hari ni aku berkesempatan nak publish. Oh ya, ini merupakan kali pertama aku pergi travel di luar Malaysia, jadi agak excited sikit. Sorry kalau post ini agak panjang. 


**Sorry jugak kalau susunan gambar agak bersepah haha. Sebab aku cerita mana yang aku ingat. 


Sebelum pergi, aku bayar deposit dalam RM1400++ macam tu. Bayaran ni termasuk tiket flight sekali. Flight ambik dari Penang ke Jakarta. Sebab direct flight untuk ke Bandung tak semua hari available. 


Sekarang ni nak masuk Indonesia tak dah perlu cop passport. Scan passport korang saja. Aku isi e-visa online, dalam tak sampai sejam dah approve. Sesiapa nak masuk sini jugak kena isi form mysihat. Korang kena isi segala details korang seperti nama, no, passport, no.flight, dan jugak simptom kesihatan.

 

**Itinerary korang jangan buang tau sebab nak isi form ni memerlukan semua details tu. 


Kalau nama korang ada tiga macam aku, isi nama saja. Tak perlu binti. Nanti tak dapat submit form. Korang jugak kena isi Bea declaration untuk pemeriksaan kastam. Nanti dah siap isi, pihak sana scan barcode saja. Kesimpulannya ada 3 benda korang kena isi:


1.e-visa

2.Bea declaration

3.mysihat


Tiga-tiga form ni boleh isi sampai airport sana pun boleh. Tapi aku isi siap-siap sebelum pergi. Nanti senang lalu saja scan. Tak perlu tunggu lama. 


Oh ya, aku buat roaming saja sepanjang di sana. Aku tak beli simkad. Jadi kalau korang tanya aku beli simkad ke tak, jawapan aku tak. Sebab aku nak memudahkan kerja. 


Aku tukar RM1000 saja untuk ke sana. Kiranya dalam 3 juta rupiah lebih-lebih sikit. Sebab aku bukannya orang shopaholic. Kalau korang suka membeli kain, atau apa-apa souvenir yang banyak, korang spare lebih sikit duit. 


Aku sampai Jakarta dalam pukul 10 pagi macam tu. Ada TA dah tunggu kami dekat tempat teksi. Jadi dari Jakarta ke Bandung ambik masa dalam 3 jam jugak lah. Rupanya jauh. Ingatkan dekat saja. Aku menginap dekat Hotel Citra Dream. Hotel ni 3 bintang tapi dapat sekali breakfast.  


Sebelum check in hotel, aku dibawa ke tempat shopping dahulu. Sempat lah nak beli apa-apa. Aku beli baju, keychain, beg uncang dan beberapa souvenir lain.


Kena banyak pejam mata sebab souvenir cantik-cantik. Nanti lagi gian nak shopping banyak-banyak haha. 



Ini hotelnya. 


Ini suasana jalan raya di sana. Sentiasa sibuk, penuh dengan kenderaan. Pada masa yang sama, kita cuti Hari Malaysia, diorang pun ada cuti umum. Jadi meriah. 


Ini perjalanan dari Jakarta ke Bandung


Perjalanan ke Bandung masa tu diuji dengan kereta aircond rosak. Jadi TA terpaksa berhenti sekejap dekat RNR, dan dia cuba tengokkan keadaan kereta. Dah sampai Bandung baru dapat tukar kereta baru. Cuaca di Bandung masa tu agak panas. Tak hujan. 



Dah sampai Soekarno-Hatta Jakarta International Airport. 


Aku ambik penerbangan Airasia saja. Tak ambik sekali makanan. Ambik 23kg luggage sahaja. 


Dah siap check in apa semua, aku berehat sekejap, membersihkan diri sebelum turun makan pada sebelah malam. Dekat sini, TA bawak dekat tempat makan yang semuanya penuh dengan orang Malaysia dekat situ. Aku makan nasi ayam penyet. Sambal dia berbeza sedikit dari Malaysia. Tapi still sedap. 


Dekat sini, kedai Indomaret bersepah. Macam 7e dekat Malaysia. Aku pun tak melepaskan peluang untuk beli Susu brand Cimory. Aku beli perisa biskut marie, tiramisu, coklat. Semua sedap dengan tekak aku. Aku siap beli Indomie yang tak ada dekat Malaysia. 



Ini lah nama kedai tu. Waktu malam memang penuh. 


Ini sahaja untuk part I. Nanti aku akan sambung part II tempat-tempat yang aku pergi. 

Thursday, 3 March 2022

Travel: Gaharu Tea Valley


Hai korang. Dalam entry sebelum ini, aku ada share aku ada pergi ke Kellie Castle. Pada hari yang sama jugak, aku pergi ke Gaharu Tea Valley. Tempat dia tak jauh dengan Kellie Castle. Nak masuk ke sini pun tak susah, masuk ke dalam kampung. 

Masa tu dah pukul 4 petang, kami semua pakat tak makan lagi, jadi perut pun dah lapar gila. Berhenti sekejap nak makan nasi. Masa tu tak banyak kedai yang bukak. Nasib ada satu kedai yang bukak, jadi kami pun turun lah untuk makan dulu. Nasi dia not bad. Sedap jugak. Alang-alang dah lapar kan, tak fikir apa dah. 

Nak masuk ke Valley Tea ni kena bayar RM5. Bagi aku sangat berbaloi sebab untuk pencinta nature, korang boleh berjalan-jalan naik ke atas bukit. Macam hiking gituh. Dulu sebelum covid, diorang akan buat tour naik kereta. Sekarang, kita kena jalan sendiri. Kira okaylah tu kan, sebab kita boleh menguruskan badan dengan jalan kaki. Biar badan kita fit. Ada waterfall jugak tau. Sangat cantik, korang pun pada masa yang sama boleh bagi ikan makan. Sesuai bawak anak-anak datang sini.

Korang jugak akan dapat free gift percuma. Minum air teh gaharu. Bagi aku sedap juga. Tak adalah rasa kelat ke apa. Tidur pun lebih lena. Di sini aku kongsikan gambar sepanjang aku di sana.








Baiklah, setakat ini sahaja entry kali ini. Inshallah lain kali aku akan share pulak tempat-tempat makan yang menarik sepanjang trip ini ya. 


Wednesday, 2 March 2022

Travel: Kellie Castle,Batu Gajah


Hai korang. Maaflah aku sudah lama tak update blog. Masa cuti inilah aku dan family aku bercuti sambil jaga SOP. Pemilihan tempat aku akan pilih tempat yang tidak bertutup, tak beraircond. Mudahlah udara masuk.

Kali ini, aku bawak maksu aku dan sepupu aku berjalan di Kellie Castle, Batu Gajah. Sejujurnya ini sudah kali keempat aku pergi. Sebab tempat dia sangat cantik. Bagi aku, tak jemu kalau pergi banyak kali pun. Perjalanan aku dari Sg Petani ke Batu Gajah amik masa kurang 4 jam jugak. Sebab aku bertolak dalam pukul 10 pagi, sampai dalam pukul 1.30 petang. Aku turun exit 137, exit Simpang Pulai/Batu Gajah/Cameron Highlands. Sebelum ni, aku pakai jalan biasa saja. Aku lalu dekat Seri Iskandar. Tapi akan rasa lama sikit lah.

Rezeki kami, sampai-sampai sana, cuaca mendung dan tak panas. Nak katanya aku tak fit, nak panjat tangga pun agak berpeluh ya gais. Haha.

Tiket masuk RM5 ya. Kalau korang nak parking dalam, RM2 lagi cas tambahan. Pekerja dia akan check korang dah vaksin atau belum. Bab ni memang strict ya. Mereka seboleh-bolehnya nak menjaga keselamatan pengunjung. Nah aku kongsikan sedikit gambar aku di sana. 








Jika korang tak pernah pergi sini, aku sarankan korang pergilah sini. Bukan apa, tempat bersejarah seperti ini rugi kalau tak pergi. Di samping membaca kisah Kellie, korang jugak boleh merakamkan gambar sebagai kenang-kenangan. 

Baiklah, setakat ini sahaja entri kali ini. Aku akan update lagi tempat yang menarik di next entry okay.

Popular Posts