Wednesday, 2 March 2022

Travel: Kellie Castle,Batu Gajah


Hai korang. Maaflah aku sudah lama tak update blog. Masa cuti inilah aku dan family aku bercuti sambil jaga SOP. Pemilihan tempat aku akan pilih tempat yang tidak bertutup, tak beraircond. Mudahlah udara masuk.

Kali ini, aku bawak maksu aku dan sepupu aku berjalan di Kellie Castle, Batu Gajah. Sejujurnya ini sudah kali keempat aku pergi. Sebab tempat dia sangat cantik. Bagi aku, tak jemu kalau pergi banyak kali pun. Perjalanan aku dari Sg Petani ke Batu Gajah amik masa kurang 4 jam jugak. Sebab aku bertolak dalam pukul 10 pagi, sampai dalam pukul 1.30 petang. Aku turun exit 137, exit Simpang Pulai/Batu Gajah/Cameron Highlands. Sebelum ni, aku pakai jalan biasa saja. Aku lalu dekat Seri Iskandar. Tapi akan rasa lama sikit lah.

Rezeki kami, sampai-sampai sana, cuaca mendung dan tak panas. Nak katanya aku tak fit, nak panjat tangga pun agak berpeluh ya gais. Haha.

Tiket masuk RM5 ya. Kalau korang nak parking dalam, RM2 lagi cas tambahan. Pekerja dia akan check korang dah vaksin atau belum. Bab ni memang strict ya. Mereka seboleh-bolehnya nak menjaga keselamatan pengunjung. Nah aku kongsikan sedikit gambar aku di sana. 








Jika korang tak pernah pergi sini, aku sarankan korang pergilah sini. Bukan apa, tempat bersejarah seperti ini rugi kalau tak pergi. Di samping membaca kisah Kellie, korang jugak boleh merakamkan gambar sebagai kenang-kenangan. 

Baiklah, setakat ini sahaja entri kali ini. Aku akan update lagi tempat yang menarik di next entry okay.

5 comments:

  1. Dah pernah jejak sekali. Itupun tak puas berjalan sangat sebab pergi dah petang, ada masa sikit untuk explore sebelum tutup. Next time ada rezeki kesana boleh singgah sini lagi.

    ReplyDelete
  2. Awal tahun ni sempat jugak ke negeri perak ni . Ada la dua tiga tempat sempat ccl singgah termasuk kellie castle ni . Ya betul tu bab vaksin semua diorang punya staff memang strict .

    ReplyDelete
  3. Hujung tahun lepas dah pergi, tempatnya menarik tapi waktu tu ramai orang, biasalah hujung minggu kan + hujan. Next time nak repeat lagi.

    ReplyDelete

Popular Posts