Selamat malam korang. Semoga korang sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Hari ini, aku pergi ke Family Bakery. Sebenarnya dekat Kedah aku rasa masih belum nampak lagi Family Bakery ni. Inilah pertama kali aku masuk.
Secara jujurnya, harga Family Bakery ini sedikit mahal berbanding Fairy. Tapi itulah, terdapat roti-roti dan kek-kek yang tak pernah aku tengok pun selama ini. Contohnya kek yogurt. Ha, macam pelik kan, tapi dekat sini ada tau. Dan memang sedap.
Aku grab satu Chocolate Oddesey, iaitu kek coklat dengan kacang walnut. Rasanya not bad. Sedap jugak. Kurang manis dan sedikit pahit. Ha, yang ni aku suka. Aku tak berapa suka sangat coklat yang milk punya. Aku suka dark chocolate. Haha.
Beginilah rupanya. Sangat comel dan diletakkan dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk baru nikmat. Aku haraplah tak kena potong kaki lepas ni, sebab aku ni bukanlah peminat dessert tegar.
Ini plastiknya. Cantikkan. Abaikan sedikit terlipat tu.
Rating aku bagi 8.5/10. Sedap dengan tekak aku. Cuma kalau nak repeat selalu mungkin taklah kot. Kang kena diabetes pulak haha.
Baiklah, kalau korang pernah pergi bakeri ni, korang boleh share dengan aku menu apa yang korang selalu beli. Sekian sahaja entri kali ini.
Tidak tahu sini ada ke tidak sebab tidak pernah nampak.
ReplyDeleteitulah kak huhu. jarang nak nampak bakeri ni, tapi tulah, orang cakap bakeri ni famous haha
Deletetebal ye chocolate dia, puas hati bila makan. Kalau nak makan sedap cenggini, kena tunggu special occasion lah baru boleh makan tanpa rasa bersalah hehe
ReplyDeletehaah sebab harga dia agak mahal huhu
Deletebertukar lagi baju blog dia ni ye..
ReplyDeletebila makan kek yg pahit sikit sedap sbb tak rasa muak (pada ammilah)..coklat pun sama
hhehe. susah betul nak stick satu baju je. mesti akan tukar.
DeleteChocolate dia nampak tebal lah. Saya tak suka sangat coklat ini susah nak makan
ReplyDeleteWah.. nampak tebal coklat dia..
ReplyDelete