Apabila melangkah ke alam pekerjaan, sudah semestinya kita akan menghantar resume yang bagus untuk ditunjukkan kepada bakal majikan kita. Tahukah anda ciri-ciri resume yang bagus? Berikut adalah tips bagaimana untuk menulis resume yang baik.
1. Pemilihan tulisan.
Gunakan font Cambria. Calibri atau Helvetica sahaja. Ini penting tau. Jangan pulak korang gunakan tulisan berangkai, tulisan yang fancy-fancy. Benda ini tak perlu pun dalam penulisan resume. Ramai jobseekers gunakan font yang pelik-pelik. Macam manalah HR tak pening nak baca betul tak? Jadi korang kena elakkan okay.
2. Margin.
Margin mestilah 1 inci di 4 penjuru resume. Bukan apa, margin seperti ini membuatkan resume korang nampak kemas lah. Tidaklah sakit hati HR tengok iya tak? Banyak resume yang HR kena tengok. Jadi, korang janganlah bagi dia serabut kepala pulak tengok resume korang yang tak teratur.
3. Heading.
Heading korang pada resume mestilah jelas. Boleh besarkan font untuk heading atau gunakan sahaja huruf besar. Selain daripada jenis font, saiz tulisan pun agak penting. Contohlah kalau korang nak highlight apa-apa sahaja pada resume, jadi korang boleh besarkan sedikit font itu. Senang HR nak fokuskan apa kelebihan korang dalam resume tersebut. Kita mudahkan urusan orang, inshallah Allah mudahkan urusan kita.
4. Jangan terlampau padat.
Kita faham, korang kalau boleh semua benda nak letak dalam satu resume. Ingat! Resume yang terlampau padat tidak bagus ya. Cukuplah sekadar satu muka surat sahaja. Kalau banyak sangat, nanti HR pun boleh hilang mood nak baca sebab dia tak ada masa nak ringkaskan resume korang tu. Kalau korang nak apply kerja, pastikan resume korang tu cukup sekadar satu hingga dua pages sahaja. HR selalunya tak akan baca pun kalau resume pun sampai lima pages. Tak ada masalah dia nak tengok satu-satu.
Contoh resume
Contoh resume
Okey baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Semoga bermanfaat.
Menarik tips. Teringat zaman lepas habis study buat resume. Haha dah lama x mengadap resume ni
ReplyDeletekan. tau takpe haha.
DeletePerkongsian yang menarik Nurin. Akak pun dah lama tak tengok resume akak. Last update 3 tahun lepas 😅.
ReplyDeletesamalah kak. dah keja ni tak tengok dah resume semua tu
DeleteDulu resuma kalau boleh semua nak letak. Sekarang ni satu mukasurat dah memadai. Cukup yang penting dan tak terlalu sarat. Bagus share tipsnya.
ReplyDeleteDulu resume kalau boleh semua nak letak. Sekarang ni satu muka surat dah memadai. Cukup yang penting dan tak terlalu sarat. Bagus share tipsnya.
ReplyDeletetau takpe. Semua kalau boleh nak padat letak dalam banyak page. pening kita bila tengok balik
Deletekalau zaman ammi cari kerja dulu..font paling 'in' adalah Arial. sebab paling senang baca.
ReplyDeletePernah juga ammi dapat resume yang alahaiiii...tengok sekali je confirm taknak panggil interview pun..alignment merata2. tu kalau dipanggil bekerja confirm kene berminggu nak ajar dia guna "words" aje
kan. ada yang tulis pun tulisan berangkai huhu. pening nak baca.
Delete