Thursday, 1 October 2026

Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif

 Assalamualaikum. Jemput join GA ini ya.


Syarat-Syarat Penyertaan :

1. Terbuka Kepada Semua Blogger

2. Buat Entri Penyertaan Ringkas

3. Tajuk Entri: Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif! 

4. Salin (copy) banner segmen di atas dan muat naik ke dalam entri.

5. Backlink dan tinggalkan pautan (URL) ke entry ni di bahagian komen

6. Follow Blog SA pada yang belum follow

7. Saling Blogwalking  digalakkan singgah dan tinggalkan komen di entri peserta-peserta lain yang menyertai segmen ini untuk eratkan silaturahim!

8.Tarikh Penyertaan dibuka dari 1 Oktober 2026 sehingga 10 Oktober 2026 (11:59 malam).

9. Entri pengumuman pemenang/senarai bloglist akan di-publish selepas tarikh segmen tamat.

10. Pemenang akan ditentukan melalui Wheel Of Name

Wednesday, 23 September 2026

Siri Puaka Sekolah: Kelab Tarian

Assalamualaikum. Setelah lama aku berdiam diri pasal buku aku yang aku hantar manuskrip tahun lepas tu, akhirnya hari ni aku bakal reveal covernya. 

Aku rasa terharu sebab inilah novela pertama aku. Selalunya aku tulis puisi dengan cerpen je. Aku tak pernah tulis sepanjang 20 ribu patah perkataan. Bukan mudah tau nak capai untuk jadi satu buku.

Fun facts pasal buku ni dulu aku nak tulis tentang tarian balet. Aku kan suka kalau idea pelik-pelik tu haha. Tapi, editor cakap, balet ni kurang sangat di Malaysia. Dia nak aku tulis sesuai untuk market Malaysia. Jadi, aku fikir punya fikir, aku tukar jadi Kelab Tarian. 

Cerita pun aku rombak sebab editor cakap tak nak terlalu open sangat, nak latar di sekolah saja. Jadi, aku pun tulis semula. Akhirnya, setelah berhempas pulas, aku bakal peluk buku sendiri. 


Korang tunggu saja di laman web PTS, untuk pembelian boleh beli di Shopee, Book Capital dan sebagainya. Tunggu diaorang open order. Stay tuned!

Sunday, 23 August 2026

Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz

 



Assalamualaikum. Jemput join semua. 

Syarat-Syarat Penyertaan (Sangat Mudah!):


  1. Buat Entri Baharu: Tajuk entri wajib: Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz
  1. Tampal Banner: Salin gambar banner di atas dan letakkan di dalam entri penyertaan anda.
  1. Follow & Tinggal Pautan: Follow blog ini dan tinggalkan pautan (link) entri penyertaan anda di ruangan komen di bawah.
  1. Tag Rakan Blogger: (Opsional) Tag 2 atau 3 orang rakan blogger lain untuk sama-sama meriahkan segmen ini.

Wednesday, 19 August 2026

Dah terima keputusan manuskrip. Hasilnya?

 Assalamualaikum semua. Sudah lama aku tak update posting baru mengenai progress manuskrip aku. Hari tu, aku ada ceritakan pada posting sebelum ni yang mengatakan aku ada hantar satu manuskrip ni ke publisher. Aku sebenarnya berharap manuskrip aku tu diterima sebab aku mengambil masa yang lama untuk menyiapkan dan refine sebelum hantar semula. 

Aku siap upah beberapa orang beta reader untuk membaca manuskrip aku tu. Aku sebenarnya, tak nak fikir soal lulus ke tak, tapi dah kita hantar kan, tipulah kalau kita tak berharap manuskrip kita tu lulus. Nak dijadikan cerita, semalam aku dah terima emel balasan diaorang mengenai manuskrip aku. So, keputusannya...

DUKACITA

Aku sedih? Sejujurnya, aku tak berasa sedih sikit pun. Sebab reason utama diaorang reject manuskrip aku, bukan sebab struktur dan jalan cerita aku tak bagus, cerita aku menarik. Tetapi, publisher tu ada satu tema yang mana dalam masa terdekat ni, manuskrip aku tak menepati genre yang diaorang nak. 

Aku reda sebenarnya. Ini bukan pertama kali. Walaupun aku dah tanya diorang, diorang terima semua genre tak, tetapi iyalah. Mungkin belum sampai rezeki aku. Itu jelah yang aku boleh cakap. Aku pun move on dan terus hantar manuskrip aku ke tempat lain. Aku harap, kali ni jika ada rezeki aku, adalah. Sekiranya tiada, tak mengapa. Aku sudah serahkan segala-galanya kepada Allah SWT.

Nanti, jika aku ada masa, aku share contoh cover yang aku guna untuk promosikan cerita aku tu. Setakat ni, aku tak berani nak share sebab dalam tempoh penilaian dan jugak aku tak nak cerita aku orang tiru. Aku perasan, aku pernah terjumpa satu cerita dekat Wattpad, dia punya genre musical drama tu sama dengan aku, iaitu piano, tetapi genre thriller. 

Aku jadi takut, sebab penulis tu famous jugak di Wattpad. Jadi, aku terus stop share apa-apa sahaja bab ke penulisan ke teaser ke...semuanya. Biar je lah tunggu buku terbit baru aku berani share. Aku tak nak nanti aku pulak yang dituduh ciplak karya orang. Tak ke gila!

Okeylah, setakat itu sahaja. Sekian. 

Popular Posts