Assalamualaikum semua, mesti korang dah tertunggu-tunggu post aku kan pasal interview aku hari tu. Sebenarnya minggu ni aku memang tak ada mood nak menulis. Sebab aku pun sakit tekak, batuk dan demam. Mungkin cuaca panas sangat kot. Tambah-tambah nak bulan puasa ni.
Okey lah, nak dijadikan cerita..aku buka Thread untuk tengok nama-nama penulis hebat tu. Aku pun masih kentang lagi dalam penulisan ni. Aku tak hebat mana pun jika nak dibandingkan dengan penulis-penulis otai. Genre yang aku tulis pun tak banyak. Jadi, aku rasa perlu stay dalam otak je kot haha.
Aku tengok ada 6 penulis yang Jiwa senaraikan.
Tapi, tak ada nama aku.So, aku dah boleh agak aku tak kan dapat. Sebab rata-rata yang dapat tu genre romance. Aku ni tak berapa pandai nak tulis. Jadi, aku tak mengharap banyak. Aku duduk termenung kejap masa aku baca nama-nama penulis tu. Aku akui memang yang terpilih tu penulis lama yang dah ada fanbase. Aku tumpang bahagia untuk diorang.
Dan apa jadi dengan sinopsis yang aku dah buat? Aku decide untuk move on dan hantar ke publisher lain. Aku share cover je untuk teaser. Dan aku terkejut bila founder Prolog Media, Puan Anna Lee komen dekat Thread aku. Katanya, dia mintak aku suruh hantar manuskrip. Aku cakap aku janji nak hantar.
Sebenarnya, Puan Anna mintak aku hantar dari tahun lepas lagi. Sejak aku tulis pasal cerita Lacrimosa. Jadi, tahun ni aku tahu mesti dia tunggu manuskrip aku. Sebab publisher Prolog diorang suka explore genre. So, why not kan? Aku tak kan nak terus bersedih. Kita jalan terus.
Hari ni, Jiwa mesej aku kata dia tak mampu nak ambil banyak perantis. Aku pun reply okey je. Aku faham. Sebab dia pun masih baru. Dia cakap kalau batch seterusnya bukak, dia akan review karya aku semula. Tapi, dia nak minta izin aku untuk aku bagi manuskrip tu lah.
Aku jawab dekat dia, insya-allah. Mungkin tahun depan. Aku akan tunggu dia berani explore genre, baru aku akan hantar. Aku tak nak dua-dua risiko tau. Buku tak terjual. Rugi untuk publisher, rugi jugak untuk aku. Dan aku akan rombak balik cerita sebab cerita yang sekarang ni aku fokus nak hantar pada Prolog Media.
Baiklah. Setakat ini sahaja perkongsian aku. Korang doakan buku aku keluar cepat-cepat. Boleh lah aku dapat peluk buku sendiri nanti. Amin!!






Post a Comment