Assalamualaikum. Semoga korang dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia selalu. Baiklah, kali ini aku nak berkongsi cara-cara membuat Permainan Snake & Ladder ataupun Permainan Dam Ular secara DIY saja tau. Korang dah tak perlu lagi beli dam yang besar, lepas tu mahal pulak. Kali ini, dam DIY ini dapat menjimatkan kos.
Ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga boleh buat dam ini. Secara tak langsung, mereka akan dapat mengembangkan psikomotor mereka.
Aku sebenarnya tercetus idea ini sebabnya aku mengajar murid-murid yang umurnya dalam lingkungan 7-11 tahun. Mereka sebenarnya lebih suka aktiviti yang merangsang saraf melalui sentuhan. Persekitaran dan pembelajaran jugak lebih seronok.
Sebenarnya bahan-bahan yang aku guna mudah untuk didapati. Aku rasa, setiap ibu bapa inginkan perkembangan anak-anak yang sihat kan? Betul kan? Kita kalau boleh tak naklah anak membesar dalam suasana yang rebel, kekurangan kasih sayang dan juga keruntuhan institusi kekeluargaan. Ini menyebabkan mental anak-anak akan terjejas. Seboleh-bolehnya kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak.
Antara bahan-bahan untuk membuat DIY Permainan Dam Ular ialah:
1. Google images (boleh search Snake and Ladder Template Game). Cari yang ada format PNG, gambar tak adalah pecah.
2.Printer
3. Split Images (boleh search di Google), korang preferlah korang nak split gambar macam mana. Macam aku, aku lebih suka pakai 4x3. Jadi, dia lebih besar dan taklah pecah-pecah sangat.
4. Selotape
5. Gunting
6.Kertas A4
Langkah yang pertama, korang carilah gambar mana yang korang berkenan. Macam aku, aku ambil gambar ini,
Kalau print A4 pun okay gak ni kan. Mudah je sekarang nak main dam, print je mana berkenan. Bagus jugak untuk aktiviti anak anak.
ReplyDeletehaah. nurin pakai kertas A4 je ni.
DeleteLama tak main snake ladder ni. Dulu masa sekolah, rajin beli paket yang kecik2 tu. Lepas tu bawa pergi sekolah main dengan kawan-kawan dekat kantin. He3.
ReplyDeletesekarang ni pun masih main haha
Deleteseronok anak murid ada cikgu yg rajin camni
ReplyDeletehehem nak tarik minat diorang je ni ammi
DeleteDulu-dulu masa bulan puasa selain main batu seremban, main dam ular ni la...
ReplyDeletekan hehe
DeleteBoleh try nanti.. Terima kasih atas info dan perkongsian yang sungguh menarik...
ReplyDeleteakak cubalah bust nanti. bagi anak-anak main
DeleteBest juga bagi dekat anak2 didik sy ni
ReplyDeleteCubalah
Delete