Thursday, 17 March 2022

Mengapa Peniaga Letakkan Pelaris Di Kedai Makan?


Hai korang. Aku harap korang sihat-sihatlah hendaknya. Aku pernah tonton video dekat Youtube kisah-kisah seram ni. Ada Youtuber tu dia akan sharelah beberapa kisah seram di setiap negeri. Maksudnya dari Negeri Perlis sampailah Singapura. Aku sebenarnya suka jugak tengok kisah seram, tapi video dia agak best berbanding Youtuber-Youtuber yang lain. Cara dia sampaikan kisah seram tu pun bersahaja. Ada part lawak sikit. Jumpscare pun taklah keterlaluan sangat.

Kisah yang menarik perhatian aku adalah kisah meletakkan pelaris di kedai makan. Menurut cerita, ada satu kedai di Terengganu telah mengamalkan pelaris ini. Nama dan tempat kedai itu dirahsiakan. Katanya, kedai itu tak adalah selalu orang datang sebabnya layanan dan masakan di kedai tersebut tak lah berapa memberangsangkan. Jadi, orang pun sudah trauma nak datang. 

Nak dijadikan cerita, tidak lama selepas itu, ramai pulak orang datang. Kedai itu dikatakan sangat sedap dan makanan yang dihidangkan menepati citarasa pelanggan. Jadinya ada segelintir penduduk amat curiouslah kenapa tiba-tiba sahaja ramai sangat orang datang. Macam tiba-tiba sahaja kedai tu menjadi viral. Ha, lebih kurang begitulah. 

Jadi ada yang bawa balik sedikit lauk pauk untuk di makan di rumah. Tapi, tidaklah sedap sangat. Rasanya biasa sahaja. Sebab itulah keluarga salah seorang pelanggan tersebut rasa pelik. Kenapa makan di kedai tak sama dengan bawak balik di rumah? Jadi ayah kepada salah seorang pelanggan kedai ini tadi teruslah berbincang dan akan datang semula ke kedai itu pada esok hari.

Esoknya, mereka anak beranak terus datang ke kedai viral tersebut. Macam biasa, kedai tu penuh dengan orang. Orang beratur lama pun tak kisah, asalkan dapat makan. Si ayah ini tadi terus meminta izin untuk ke tandas, sambil-sambil melihat persekitaran di kedai. Alangkah terkejutnya si ayah apabila melihat banyak azimat yang diletakkan di dinding kedai. Dekat dapur pun ada. Kalau ikutkan memang tulisan tu tak jelas. Sekali imbas macam ayat al-quran, rupanya tidak. 

Di dapur, si ayah melihat pocong menggoyangkan badannya ke atas dan ke bawah sambil meludah ke arah periuk. Rupanya kedai ini telah mengamalkan pelaris. Si ayah terus keluar dan meminta anaknya untuk tidak datang lagi ke kedai ini. Si ayah ini dapat melihat benda yang tidak dapat dilihat. Jadi sebab itulah beliau meminta anaknya terus keluar dari kedai tersebut. 

Sekarang, kedai tersebut tiada lagi dan dirobohkan kerana si ayah telah membuat laporan kepada pihak berwajib. Pemilik kedai itu pun telah dijatuhkan hukuman atas meletakkan benda-benda yang syirik ini. 

Kenapa peniaga meletakkan pelaris di kedai makan?

Mesti korang ada terfikir kan, kenapalah peniaga ini sanggup letakkan pelaris di kedai makan. Antara satu sebabnya adalah nak bagi kedai diorang laku. Nak orang datang. Biarlah balik modal ha gitu. Tapi itulah, letakkan pelaris ni amat ditegah oleh agama Islam. Syirik. 

Sebab apa? Sebab kita meminta dekat jin dan syaitan untuk melariskan perniagaan kita. Sumber wang yang kita dapat nanti itu pun akan jadi tak halal. Tak berkat. Sebab itulah lama-lama rezeki jadi sempit.

Jenis pelaris

Pelaris ini ada pelbagai jenis. Jika dekat dinding kedai ada tulisan-tulis ayat jawi yang berbentuk pocong, jadi makhluknya adalah pocong. Jika dekat tulisan tersebut ada bentuk harimau, jadi makhluk yang digunakan adalah harimau begitulah. Selalunya pelaris ini diletakkan di dinding, dan ditanam dekat penjuru kedai.


Bagaimana nak kenal kedai ada pelaris atau tidak?

Sebenarnya nak kenal kedai ini ada pakai pelaris, cuba korang tengok di sekitar dinding kedai, jika ada tulisan-tulisan yang mencurigakan, better korang keluar.

Lagi satu, kedai yang mengamalkan pelaris ini hanyalah makanan tu sedap makan dekat kedai saja, kalau bawa balik makanan tu rasa biasa saja. Tak pun tak sedap langsung. Berikut pengalaman yang aku baca, orang yang terkena ludahan pocong pelaris ini, kemungkinan badan dia akan naik gatal-gatal, dia akan sembuh, cuma lambat sikitlah. 

Jadi, aku harap korang berhati-hatilah kalau korang nak makan di kedai makan. Sebab orang sanggup buat apa sahaja untuk buat kedai diorang maju dan viral. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk korang. Terima kasih sebab singgah di blog aku ini.

10 comments:

  1. janganlah letak pelaris kat kedai, susah nanti kalau nak mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak. huhu sekarang ni memang ikut suka dia je nak letak. tak pikir apa

      Delete
  2. Takut tengok gambar pelik. Harap dijauhkan dari tempat begini.

    ReplyDelete
  3. Selalu diorang letak dalam kedai dekat tempat diorang masak. So macam susah sikit nak tahu diorang ada pakai pelaris ataupun tak. Pernah jugak nampak lukisan2 macam ni masa kerja dekat satu kedai makan ni 😅. Kedai makan Melayu kita. Tapi macam tak berfungsi pun sebab pelaris kedai Siam kuat lagi 😂.

    ReplyDelete
  4. Kesian kan orang macam ni. Tengok orang lain meniaga laku, dia pun nak meniaga juga. Tapi tak sedap dan tak pandai. Nak pantas guna pelaris. Tak faham betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah kak, meniaga dengan cara kotor pulak huhu

      Delete
  5. yang bawak balik makanan tu betul sangat kan. rasa lain macam bila makan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. risau betul cara meniaga kotor macam ni. nak meniaga, meniagalah secara sihat

      Delete

Popular Posts