Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini aku berkesempatan untuk review satu menu baru dari KFC. Jarang-jarang sekali kan aku buat review tentang restoran fast food ni, selalunya aku suka review tempat ataupun cafe yang viral dekat socmed.
Aku pun rasa tertarik jugak dengan menu baru daripada KFC ni. Rupanya, KFC ada buat menu ayam percik, aku rasakan mesti nak sambut bulan Ramadan, sebab itulah dia pun nak buat menu baru.
Macam mana aku tahu KFC buat menu baru? Nak jadikan cerita, semalam aku pun scroll Facebook, aku pun tertengok eh, KFC ada buat menu baru lah, macam menarik saja ayam percik ni. Macam mana pulak rasanya kan. Rasanya ini pertama kali KFC buat menu ni. Selalunya KFC buat menu yang biasa, cuma modified balik je kan.
Aku pun decide nak try, mana tahu sedap. Sebab dekat tempat aku ni susah sikit nak ada Mcdonalds ke, Texas apatah lagi. Burger King pun kena pergi bandar, jauh pulak tu. Jadi aku malas nak pergi. Haha.
Set ini didatangkan dengan nasi, dua ketul ayam, coleslaw dan air Pepsi. Aku tukarkan air Pepsi tu kepada air Milo. Aku kurang sikit air gas ni. Set ini harga RM16.99 tak salah.
P/S: Burger Cheezila ada promo tau RM14.99 ala carte. Untuk masa terhad je.
Jadi, total yang aku bayar RM17++ sebab aku tukar air kan. Kalau korang tak nak tukar pun tak apa, dapat murah sikit haha.
Jadi, beginilah rupanya. Aku snap gambar bagi nampak lagi jelas.
Begini box dia kalau korang take away. Bau dia dah semerbak tau bila aku letak dalam kereta.
Gambar air Milo aku lupa pulak nak amik haha.
Ha, korang dapat dua ketul ayam. Macam aku, aku tak request pun nak ayam bahagian mana, dia bagi sendiri je. Nasib lah dapat drumstick. Aku suka part drumstick ni.
REVIEW:
Ayam dia letak serbuk je tau. Bau dia kan aku rasa bukan sama dengan ayam percik tu. Ni bagi aku lah.
Kalau korang pernah ambik vitamin 21st Century khas untuk rambut, ha, bau dia sebijik sama macam tu.
Bagi aku, rasa dia sedap jugak, ada sedikit manis dan masin. Nak kata manis sangat pun tak jugak, nak kata masin jugak pun taklah sangat. Sedang-sedang. Tekak aku boleh diterima.
Rasa dia macam ala-ala tomyam pun ada. Tau tak serbuk perasa Tomyam Seri Aji? Ha, gitulah rasa dia.
Rating aku bagi 7/10. Nak suruh aku repeat lagi? Mungkin tak kot. Sebab harga dia boleh tahan haha. Botak kepala aku kalau makan hari-hari. Lagipun tak sihat sangat. So kena kurangkan. Aku buat review ni sebab aku tertarik dengan menu dia. Jadi nak rasa.
Oh ya, kalau korang dah try menu ni, korang cubalah. Mana tahu sedap di tekak korang.
Sekian sahaja untuk entry kali ini.
KFC memang selalu failed menu baru XD Saya prefer Texas..
ReplyDeletetak pernah pergi texas sebab kat sini tak ada. huhhu.
DeleteAkak kalau menu baharu KFC yang akak boleh terima dan akan repeat - yang golden salted egg dan chicken tenders. Yang lain-lain semua tak kena atau tak jadi sangat bagi akak. Paling failed masa KFC buat waffle burger tu. Tak sedap!
ReplyDeleteyang ni tak pernah try lagi huhu
DeleteBolehlah cuba try cari nanti
ReplyDeletekira macam tomyam dulu lah dia letak serbuk kat atas je. Ingatkan dia tambah serbuk tu dalam resipi
ReplyDeletehaah
DeleteDah cuba . Memang kena dengan selera tekak
ReplyDeletekan, cuma bau dia je agak pelik haha.
Deletekenapa tgk ayam kfc makin kecik. hehehe. KFC ni dh jarang makan kecuali menu tu betul2 suka
ReplyDeleteItulah pelik betul. Sedgkn byk fast food lain ayam besar2
Delete