Friday 13 January 2023

Ada Sebab Kenapa Aku Turun 10kg...


 

Assalamualaikum dan selamat pagi. Entah kenapa hari ini aku terfikir nak share satu pengalaman aku di mana aku hampir loss 10kg dalam masa 6 bulan, dan masa entry ini ditulis, berat badan aku masih maintain tau. Kalau makan banyak, akan naik sikit, pastu kalau aku makan sikit, dia akan turun balik. Alhamdulillah BMI aku masih normal sampai sekarang. Pejam celik pejam celik, aku dan berjaya maintain berat badan sudah hampir 4 tahun. 


Mengapa aku turun 10kg? 

Sebenarnya, aku masih belum sedar diri pun tau masa berat badan aku naik 10kg tu. Aku mula sedar masa zaman study. Ada student course sama batch aku tu diorang jalankan kajian. Jadi setiap orang dari kelas kami diorang akan ambik tinggi dan berat masing-masing. Aku terkejut jugak sebab sudah lama aku tak timbang berat. Naik hampir 10kg weh! Aku memang happy sebab berat aku naik, sebab dari zaman sekolah lagi berat badan aku susah nak naik. Nak naik 1kg pun cukup payah haha. 

Jadi, roomate aku pun ada tegur, memang berat badan aku naik sikit. Tapi kami tahu, menjadi student tu cukup payah nak jaga makan, tidur tak payah cakap lah, tidur lewat saja memanjang. Sembang pukul 2-3 pagi tu perkara biasa. Jadi, tak pelik kalau berat badan naik mendadak. Muka aku pun dah tak terjaga dah. Berbanding sudah kerja sekarang, dan tahu sikit-sikit soal skincare, memang lain gila dari zaman belajar. Muka pun dah bersih. Jerawat pun malu-malu nak naik. 

Sejak dari roomate aku tegur tu, aku terus cari jalan penyelesaian. Tak kanlah aku nak jadi macam ni buat selama-lamanya? Aku tahu, ada saja orang yang kutuk aku sebab berat badan, tapi tulah, tak kan diorang nak cakap kan? Mesti diorang senyap je. Aku tak kisah sangat pasal tu. Yang penting, aku nak sihat. Ni jalan pun termengah-mengah, naik tangga macam nak semput. Bahaya jugak weh!


Cara aku turun 10kg.



Aku tak ada tips sangat. Tapi masa mula-mula tu, aku hanya cut minuman manis dan lebihkan air masak. Selalunya bila dapat elaun, aku akan pergi Tealive. Sebab aku suka minum Hazelnut Choco sejuk.Tak kisah lah berapa kali pun, aku mesti repeat menu yang sama. Sebab kalau cuba menu lain takut tak sedap. 

Bila petang pulak, aku akan jogging, buat cardio dengan brisk walk kalau ada hari aku tak jogging. Aku rasa kalau dengan jogging tu, berat badan aku cepat turun. Mungkin sebab aku kawal gula juga. Soal makan, aku lebih banyak makan sup saja. Macam menu sup ayam, sup ikan. Nasi aku makan suku je. Selebihnya aku hirup sup. Aku bagi nasi yang lebih tu pada roomate aku. Oh ya! Kalau minggu tu aku banyak makan ayam, aku akan cari jugak satu hari tu untuk makan ikan dan sayur. Sayur tu memang ambil banyaklah. Sebelum ni ada jugak nak diet, tapi tak jadi. Kali ni, aku nak buat betul-betul.  Roomate aku menyokong usaha aku untuk kurus. 

Aku tak ada broken ke apa haha. Tapi cepat pulak berat badan aku turun. Pada masa yang sama, bulan puasa jugak. Jadi aku tak makan lewat malam dah. Masa berbuka, masa tulah aku makan. Lepas terawih, aku minum green tea saja. Dan aku tak makan sangat bila sahur sebab terlampau kenyang. Jadi aku minum air saja untuk ambil berkat sahur tu. 

Sekarang ni, kalau tengok air manis pun macam tak rasa nak minum pun tau. Pergi kedai nak air masak sejuk. Tu je. Sebab lagi nikmat minum air masak. Sebab itu, aku perasan kulit muka aku sudah kurang bermasalah, jadi cerah semula jadi. Sebabnya toksin dalam badan dah kurang. Jerawat pun naik seketul dua saja. 

Pesanan

Jadi, satu je pesanan aku untuk korang yang nak kurus. Jangan sesekali putus asa. Aku tahu ramai yang akan jadi lemah semangat bila nak turunkan berat. Aku faham perasaan tu sebab aku sendiri pun pernah berada di tempat tu. Cuma aku harap orang yang memang sejak azali tak gemuk-gemuk jangan sesekali menghina orang lain gemuk. Aku cukup pantang orang body shaming dan face shaming. Sebab fizikal kita boleh berubah. Cuma antara nak dengan tak je. 

Okeylah, setakat ini sahaja post aku. Semoga terinspirasi. Bye!


20 comments:

  1. Wahh...Cuya pon nak semangat kurus tu! Tapi takde motivasi la....ibu dah bising dah sebab Cuya dah 'membesar' hahahha

    ReplyDelete
  2. tahniah kerana berjaya menguruskan badan. abe kie ni plak nak tambahkan berat badan..huhuhu

    ReplyDelete
  3. azam thn nie pun nak kurus.. tp nak cut sugar tu pun perlukan motivasi yg tinggi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar, nurul.
      mcm aida la, nescafe tegar. kopi o tegar.
      bila cut manis, terasa bagai hilang separuh nyawa :) ha ha ha ha...

      Delete
  4. Wah...congrats!!! Lagi satu maybe jgn stress2 & jgn overthinking sgt kot.. relax2 je.. jaga makan n exersice... in sya Allah... caiyok caiyok!

    ReplyDelete
  5. tips cut air manis tu = benar.
    if itu kita boleh buat, yg lain akan jadik mudah.
    aida pun dlm proses diet.
    ni sebab berkait dgn kesihatan.
    bacaan bp da border :(
    sib baik bacaan kencing manis cantik = normal.

    ReplyDelete
  6. kalau nak berat cepat turun kena jaga makan je kan. dan cut gula. in shaa Allah cepat je turun

    ReplyDelete
  7. Ammi dapat turunkan 4kg pun dah happy sangat. sbb bila dah banyak usia lebih sukar nak turunkan berat badan. nak jogging sakit lutut jadi dapt brisk walk je. nak cycle pun boleh buat 10 minit je sbb mmg sakit sangat lutut ni. ammi pun mcm awak...kurangkan gula walaupun kadang2 craving ntah apa2 je...nampak cakelah, nampak lattelah..macam2lah

    ReplyDelete
  8. Terima kasih untuk tips2 yg berguna ni!!

    ReplyDelete
  9. tahniah sebab berjaya turunkan berat badan, yang part cut sugar tu susah tau sebab BV jenis suka gila makan minum benda manis T^T teringin nak amalkan diet pemakanan sihat tapi part elak makanan manis2 ni selalu failed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya jugak awak kalau selalu makan manis. air manis yg kita minum pun milo dengan vit c. tu pun rasa manis sgt dah haha

      Delete
  10. gula tu penting.. jaga dan kawal.. tahniah awk!

    ReplyDelete

Popular Posts