Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdullilah, baru sempat nak bukak emel pagi ni. Hati berbunga-bunga tau. Walaupun hakikatnya macam malas nak aktif balik blog ni, tapi nak berazam jugak untuk share pengalaman aku, review dan lain-lain.
Kadang-kadang terdetik, ada ke tak eh orang baca blog aku, rasa macam syok sendiri pulak, tapi aku percaya, walaupun dia tak komen, tapi mungkin dia jadi silent reader haha.
Oh ya, payment katanya dia akan apply besok hari. Nampaknya kena tunggu lagi lah. Sebab dah musim perayaan kan? Mestilah akan lambat sikit. Aku pun bagi lah peluang sikit nak bercuti dengan tenang.
Kepada yang baru lagi dalam dunia blog ini, aku nasihatkan korang jangan putus asa. Walaupun trafik tak tinggi, tapi korang share saja apa yang korang minat. Macam blog aku, trafik taklah tinggi mana, tapi memandangkan ada yang mencari info dan tutorial dalam blog ini lah membuatkan aku bersemangat nak update. Hakikatnya, aku pun mati akal nak update pasal apa haha.
Baiklah, setakat ini saja entri kali ini. Bye!
Alhamdulillah... rezeki x salah alamat
ReplyDeleteItulah hehe thanks
DeleteSemoga terus bersemangat :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniahh. Semoga bersemangat sokmo.
ReplyDelete