Thursday 5 January 2023

Iklan Adsense Tak Muncul?


Assalamualaikum. Maaf gambar langsung tak ada kaitan dengan tajuk post aku pada malam ini. 

Sebenarnya aku masih lagi memilih template blog dekat Etsy. Jadi, aku gunakan template Amalia ini untuk sementara waktu. Inshallah, jika aku dah beli template baru nanti, aku akan pasang dekat blog aku ini, bertepatan dengan azam 2023. Barulah rasa bersemangat nak berblogging. 

Nama blog aku pun aku tukar kembali kepada nama pena aku, iaitu Nazfea Solehah. Sejak 2013 lagi aku guna sebenarnya nama pena ni. Aku susah nak guna nama lain. Karya aku yang dah published pun aku pakai nama ni. Jadi, aku harap korang sukalah dengan nama blog aku yang baru ni. 

Aku pun ada survey jugak header blog dekat Etsy. Mana tahu dia boleh buat cantik-cantik. Jangan sedih pulak kalau lepas ni aku tak pakai template yang lama-lama. Aku masih simpan tau. Inshallah aku akan guna jugak nanti. Sebab aku sempat backup sebelum guna template yang baru. 

Aku perasan, kalau letak template mana-mana pun, iklan Adsense dekat laptop tak keluar, tapi dekat phone keluar pulak. Jadi, aku curious, sebenarnya apa ek yang terjadi? Ke laptop aku sorang saja yang jadi macam tu? 

Jadi aku minta kerjasama korang yang selalu menjenguk blog aku ni, cuba korang bukak pakai laptop, adakah iklan dekat laptop korang muncul tak? Sampai sekarang aku tak tahu apa puncanya. Aku takut laptop aku je masalah. Kalau laptop korang okey, maksudnya Adsense aku ni okeylah. 

Aku harap aku dapat cepat-cepat beli template yang bagus dekat Etsy tu. Asyik tak lena tidur je fikir haha. Tangan tu tahan je gatal daripada nak membeli semua. Manakan tidak, design semua lawa-lawa. Alamatnya tunggu lah bajet lebih nanti baru kita belilah ya. 

Sekian saja post kali ini. Selamat membaca!

6 comments:

Popular Posts