Sunday 15 January 2023

Blog Bertukar Baju Baru

 


Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga korang sihat-sihat saja. Aku dekat sini sihat saja. Ha, buat yang pertama kali datang ke blog aku, aku ucapkan selamat datang. 

Kepada yang selalu blog aku, mesti korang tertanya-tanya kan, blog dah bertukar baju ke? Haah, dan aku masih mengambil orang yang sama iaitu Aisyhah. Walaupun dia dah kurang aktif blog, tapi dia masih lagi godek-godek blog dia tau. Korang boleh support dia, hadirkan komen dekat blog dia. Aku letak kan url blog dekat blog list aku. Senang korang nak singgah nanti. 

Azam tahun 2023 ni sudah tercapai satu, iaitu tukar baju blog. Pencapaian untuk post entri masih lagi aku takut nak letak harapan tinggi, nanti tak terbuat pun haha. Aku masih lagi berfikir nak letak entri apa untuk memenuhkan lagi feed dekat blog ni ha.. kepada yang komen dekat post-post aku yang sebelum ni, thanks tau. Aku masih belum dapat nak komen lagi, sebab tengah pakai phone. Inshallah kalau aku bukak pakai lappy, aku cuba balas satu persatu komen korang. 

Amacam? Okey tak baju blog kali ini? Aku bercadang nak pakai template ni lama. Jadi mungkin 2-3 tahun akan datang aku tukar pulak, mengikut mood aku lah nanti nak tukar ke tak. Sebelum ni template yang Aisyhah buat dia tak keluar gambar. Terpaksa tukar, dah lah cantik. Sedih kan..sebab tu la aku request dekat Aisyhah supaya buat semula. 

Template yang sebelum-sebelum ni jangan risau, aku masih simpan tau untuk aku gunakan nanti. Jangan kecil hati. Haha. Nanti korang kecil hati pulak sampai boikot tak nak datang blog aku dah...alaa..tak naklah macam tu okey. 

Doakan aku supaya sentiasa maju jaya dalam berblogging ni. Amin!

5 comments:

  1. memang cantik sangat baju baru ni! Load pun tak ambil masa yang lama. All the best for 2023 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, thankssss. semoga rajinlah nak berblogging ni haha

      Delete
  2. kemas je template baru ni. teruskan brblogging!

    ReplyDelete
  3. cantik template nie.. dulu suka template mcm nie.. skrg dah lupa mcm mana nak design

    ReplyDelete

Popular Posts