Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik cepatnya waktu berlalu kan? Aku sebenarnya otak masih buntu nak update apa dekat blog ini, tapi aku tak naklah nampak berhabuk sangat, nanti orang ingat aku dah tak aktif berblogging. Sayang tau. Aku sebenarnya mula berblogging ni sudah lama. Dari tingkatan 4 lagi, banyak post aku buat draf sahaja, ada yang aku delete, sebab nampak macam main-main sahaja haha.
Korang perasan tak, tahun 2022 ini cepat sahaja berlalu kan? Aku pun rasa begitu. Sempena masuknya bulan Ogos ini, aku mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang bercadang nak buat giveaway ke, review ke, bolehlah mesej aku. Tak pun, korang berikan lah komen. Tapi aku tak janji nak balas dengan cepat sebab aku masih sibuk dengan kerja hakiki. Aku akan cuba laksanakan demi korang, inshallah.
PV aku bulan lepas agak jatuh teruk jugak. Aku kadang-kadang sumpah cemburu dengan blog lain yang PV dia ada sampai satu jutalah, 50k lah, sedangkan PV blog aku agak sendu. Walaupun aku kadang-kadang tak miss pun update, masih sendu. Aku nak jugak merasa PV tinggi macam orang lain huhu. Mungkin orang dah tak nak baca blog aku gamaknya...Google Adsense ada jugak waktu dia naik, ada jugak waktu dia kosong terus haha. Aku pun redha saja.
Apa pendapat korang? Aku jujur nak tanya korang ni, kalau aku update post, korang rajin tak bukak blog aku? Sejujurnya aku rajin jugak bukak blog orang, tapi entah kenapa kalau nak komen pakai phone dia tak dapat, sebab itu aku ambik masa yang lama untuk komen, sebab aku pakai laptop, sedangkan post tu aku dah baca punyalah lama. Baru boleh komen. Entahlah kenapa Google ni. Nak block ke apa entahlah..
Okeylah, ini sekadar luahan hati aku sempena masuk bulan Ogos ni kan. Aku sangat berharap PV aku bulan ini meningkat semula. Kalau ikutkan hati aku, aku dah malas nak menulis blog lagi. Merajuk kejap haha! Sebab aku bukannya fulltime blogger, nak menulis kena curi-curi ambil masa. Aku rasa macam nak giveup pada mulanya. Macam nak berhiatus seketika. Tapi, nanti mesti pembaca akan rindu post-post aku, mesti diorang akan cari, sebab itulah aku kuatkan juga diri nak menulis. Target untuk menulis buku tahun ini cukuplah sebuah. Tahun depan inshallah akan aku usahakan lagi untuk menulis lagi sebuah. Doakan ya..
Sekian sahaja entry untuk kali ini.
pv my blog pun jatuh teruk..semangat nak blogging pun jadi merundum lately ni. apa pun jangan give up sis :)
ReplyDeletethanks tau hehe
Deletesamalah macam ammi...bila BW guna phone tak boleh nak tinggalkan komen. Fail to login katanya...dah kenapakan?? dah sah-sah memang login guna google account.
ReplyDeleteammi bila berBW...mana-mana blog yang naik kat reading list tu ammi baca je. janganlah sampai merajuk
itulah amii. masalah kita sama huhu
DeleteMudah2an pv blog akan terus meningkat
ReplyDeleteSudah ada tulis buku untuk tahun ini ya?
ReplyDeleteSemoga terus menulis. Insya Allah.
Tulis kerana minat.
ya ada hehe. cuma penulis picisan saja hehe
DeleteJangan give up, ada a few tips yg akak bleh kongsi...pelbagaikan kandungan entry, kalau xde masa nak buat entry bua 1 entry sehari dah memadai dan bermain ngan tajuk, readers suka baca entry yang santai2 dan banyak gambar, itu boleh tarik perhatian readers..and of course satu lagi cara is...rajin blogwalking....ok?
ReplyDeletewah thanks akak
DeleteHi, saya pun sama.. ada masa PV jatuh teruk.. tapi adSense nya ok, ada masa.. kedua duanya jatuh terus, Dorang ckp algorithm Google dah lari.. entah ler... Apa pun, keep it up.. sayang benti.. kalau penat, rest dulu... huhu... Kalau saya, saya tengok sapa yg komen, sy dtg semula atau sapa duk bloglist, sy terjah ler sebab nampak up entri baru.. gitu la citenye.. Kdg x tgk reading list tu.. mmg x sempat jugak.. curi curi je
ReplyDeleteSy jarang blogwalking .. Jarang juga komen blog org.. Tapi hari nie dtg pula rajin nak komen blog rakan-rakan blogger.. dah lama juga tak jalan-jalan blog yg lain.. Teruskan menulis.. Semoga dipermudahkan semuanya buat Nurin
ReplyDelete
ReplyDeleteBetul, kalau blogwalking pakai phone memang tak boleh nak komen. Memang kena rajinkan diri blogwalking pakai laptop. Takpe sis teruskan menulis. InsyaAllah pos yang manfaat akan samapi kepada orang yang memerlukan!
sama la pv jatuh teruk ha..sedih je ni..takpe janji jgn give up
ReplyDeleteitulah pasal huhu
DeleteSemoga PV blog akak naik mencanak ya
ReplyDeleteVM follow sini :D semoga rajin update hehehe
ReplyDeleteHehe thanks
Delete