Friday 22 April 2022

Thanks Akak CCL Bagi Hadiah Giveaway

 


Assalamualaikum semua. Lama tak update blog ni kan? Bukan apa, sebab aku terlampau busy dan kadang-kadang tak sempat nak bukak blog pun. Huhu. Balik saja sekolah terus rehat. Kalau ada meeting, balik rumah dah sampai pukul berapa. Rasanya jadual memang pack sebelum raya ni. Budak-budak pun sekarang sibuk nak ulangkaji sebelum diorang exam minggu depan. Makin bertambah busy lah cikgu-cikgunya. 

Baiklah, aku nak bagitahu hadiah giveaway aku sampai minggu lepas. Sebenarnya mask tu aku tak bukak lagi pun tau. Sayang pulak nak bukak haha. Bukan mask biasa-biasa tau kak CCL kita ni bagi. Sekali mask Jovian tu. Tambah-tambah collab dengan Dato CT. Alahai, memang sayanglah nak bukak. Design mask dia pun cantik je tau. Ada dua jenis, satu earloop, satu lagi headloop yang aku tahu. Akak kita ni bagi headloop. Senang kan untuk kita yang pakai tudung ni. Tak perlu extender ke apa. 

Aku tengok kotak mask tu pun aku dah jatuh cinta. Sayang sungguh nak bukak. Sebab sangat eksklusif kan. Dah lah nak beli mask pun kita dah kena simpan duit lain. Mana nak beli test kit lagi. Virus covid yang makin mengganas ini buatkan aku akan simpan duit lebih semata-mata nak beli mask yang berkualiti dan jugak test kit. Kalau boleh, aku memang akan test seminggu sekali. Biar yakin nak ke sekolah kan. 

Baiklah, akhir kata thanks akak bagi hadiah mask ni. Gambar ni secara jujurnya aku amik dari Google tau sebab aku tak bukak pun lagi bungkusan mask yang ada dalam tu. Aku nak habiskan mask yang ada dulu. Kang rugi pulak bukak mask banyak-banyak, tapi nanti tak guna. 

Sekian sahaja entry untuk kali ini. 

10 comments:

  1. tahniah!! selesa sgt pakai mask jovian ni

    ReplyDelete
  2. Cantik rekabentuk.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah Nurin.. memang berguna hadiah tue kan.. cantik hadiahnya...

    ReplyDelete
  4. wah cantiknya mask dia. tahniah Nurin :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah . Hadiah dj selamat sampai . Semoga Nurin suka hadiah yg xseberapa tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kita suka hadiah tu. tambah2 mask yang ada dato ct. sbb kita minat dato ct.

      Delete

Popular Posts