Monday 4 April 2022

Movie Review: Morbius (2022)

 




Assalamualaikum semua. Akhirnya aku berkesempatan jugak untuk tengok filem Marvel yang terbaru ni. Filem ni baru ditayangkan di pawagam dan masih berjalan ya. Tak silap aku, filem ni keluar dalam hari Khamis minggu lepas tu. Jadi, korang masih ada masa untuk tengok. Aku sarankan korang ambiklah tiket waktu pagi, sebab aku beli tiket dalam RM10 sahaja. Kalau beli tiket waktu petang, alamatnya memang RM18 lebih lah, tak termasuk popcorn lagi tu huhu. 

Trivia Filem

Directed by Daniel Espinosa
Written by Matt Sazama, Burk Sharpless
Based on Marvel Comics
Produced by Avi Arad, Matt Tolmach, Lucas Foster

Starring
Jared Leto
Matt Smith
Adria Arjona
Jared Harris
Al Madrigal
Tyrese Gibson

Cinematography Oliver Wood
Edited by Pietro Scalia
Music by Jon Ekstrand
Production companies: Columbia Pictures, Marvel Entertainment, Arad Productions, Matt Tolmach Productions
Distributed by Sony Pictures Releasing

Release dates
March 10, 2022 (Plaza Carso)
April 1, 2022 (United States)

Running time: 104 minutes
Country: United States
Language: English
Budget: $75–83 million
Box office: $84 million


Sinopsis

Filem ini mengisahkan Michael dan juga kawannya Lucian ( yang juga dipanggil Milo) menghidap penyakit yang sehingga kini masih belum sembuh. Michael terpaksa hidup dengan menukar darah setiap hari. Milo juga akui, dia sudah bosan dengan sakit yang dihidapi. Michael sejak kecil seorang yang bijak dan dia akhirnya berjaya menjadi doktor. Sudah berapa kali ujikaji yang dijalankan untuk menyembuhkan penyakitnya, tetapi gagal. Michael cuba menyatukan DNA kelawar dengan manusia supaya tubuh manusia dapat menerimanya. 

Ujikaji tersebut berjaya, namun dirinya tidak dapat mengawalnya. Setiap 6 jam dia perlu meminum darah tiruan manusia supaya dia dapat hidup. Sekiranya tidak, dia akan dying. Makin lama, jangka masa hayat untuk meminum darah makin singkat. Daripada 6 jam kepada 4 jam sahaja. Michael jugak berubah menjadi raksasa yang menakutkan sehingga dia membunuh kesemua mangsa yang ada di situ. 

Michael dimasukkan ke dalam penjara akibat tuduhan membunuh, sahabatnya Milo datang dan dia sudah meminum serum ujikaji yang telah dibuat oleh Michael sebelum ini. Milo sangat gembira kerana dia dapat kembali hidup normal tanpa duduk di katil sepanjang hari. Akibatnya, ramai manusia terbunuh setiap hari. Milo juga membunuh doktor yang merawatnya sepanjang dia sakit. Dia juga mencederakan rakan baik Michael, iaitu Martine. 

Michael tak ada pilihan lain selain membunuh Milo, jika tidak ramai lagi nyawa yang akan terancam. Kehidupan manusia kembali normal dan Michael menghilang. 

Review

Bagi aku, cerita dia not bad jugak lah. Cara dia perkenalkan watak Michael tu sangat best. Cerita taklah berjalan slow sangat. Dan yang pasti, ada sedikit jumpscare part Michael bunuh jururawat yang bekerja di hospitalnya. Part tu sangat seram weh. 



Secara keseluruhan, cerita dia tak membosankan, sebab ada babak aksi. Cinemagraphy dia jugak sangat cantik. Aku suka. Ni bagi pendapat aku lah. Sejam lebih tu bagi aku tak cukup tau. Ada dia mention dalam ni, mungkin Michael tu adalah Venom. kiranya watak dalam ni sebelum dia menjadi Venom lah. Aku tak sangka jugak sebab yang aku tahu watak Venom tu dia jahat. Sedangkan dalam cerita Morbius ni, dia baik. Terpaksa bunuh kawan sendiri sebab tak mahu kawan dia mencederakan orang lain. 



Rating aku bagi dalam 9/10. Sebab aku suka babak aksi dalam ni. Tak puas tau. Jadi, kalau korang nak tengok filem ni, aku sangat recommend sebab filem ni sangat best. Oh ya, ada jugak dia mention Spiderman. Jadi, cerita ni ada jugak kaitan dengan Spiderman. Maaflah aku tak follow sangat semua cerita Marvel ni. Jadi, aku kurang tahu sangat pengakhiran dia, apa kaitan semua watak tu dalam satu movie. Ha gituh. 

Okeylah, selamat menonton. Nanti bila korang dah tonton, korang kasilah review okay. 

6 comments:

  1. makin lama makin cepat pula tempoh darah tiruan tu bertahan. Nak tengok lah nanti

    ReplyDelete
  2. nk tengok tp tak ada org jaga ank. huwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti mesti ada orang share cita ni. tunggu je lah nanti. haraplah ada. boleh repeat tengok

      Delete
  3. Selalu kalau cerita Marvel, ada after credit scenes. Pelik juga kenapa anak saya tak ajak tengok cerita ni, selalu pantang ada cerita marvel kat wayang, dia orang ajak tengok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin tak sempat nak tengok kot. ni pun tahu sebab gi wayang. kalau tak, memang tak tahu cita ni ada

      Delete

Popular Posts