Friday, 29 April 2022

Cara Tukar Duit Raya Buat Pertama Kali Di Bank

 

 

Kredit Gambar: Hijabista


Assalamualaikum semua. Tak terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa pada hari-hari terakhir bulan Ramadan. Dan tak lupa untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca setia di blog aku. Maafkan aku sebab aku ambil masa yang lama untuk masukkan korang di bloglist aku. Thanks yang sudah join giveaway. Inshallah, akan aku masukkan slow-slow nanti pada follower baru. 

Baiklah, kali ini aku mahu kongsikan pengalaman aku tukar duit raya yang pertama. Dulu tak berkesempatan nak tukar duit sebab PKP kan? Jadi memang tak bagilah duit raya. Untuk kali ini, setelah 2 tahun kita tak menyambut hari raya, kita balas dendam balik haha. Baju pun dah siap beli, cuma tinggal tudung je. Mungkin hari ni lah kot nak survey. Tudung tak apa beli last minute. Haha. 

Aku buat dekat Maybank ya. Sebenarnya tak kisah pun kalau korang nak buat mana-mana bank, asalkan bank tu ada lagi baki duit. Sesetengah bank diorang tolak sebab duit cepat habis. Untuk elakkan korang tak dapat tukar, aku sarankan korang pergi lebih awal. 

Walaupun gaji tak masuk lagi waktu tu, sebab orang sangat ramai. Tak mustahil macam pisang goreng panas je duit tu habis. Macam kawan aku, sampaikan dia kena cari bank yang jarang orang pergi sebab bank yang dekat tempat dia tu habis terus. 

Berbalik pada cerita, aku pergi Maybank dalam pukul 1.15-1.40 petang macam tu lah. Lingkungan begitulah masa dia. Kena beratur dulu baru dapat masuk, tak boleh main terjah je tau. Sebab diorang tak nak orang masuk ramai-ramai walaupun dalam tu kaunter punya luas. Covid kan, nak tak nak kena akur. 

Aku tunggu adalah dalam setengah jam sambil borak-borak dengan sorang akak ni. Kad dia jatuh. Sebab dia perasan masa nak bayar, tengok-tengok kad dia dah tak ada. Agak susah jugak nak beli barang sebab iyalah, sekarang ni kita kan cashless. Kurang sangat duit ada dalam dompet. Aku pernah je ada RM2 dalam dompet. Sebab aku tahu, kalau simpan duit banyak-banyak nanti akan terguna. 

Bila nama aku dipanggil, aku ditanya oleh akak dekat depan pintu masuk tu. Aku cakap la aku nak tukar duit. Dia cakap pergilah kaunter 4 tak silap. Di situ ada satu bilik tertulis Bulk Money. Ha, dekat sini sorang saja boleh masuk dalam satu masa. Jadi, bila sampai turn aku, aku bagi lah jumlah duit yang aku nak tukar. Kesimpulannya dekat sini korang kena amik duit dulu berapa yang nak ditukar. Senang urusniaga nanti. Macam aku, aku tukar RM200. 

Nasib aku baik hari tu, ada lagi duit. Dia tukar RM1 semua. Walaupun tak dapat duit baru, tak mengapalah. Janji dapat tukar kan? Setelah selesai, aku pun terus keluar. Sekejap saja sebenarnya dalam tu, tapi bila kena tunggu dekat luar tu yang lama sikit proses dia. Huhu. 

Baiklah, setakat ini sahaja entry kali ini. Kalau korang ada pengalaman tukar duit, korang boleh drop dekat komen ya. Terima kasih sebab baca di blog aku. 

1 comment:

Popular Posts