Thursday 2 December 2021

Keluarkan Duit Melalui Aplikasi MAE oleh Maybank2u



Keluarkan Duit Dengan Mudah Melalui MAE oleh Maybank2u I Selamat malam korang. Alhamdulillah. Aku harap korang sihat hendaknya. Menerusi entri sebelum ini, aku ada kongsikan kepada korang tentang bagaimana nak buat akaun MAE dan tabung untuk korang buat simpanan kan? Betul tak? Bagaimana dengan tips tu? Aku harap korang tidak tergunalah duit dalam tabung tu kecuali masa korang benar-benar terdesak nak pakai duit. Zaman Covid-19 ini ramailah yang hilang pekerjaan. Ada yang sampai setahun tak kerja, duit simpanan dah makin susut. Sebab itu pentingnya ada wang simpanan. Simpanlah hatta RM50 sekali pun setiap bulan. Biarkan jangan usik. Kalau tiada simpanan nanti bagaimana korang nak teruskan hidup, sedangkan harga barang semakin naik, kira-kira mencecah 200%. Aku harap tidak berlaku inflasilah. Cukup lah sekali pada zaman datuk nenek moyang kita dulu. Betapa peritnya hendak membeli barang, tetapi barangnya terhad. 

Baca juga: Buat Saving/Tabung Mudah Melalui Apps MAE oleh Maybank2U

Apa itu MAE? Mengapa pihak Maybank perkenalkan MAE? Best sangat ke apps ini sampaikan ramai yang bertukar daripada apps Maybank2u ke apps MAE? Sebenarnya, MAE ini lebih banyak kegunaannya berbanding apps Maybank2u yang biasa. Katanya nanti apps Maybank2u dah nak tamatkan perkhidmatannya. Semua nanti kena pakai MAE. Yang ini aku tak pastilah betul ke tak sebab ayah aku yang beria-ria suruh aku install apps MAE dekat dia. Katanya nanti apps Maybank2u tu dah tak guna dah. 
Logo MAE

Logo Maybank


MAE dan kegunaannya. 

Sumber: Google Images

Masa bila korang nak guna MAE ini? Bukan sama saja ke dengan Maybank2u? Sebenarnya tidak. Aplikasi MAE ini mempunyai banyak kelebihan dan mudah juga untuk digunakan. Berikut aku kongsikan petikan Berita Awani, 

Aplikasi ini mampu menguruskan hal kewangan harian, termasuk menabung, mengenal pasti perbelanjaan dan mempunyai kebolehan e-dompet. Ia membolehkan pelanggan membuat pembayaran secara QR dan dompet digital MAE, serta mempunyai penambahan ciri-ciri baharu yang membantu pelanggan menguruskan kewangan lebih baik. Menurut Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, MAE by Maybank2u dikembangkan untuk menjadi lebih bermakna, bukan sekadar aplikasi perbankan sahaja.

"Kami mahu aplikasi ini menjadi suatu platform yang menyeluruh untuk membantu pelanggan kami menguruskan hal kewangan harian mereka.

"Bayangkan aplikasi ini sebagai bank digital yang mudah dibawa ke mana sahaja bersama anda tetapi dengan banyak ciri menarik untuk membantu anda mengawal urusan kewangan dengan lebih baik.

"Walaupun aplikasi ini mengandungi ciri-ciri sedia ada dalam Maybank2u untuk membantu mengurus keperluan harian anda seperti membayar bil dan pindahan wang, kami juga memperkenalkan pelbagai kemudahan baharu untuk membantu pelanggan memantau perbelanjaan sambil mendorong mereka untuk menabung,” tambahnya.

Bagi membantu pelanggan memahami tabiat berbelanja mereka dengan lebih baik, Abdul Farid berkata, Maybank mewujudkan satu ciri baharu “Expenses” yang memberikan pandangan menyeluruh mengenai semua perbelanjaan yang dibuat melalui akaun, kad dan transaksi QR Maybank. Perbelanjaan ini disusun mengikut kategori yang mudah difahami seperti Makanan, Utiliti dan Membeli-belah, memberi pelanggan gambaran lebih mendalam tentang perbelanjaan wang mereka. Bahkan, transaksi tunai yang biasanya tidak direkod oleh aplikasi ini boleh ditambah dengan beberapa langkah mudah.
-Sumber: Berita Awani

Apa yang akan jadi dengan masa depan Maybank2u? Masih relevan ke nak guna setelah aplikasi MAE ini dijalankan?

Ditanya berhubung masa hadapan Maybank2u, iaitu sistem perbankan atas talian Maybank, susulan pelancaran aplikasi baharu tersebut, Abdul Farid berkata: 

"MAE adalah produk baharu yang ditawarkan kepada pelanggan.

"Pengkhususan dan tumpuan warga Maybank kini adalah terhadap produk ini, bagi membolehkan pengguna menikmati perbankan digital yang lebih menyeluruh."

Tabung merupakan satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan untuk membantu pelanggan Maybank menyimpan duit secara konsisten dan berkala, untuk mencapai matlamat mereka. Ini membolehkan amalan menabung menjadi lebih senang, progresif dan mudah dengan memadankan proses berjimat dengan gaya hidup mereka.

Bagi melengkapkan penggunaan dompet MAE untuk perbelanjaan seharian, Maybank memperkenalkan kad Debit MAE Visa baharu. Kad ini dilengkapi dengan pelbagai faedah termasuk kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara. Pelanggan boleh membuat permohonan kad debit melalui aplikasi MAE dengan mudah dan kad akan dihantar terus kepada mereka selepas mendapat kelulusan.

Apabila aktiviti perjalanan luar negara kembali selamat, jumlah dalam dompet MAE akan ditukar secara automatik ke matawang negara yang diziarahi, membolehkan pelanggan mengetahui dengan tepat jumlah dana perbelanjaan yang ada. Selain itu, MAE by Maybank2u juga mempunyai ciri baharu yang menyeronokkan iaitu roda Makan Mana yang membantu mengesyor pilihan tempat makan sambil membolehkan pelanggan Maybank menikmati promosi daripada ribuan rakan niaganya di seluruh negara.


Sumber: Berita Awani.


Baca juga: Buat Saving/Tabung Mudah Melalui Apps MAE oleh Maybank2U

Baiklah, berikut adalah serba sedikit kelebihan jika kita mendaftar dengan apps MAE. Baiklah,tanpa membuang masa, akan aku kongsikan bagaimana untuk mengeluarkan duit dari tabung korang. Dah penat-penat korang simpan, tak kan tak nak bawak keluar pulak. Mari sini aku kongsikan cara-caranya, 

1. Bukak apps MAE korang
2. Tekan perkataan Tabung tu. 
3. Masukkan no pin korang. Yang no pin ni pastikan korang betul-betul ingat.
4. Dia akan display tabung yang mana korang nak bawak keluar. Korang tekanlah yang mana satu okay.
5. Tekan tiga titik dekat atas sebelah kanan
6. Tekan perkataan Remove Tabung
7. Done! Settle. Korang tunggu sahaja duit korang akan masuk balik dalam akaun korang tu.



Sekian sahaja entri kali ini, semoga bermanfaat untuk korang. Sekiranya korang dah download apps ini, korang bagilah review tau. Aku masih belum capai lagi tabung tu, jadi tak dapatlah nak keluarkan haha..Bye!

10 comments:

Popular Posts