Assalamualaikum semua. Tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam yang menunaikannya. Semoga Ramadan kali ini memberi barakah kepada kita untuk terus mengejar melakukan amalam kebaikan.
Baiklah, aku terdetik untuk membuat post ini adalah sebabnya aku ingin tahu apakah fungsi touch n go ewallet kalau tak boleh transfer ke dalam akaun bank betul tak? Macam rugi sahaja kalau top up boleh, tapi nak transfer ke dalam akaun bank tak boleh.Sebab sebenarnya, ramai orang memerlukan duit cash berbanding bayar pakai apps.
Kalau orang muda dan celik IT baginya amatlah memudahkan tetapi cuba korang bayangkan kalau orang tua nak pakai apps. Nak cucuk duit dekat ATM pun kena mintak orang tolong amikkan. Jadi, sebenarnya pemakaian cashless ini bawak kesan baik dan juga sebaliknya. Aku tak nafikan pembayaran secara cashless amat memudahkan. Tapi itulah, kang nak pergi beli pisang goreng cheese tepi jalan masalah pulak, sebab tak ada cash haha. Inilah masalahnya. Suka bayar pakai kad, Wave saja, lepastu nak pergi beli makanan tepi jalan, gelabah cari duit RM1 banyak-banyak.
Alkisahnya, adik aku tanya boleh ke tak transfer ewallet Touch n Go ini ke dalam akaun bank. Punya banyak baki duit dalam tu, tapi dia nak pakai cash. Dia tak nak bayar pakai apps sebab banyak dia nak kena bayar guna cash. Jadinya, aku pun cuba bukak apps Touch n Go. Dan akhirnya, aku baru tahu sebenarnya boleh transfer. Sebab sebelum ini, setahu aku hanya boleh top up sahaja, nak transfer tak boleh.
Baiklah, korang cuba ikuti langkah ini.
1. Buka apps Touch n Go ewallet
2. Tekan icon Transfer. Ada dua pilihan sama ada ewallet transfer atau Duitnow.
3. Pilih Duitnow
4. Select one. Pilih bank/ewallet account. Masukkan bank mana dan no akaun yang nak korang transfer kan.
5. Transfer type, pilih fund transfer. Pastikan korang ada baki dalam ewallet tu. Kalau tak cukup, tak boleh transfer.
Done!
Baiklah, aku harap post ini membantu korang ya. Sekian.
Bagusnya. Saya baru tahu. Terima kasih, share.
ReplyDeletekita pun baru je tahu hehe
DeleteNanti nak try haritu try asyik problem je
ReplyDeletecubalah. mana tahu ok
DeleteAkhirnya akak dapat cari maklumat yang akak nak.. Thanks for sharing... hihihi nak cuba transfer jugaklah..
ReplyDeletehehe sama2
Deletebaru tau boleh transfer cash...haritu ammi siap pesan kat husband..kalaulah ammi meninggal cek semua apps kat handphone sebab kat semua apps ada duit dalam wallet dia hahahah
ReplyDeleteitulah pasal, nurin pun baru tahu jugak ni haha
DeleteGood info ..boleh cuba lepas ni
ReplyDelete