Monday 9 January 2023

Menjaga Kulit Wajah Cara Aku

 


Assalamualaikum dan selamat pagi! 

Baiklah, sebenarnya aku tak adalah master dan expert sangat kalau bab skincare. Tapi aku nak kongsikan dengan korang setelah aku buat sendiri testimoni dekat wajah aku. Sebenarnya ini memakan masa jugak, untuk korang yang tak sabar aku sarankan korang kena bersabar, haha. 

Kulit wajah kita ni hidup. Korang tak boleh nak rushing atau paksa dia untuk terus berkesan. Nanti dia meragam, susah pulak. Beauty is pain, memang betul, tapi beauty jugak perlukan konsistensi yang tinggi. Kalau rasa tak mampu buat, korang tak akan dapat achieve pun kulit muka yang sihat. Kunci dia ialah, percaya kepada proses okey?

Untuk penjagaan kulit muka, tambah-tambah lagi apabila korang ada acne prone, aku sarankan korang:

1. Cuba stop air manis. 

Kalau nak makan manis, cukuplah ambil dark chocolate. Sebab sebenarnya air manis ni tak bagus sangat, tambah-tambah kalau kulit muka korang senang berjerawat. Selama setahun aku cuba stop minum air manis, aku minum air masak saja, jerawat pun segan dah nak naik. Bila jerawat mula naik seketul dua, maknanya aku tahu aku dah terlebih ambik gula. 

2. Pilih skincare yang sesuai

Untuk kulit yang berjerawat dan berminyak, aku sarankan korang pilih cleanser yang ada salicylic acid dan tea tree oil. Kedua-dua bahan dalam skincare ini bagus untuk merawat jerawat. Sekiranya kulit korang kering, cuba pilih bahan hyaluronic acid dalam skincare. Sebab itulah, korang kena tahu apa masalah kulit korang. Jangan beli sebab nak viral saja tau. Okey, akan aku ringkaskan secara mudah bahan penting dalam skincare.

Jerawat/oily skin : salicylic acid, witch hazel, tea tree oil, niacinamide
Dark spot : vit C
Dry skin : hyaluronic acid
Wrinkles : retinol / bakuchiol
Kulit terasa kasar, skincare tak serap : AHA/BHA- exfoliate skin (2-3 kali saja, jangan tiap-tiap hari, rosak muka korang)
Skin barrier rosak : Ceramide

Aku sarankan untuk beginner yang baru nak mencuba skincare, cuba fokuskan 3 step dahulu: 

1. Cleanser

2. Mosturiser

3. Suncreen

3. Stop ambil junk food, makanan segera

Aku tahu, cara nombor 3 ni memang mengundang betul kan? Sebenarnya apabila kita dah stop ambil junk food, fast food, muka kita akan bersih. Nak makan boleh, tapi sekali sekala sahaja. Macam aku, dalam setahun tu aku boleh bilang berapa kali aku ambil fast food. Selalunya aku akan makan nasik berlauk. Cukup karbo, protein dengan vitamin. Toksin dalam badan kita akan berkurangan sebab kita dah tak makan benda-benda yang tak sihat. Jerawat pun susah nak naik tau. 

4. Double Cleansing

Ha, yang ni aku tengok ramai yang terlepas pandang. Masa aku sekolah dulu, muka aku berminyak tu sampai boleh buat goreng ikan tau. Sekarang ni memang dah okey banyak sangat dah. Selama setahun ni, aku buat double cleansing setiap malam. 


Double cleansing ni korang kena guna dua cleanser. Satu guna cleanser oil, satu lagi pakai cleanser biasa. Aku suka brand Hada Labo dengan Neutrogena. Kulit muka lepas pakai sangat bersih dan lembut. Hasilnya, pori terbuka tu pun dah makin kecil. Muka dah kurang berminyak. Aku tak boleh pakai micellar water sebab aku rasa setiap kali aku pakai kulit selalu naik jerawat. Mungkin dia tak dapat cuci muka aku secara bersih kot.. entahlah. 

5. Jangan skip sunscreen

Haha, dulu punya noob pasal skincare, suncreen pun aku skip. Patutlah muka makin berminyak dan makin teruk. Penat je pakai semua! Rasa macam membazir. Dulu aku pakai on dan off tau suncreen tu. Bila ada program luar je baru pakai, sedangkan kalau korang berada dalam tempat panas ke mendung ke sejuk ke kena pakai. WAJIB! Kalau nak cantik, mesti pakai suncreen!

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian aku. Nanti aku akan share lagi berkaitan skincare yang best mengikut jenis kulit pulak. 

5 comments:

  1. Langkah pertama ni agak susah tapi slow slow kurangkan juga. Double cleansing dulu rajin, sekarang malas sudah tapi yang lain masih dikekalkan. Tak buat double cleansing tapi lepas cuci muka terus pakai toner, essence, moisturizer dan sunscreen. Thanks untuk tipsnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya double cleansing ni penting. sebab kita selalu pakai make up kan..takut pori tersumbat.

      Delete
  2. Dulu masa belajar muka akak banyak jerawat. Pakailah produk apa pun. Tetap x jalan 😩. Sekarang okay dah. Tipsnya, cukup tidur & cuci muka pakai pencuci muka orang lelaki, ha3 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. hebatlah akak boleh pakai pencuci muka orang laki. nurin cuba produk healez. mana tahu ok. pencuci muka safi ni mcm tak bersih sgt muka

      Delete

Popular Posts