Friday, 6 January 2023

Cara Bayar Bil Elektrik Secara Online

 



Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga pagi ini korang sentiasa sihat hendaknya. Baiklah, sebenarnya entri kali ini aku dah simpan lama, cuma tunggu waktu nak publish saja. Aku akan ceritakan pengalaman aku sendiri macam mana aku boleh bayar bil ini secara online. 

Sebelum PKP pada awal Mac 2020 dulu tu, bil elektrik selalu jugak sampai. Walaupun tempat dia agak tinggi dan aku memang memerlukan kerusi nak ambil bil tu haha. Kiranya memang setiap bulan tak miss lah diorang hantar. Aku pun memang akan bayar on time, sebab nanti tak nak menimbulkan isu elektrik kena potong pulak. 

Nak dijadikan cerita, lepas saja PKP berlalu, aku pun pelik kenapa diorang tak hantar dah bil? Aku ni pun cari-carilah jugak dekat sekitar tu, mana tahu bil aku tercicir ke apa. Kalau aku tak ambil, jiran aku yang tolong ambilkan bil aku dan selitkan dekat pintu rumah. 

Aku pun dah makin risau. Nanti berapalah bil yang perlu aku bayar sebab dah lama sangat. Jadi aku pun gagahkan diri jugak pergi cari dekat internet, boleh ke tak bayar online. Alhamdulillah, boleh rupanya. Oh ya! Bil air aku bayar dekat sekolah. Sebab tempat yang aku duduk ni, kami guna air dari tangki sekolah. 

Baiklah, aku akan tunjukkan cara-caranya. Mudah saja. 

1. Korang pergi ke link di sini https://myaccount.mytnb.com.my/Payment/QuickPay/

2. Masukkan no akaun bil elektrik korang

3. Nanti dia akan keluar berapa yang korang kena bayar. 

4. Boleh terus bayar secara online banking. Dah siap!






Ini contoh paparan aku punya. 


Aku harap perkongsian ini membantu korang untuk bayar secara online ya. Sekiranya ada masalah, boleh je drop komen di sini okey!


2 comments:

  1. Mudah kan. Saya selalu bayar guna M2u juga, dah link sesiap nombor akaun sebagai fav pay.

    ReplyDelete

Popular Posts