Friday 18 March 2022

Tips Cantik Cara Bajet Dengan Vaseline



Hai korang. Gaji dah masuk kan? Mesti korang akan serbu drugstore Watsons dengan Guardian. Ha, akan aku kongsikan tips cantik cara bajet dengan Vaseline. Pakai satu produk ni saja, jimat. Cantik pun cantik, murah pulak tu. Semalam aku ada pergi Watsons, saiz yang sederhana itu adalah dalam RM5.50. Hajatnya aku nak beli Lip balm brand yang sama. Sekali tengok, RM14++ jugaklah. Jadi, mengapa aku pilih yang mahal sedangkan ada lagi yang murah? Ha, aku pun ambiklah yang bentuk macam dalam gambar ni. 

Sebenarnya dalam beberapa hari ini, bibir aku kering. Sampai berdarah. Anak murid pun tegur, kenapa merekah. Sedangkan dah minum air bergelen-gelen kan. Faktor cuaca jugak mainkan peranan, jadi aku pun terfikir lebih baik aku beli balm yang boleh kurangkan bibir kering. Dan akhirnya, aku pun grab lah satu Vaseline ini. Ramai yang cakap bagus. 


Kebaikan Vaseline Petroleum Jelly


1. Kaki


Jika kaki korang kering, sapukan Vaseline dan pakaikan stokin sebelum tidur tiap-tiap hari. Inshallah, bangun keesokkan harinya kulit akan lembut macam kulit bayi. Ini aku dah cuba. Memang berkesan. 

2. Siku


Jika siku korang kering dan hitam, cuba sapukan Vaseline dekat tempat yang kering itu. Inshallah lama-lama siku korang dah tak kering dah. 

3. Kuku


Nak cantikkan kuku, boleh letakkan Vaseline pada kutikel kuku setiap hari. Lama-kelamaan, kuku korang akan bersinar dan cantik. 

4. Bibir


Untuk yang ada masalah bibir kering dan merekah macam aku, pakai Vaseline ini dan sapukan tiap-tiap hari sebelum tidur. Macam aku selalu pakai setiap pagi dan setiap malam. Memang menjadi, korang bangun pada keesokkan harinya pun bibir masih lembap. Nak pakai lipstick ke liptint ke lipmatte ke semua cantik saja. 

5. Lip Gloss


Kepada yang tak ada lip gloss, apa lagi korang bedal sahaja Vaseline ni. Jimat pun jimat. Tahan lama pulak tu. Vaseline ini ada pelbagai jenis juga. Bukannya yang original sahaja. Ada jenis cocoa butter dengan yang rosy lips punya tu. Korang boleh pilih nak yang mana satu. 




6. Pelembap muka


Ha, untuk yang mengalami kulit kering, korang boleh sapukan Vaseline ini dekat muka. Khas yang kulit kering sahaja tau. Jangan pulak kulit berminyak pun sapu, berjerawat pulak nanti. 

7. Pelembap Jerawat


Kepada yang mempunyai masalah jerawat, letakkan sahaja Vaseline di tempat yang berjerawat. Inshaallah jerawat akan kecut. Tapi, yang ini aku tak gunalah sebab muka aku jenis berminyak Nanti tak pasal-pasal pori kulit akan tersumbat. 

Sebenarnya banyak lagi kebaikan Vaseline ini. Tapi aku hanya senaraikan 7 sahaja. Jika korang ada tips lain guna Vaseline, korang boleh letakkan komen ya. Terima kasih. 

Moga bermanfaat.


2 comments:

  1. Serbaguna betul vaseline ni kan. Memang ada stok satu kat rumah.

    ReplyDelete

Popular Posts