Monday, 15 November 2021

Dapat Booster Dose



Hai korang. Alhamdulillah hari ni aku nak cerita serba sedikit macam mana aku boleh dapat booster dose ni. Sebenarnya bila KKM umumkan dah boleh ambil booster dose, aku pun check dan minta dekat helpdesk Mysejahtera, adakah aku ni termasuk dalam kriteria-kriteria yang boleh ambik booster ni. 

Bila aku check, rupanya kategori aku ni tak termasuk lagi dalam Mysejahtera tu walaupun aku dah cukup 3 bulan ambik Sinovac. Kebanyakan pemohon booster dose ni diorang nak pergi belajar, travel di luar negara. Tak pun nak menunaikan umrah. Lagi ketat lah syarat nak mohon booster ni. Aku pun cuba mintak dekat helpdesk untuk kes aku ni, boleh ke tak mohon. 

Selang seminggu, Mysejahtera pun reply, mereka nak bagi keutamaan pada golongan yang berisiko dulu. Jadi aku pun diminta bersabar dan menunggu giliran. Aku pun cuba mesej dekat hospital-hospital yang menawarkan booster dose ni. Kebanyakan diorang minta aku tunggu kejap dan cuba check Mysejahtera. Aku pun sabarlah menunggu. 

Minggu lepas, ada klinik yang tawarkan booster dose kepada sesiapa yang nak ambik. Aku pun cuba walk in. Nak call untuk book appointment pun boleh. Tak ada masalah. Aku pun sampai di Klinik Setia Kasih dalam pukul 9 pagi macam tu. Aku scan Mysejahtera dan cuba tanya dekat kaunter masih ada ke booster dose tu. Mereka mintak suruh aku tunggu dekat tempat menunggu. Oh ya! Jangan lupa bawak kad vaksinasi korang tau. Nanti diorang akan check sama ada korang dah boleh amik booster ke tak.

Lepas dah check kad vaksinasi, isi borang dan aku pun dibawa ke bilik suntikan. Aku siap tanya lagi betul ke booster Pfizer, ye lah kan, takut salah. Lepas dah confirm, baru aku setuju untuk disuntik. Tak sampai seminit pun dah siap. Diorang akan bagi kad tau. Kad ni korang simpanlah okay. Senang utnuk dibawa kalau korang nak travel ke oversea ke kan. 


Ini kad aku. 



Inilah borang yang korang perlu isi. 


Okaylah setakat ini sahaja post aku untuk kali ini. Kepada yang belum lagi ambil vaksin, pergilah ambil, benda free tak perlu bayar. Memang tak akan hilang terus COVID-19, setidaknya kesan kalau korang kena tu akan kurang. Trust me. Lindungilah orang yang tersayang. 


5 comments:

  1. Saya baru dapat dos ke-2 bulan lepas. Hehe baru sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? bru sangat tu. sekarang ni ramai yang tak nak amik booster. kite amik sebab senang nanti nak pergi mana-mana.

      Delete
  2. Risau pulak nak ambil booster ni. Semoga baik baik je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula risau jugak. tapi tu la, kalau tak amik susah nak gi mana2. nak tak nak amik jugak.

      Delete
  3. Alhamdulillah . Semoga semuanya baik2 sahaja

    ReplyDelete

Popular Posts