Assalamualaikum. Dah masuk bulan Februari dan inilah post aku yang pertama untuk bulan ini. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan the best cleansing oil yang aku pernah guna. Sesuai dengan kulit aku yang berminyak ni. Aku memang tak boleh guna brand Biore Make Up Remover yang warna ungu tu. Dia jadi naik tiny bumps. Seksa ya nak hilangkan tiny bumps tu. Dah la dulu aku pakai make up, memang naik jerawatlah. Sebab dulu aku tak buat double cleansing. Sekarang ni, pergi mana-mana pun bare face je. Asalkan pakai sunscreen. Kulit pun sudah makin okay.
1. Neutrogena Cleansing Oil
Aku beli masa tu sebab ada promo. Sebab apa aku terdetik nak beli brand ni sebab masa tu aku dah tak guna Cetaphil dah sebagai make up remover. Aku beli dalam RM36 macam tu. Harga asal dia boleh tahan jugak. RM60++. Cleansing oil ni yang aku paling suka sekali sebab aku rasa dia cuci muka aku sangat bersih berbanding dengan brand lain. Tapi, aku tak berminat sebab dia agak pedihkan mata sikit kalau guna. Haha. Yang tu je tak best. So far, aku dah tak curang lagi lah dengan brand ni.
2. Hada Labo Cleansing Oil
Aku akan beli Hada Labo kalau Neutrogena tu tak ada promo. So far, aku masih suka dengan brand ni, cuma bagi aku dia cuci tak lah sebersih Neutrogena. Tapi, yang aku suka bila kita cuci dia tak kan pedihkan mata. So, korang bukaklah mata cuci lah seganas-ganas mana pun, memang mata tak pedih. Kalau Neutrogena, mau menjerit dulu sebab pedih. Haha. Aku beli masa tu ada promo jugak RM35. Harga asal kadang-kadang mencecah RM50++
3. Safi Cleansing Oil
Aku beli Safi bila dua-dua cleansing oil di atas tak ada promo langsung. Harga lebih bajet. Lebih kurang RM20++ sahaja. Tapi kekurangannya adalah saiz dia kecik berbanding yang dekat atas tu. Aku sudahlah pakai banyak sebab aku rasa tak bersih bila pam sekali saja. Jadi, dalam sebulan tu tak pasal-pasal kena beli 2. Kan harga dia lebih kurang sama macam dekat atas tu? Rugi sangatlah rugi. Tapi, brand Safi ni dia lebih sama dengan Hada Labo. Tak pedihkan mata dan bau wangi. Untuk student, aku sarankan korang beli brand ni saja. Nak cantik tak perlu barang yang mahal. Pakai yang basic saja sudah cukup.
Baiklah, setakat ni saja entri aku untuk hari ni. Kenapa 3 sahaja? Sebab aku hanya pakai 3 brand ini saja. Aku hanya share brand yang aku pakai dan sesuai dengan kulit muka aku. Kalau brand lain, aku mintak maaf ya sebab mungkin sesuai dengan muka korang, tapi tak sesuai dengan kulit muka aku.
Inshallah aku akan share banyak lagi tips-tips skincare dan produk skincare yang aku guna. Bye!
Saya pengguna safi tu! saya suka sebab best pakai benda tu.
ReplyDeletekan best je. bau dia wangi
Deletekulit saya combination. boleh juga try salah satu ni nanti
ReplyDeletecubalah mana tahu sesuai
DeleteOkay, nice! Boleh add to-buy list hahahaa
ReplyDeletecepat..kita racun ni suruh beli haha
DeleteKena cuba dan tengok mana yang okay kan..
ReplyDeletetp kulit combination.. haha dia lain sikit
ReplyDelete