Monday 17 July 2023

Menyepi..mental breakdown.

Assalamualaikum. Maaf sebenarnya aku tak sempat nak post segala aktiviti yang berlaku. Maklumlah, aku bukannya seorang blogger sepenuh masa. Aku hanya menulis segala aktiviti yang aku rasa aku nak kongsi, sebab itulah aku jarang nak menulis sangat. Aku memilih juga topik yang aku rasakan sesuai untuk aku letak di dalam blog ni. 

Mesti korang juga tertanya-tanya, kenapa hampir sebulan tak ada post dari aku kan? Aku sebenarnya baru nak pulih dari mental breakdown. Sejujurnya sebulan yang lepas mental aku tak okey. Aku rasa macam tak larat dah nak teruskan untuk bekerja. Aku dah sampai tak ada jiwa untuk datang bekerja. Hampir empat bulan sahaja, tak perlu tunggu setahun. 



Nasib baiklah ada kakak-kakak yang memahami, merekalah yang bantu aku untuk terus bekerja dengan tenang. Aku ni seorang yang rajin bekerja jugak, bukanlah malas sampai tak nak buat apa. Kerja pun boleh dikatakan tiptop. Sejak datang ke tempat baru, aku rasa down. Rasa tak selesa segalanya lah. Tapi, kerja masih aku buat. Cuma aku tak ada semangat, aku perlukan suasana baru. 

Sebab itu, lepas habis saja kerja, aku akan terus ke Family Mart ke, shopping mall ke, sebab aku nak reward diri aku, tak nak terlampau stres. Nanti emosi aku tak stabil, agak susah juga untuk datang kerja.Dan inilah jawapannya kenapa aku menyepi dari tulis blog. Bukan blog saja, media sosial pun aku menyepi jugak. Sebab aku nak berehat dari tengok media sosial. Kadang-kadang media sosial ini jugak boleh mendatangkan toksik dalam hidup kita. Jadi, berehatlah. Aku memilih untuk menyepi dari semua. 

Ada tak korang pernah rasa macam apa yang aku rasa? Dari segi luaran, jasad saja yang masih bernyawa. Hakikatnya, aku sudah lama 'mati'. Umpama mayat hidup. Nak dijadikan cerita, aku pernah menangis atas hal yang kecik saja, sedangkan aku bukanlah orang yang sebegitu sebelum ini.. 



Aku ada suarakan hasrat aku untuk bertukar tempat kerja, rakan-rakan aku menyokong hasrat aku. Aku letih juga berulang selama hampir sejam jika hadap jammed. Sehinggakan aku pernah kemalangan kecil semasa dalam perjalanan ke rumah. Aku trauma. Nak tengok jalan tempat aku kemalangan pun aku dah tak boleh. Sampai sekarang, aku tengok dari jauh saja. Nak lalu? Memang aku elakkan. Aku sanggup ambil jalan yang lebih jauh. Asalkan aku tak bertembung dengan tempat aku kemalangan dulu. 

Korang doakanlah supaya aku dapat bertukar ke tempat yang dekat sedikit dengan rumah. Dan juga persekitaran yang baik. Jika ada perubahan di tempat kerja aku sekarang ke arah yang positif, inshallah akan aku pertimbangkan soal perpindahan tu. Jika sebaliknya, aku rasa lebih baik aku berundur diri. Aku nak kerja lama lagi, tak kanlah aku nak seksa mental aku disebabkan perkara yang tak sepatutnya kan? 

Baiklah, setakat ini sahaja post aku. Terima kasih sebab sudi baca. Bye! Take care :)

Popular Posts