Tuesday, 27 December 2022

Tak mampu pergi Kieda Crepe, boleh pilih Atin Crepe.


Assalamualaikum. Lama dah rasanya tak publish post dekat blog ni ha. Bukan apa, masa cuti ni kalau boleh tak nak update apa-apa dekat media sosial. Biar menyepi sekejap, tapi nanti pembaca tertanya-tanya pulak. Masih aktif berblog ke tak.. serba salah pulak. 

Jadi, aku pun update lah sikit walaupun agak terlambat. Sementara aku tunggu nak makan malam, aku pun terfikir nak buat post ni. 

Aku berhajat nak pergi kedai Kieda dekat Penang. Tengok dekat Tiktok, ramai yang beratur panjang semata-mata nak rasa crepe dia. Murah dan inti pun banyak. Makanan vendor pun sedap-sedap. Tapi Kieda ada tetapkan peraturan untuk dapatkan crepe dia tau. Jadi akan jadi win-win situation. Makanan vendor pun habis, crepe dia pun habis. 

Aku dari Sunway Carnival terus pergi kedai Kieda. Tapi aku lupa nak tengok Tiktok dia. Aku langsung tak teringat, kedai dia tutup rupa-rupanya. Jadi tak kesampaianlah hajat aku nak merasa crepe dia tu. Sedihlah jugak. 

Tak apa, tak ada rezeki. Jadi esoknya, aku pun berhenti pergi ke Kampung Huma, Sg Petani. Sebab aku nak beli kerepek dekat atok aku. Aku pun sambil-sambil tu tengok la chiller dalam kedai tu ada apa. Adalah crepe perisa Oreo, Nutella, Oreo Nutella dengan Durian. Aku dah pernah beli Oreo Nutella. Rasa dia sedap macam aiskrim. Kali ni, aku beli perisa durian dengan Nutella. 

Aku dah pernah rasa berbagai-bagai crepe. Aku rasa Atin Crepe paling sedap. Sebab inti dia tak terlalu manis. Sesuai dengan citarasa aku yang tak minat manis. Kalau korang tak mampu nak pergi kedai Kieda, korang boleh pilih Atin Crepe. Kalau area Sg Petani, Atin Crepe boleh didapati di Butik Eika Ishak dengan Kampung Huma (dekat Amanjaya Mall). 

Nah aku kongsikan sepupu aku makan crepe. Diorang pun cakap sedap. 



Setakat ni saja post aku. Kalau korang berminat, korang search je Atin Crepe dekat Tiktok. Aku ada suggest perisa lain seperti Strawberry dengan Blueberry. Sebab sebelum ni perisa ni tak ada lagi. Perisa Biscoff pun ada, tapi dalam chiller tu tak ada pulak. Jadi tak berkesempatan nak rasa.

Bye! Selamat membaca .

Post a Comment

Popular Posts