Sunday, 19 April 2020

Sudah bergelar penulis...


Hai, dah lama kan aku tak update kisah penulisan aku. Sebenarnya aku dah lama berkecimpung dalam bidang penulisan ni, aiceh! Ye lah, dari umur 12 tahun lagi aku suka menulis. Yang masih aku ingat, masa kecik-kecik dulu mak ayah aku belikan satu set buku bahasa inggeris yang penuh dengan kisah dongeng.Start daripadasitu, apa sahaja buku yang genre fantasi ke, terbitan PTS memang akan aku beli. Sebab daripada kecik lagi kan minat membaca. 

Aku dulu pernah dapat anugerah tokoh Nilam di sekolah. Adalah bacaan 1300++ something.Sebab memang aku akan berlawan dengan pesaing aku tu, Amalia. Kami sampaikan beli senyap-senyap buku Nilam sebab tak nak dia tahu. Haha, lawak betul. Dan sekarang ni, aku sudah bergelar penulis sejak 2015. Memang aku tahu, plot penceritaan aku masih lemah. Tapi, aku akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Berikut adalah sedikit sebanyak karya aku yang aku nukilkan selama 23 tahun ini. 

Rose.Aleyna: Antologi Cerpen Cupcakes
2015-Nazfea Solehah 
*oh ya, buku ni dah tak jual rasanya dekat kedai. Sebab publisher hanya print kecil-kecilan sahaja. Aku bangga sebab buku ni pernah masuk MPH. 


NovelPlusNovelPlus

2016-Apps Novelplus
*kalau rajin, boleh komen dekat apps ni ya. Aku akan sentiasa baca pendapat korang. 

Saturday, 18 April 2020

Movie review : Fantasy Island




Selamat pagi! Semalam baru habis tengok movie dekat web. Search punya search jumpa satu movie yang bergennre fantasi, iaitu Fantasy Island. Tengok dia punya rating taklah tinggi mana, hanya 6/10 saja. Tapi sebab nak tau best ke tak, aku gagahkan jugak tengok movie ni. 

                                                         Fantasy Island poster.jpg

Pengarah : Jeff Wadlow

Release : 2020

Pelakon : Michael Pena, Maggie Q, Lucy Hale, Austin Stowell, Portia Doubleday, Jimmy O. Yang, Ryan Hansen dan Michael Rooker

Genre : Fantasy, Thriller

Review: 
Movie ni bagi aku best. Cuma kita kena banyak berfikir apa yang terjadi lepas tu. Mula-mula tengok memang tak faham apa pun. Bila kita boleh relate dengan scene yang berlaku, baru faham. Plot dan cerita dia mula-mula bagi aku agak slow sebab dia tak cerita apa tujuan diorang pergi ke pulau tu. Nak sampai klimaks cerita nibaru best. Plot twist jangan cakap la, banyak sangat, sampai aku pun pening, haha! Jom tengok sinopsis dia. 

Sinopsis : 

Ahli perniagaan Gwen Olsen, bekas pegawai polis Patrick Sullivan, saudara tiri J. D. dan Brax Weaver, mengganggu Melanie Cole memenangi pertandingan untuk mengunjungi Fantasy Island, sebuah resort tropikal di mana fantasi nampaknya menjadi kenyataan. Setibanya di sana, mereka bertemu dengan "penjaga" pulau itu, Mr. Roarke, dan dibawa ke khayalan mereka: J. D. dan Brax memasuki sambutan di rumah besar. 

Patrick mendaftar dalam perang untuk menghormati arwah ayahnya; Melanie memutuskan untuk membalas dendam terhadap pembuli; dan Gwen menerima lamaran perkahwinan teman lelakinya Alan yang ditolaknya bertahun-tahun yang lalu. Patrick ditangkap oleh sekumpulan tentera Amerika dan menyedari bahawa komander mereka adalah ayahnya dalam misi terakhirnya sebelum mati ketika Melanie memasuki bilik bawah tanah di mana dia menyeksa pembulinya, Sloane Maddison, dengan memuat naik video dalam talian mengenai kecurangan suaminya.

Namun, video lain mendedahkan bahawa Sloane diculik dan dibawa ke pulau itu untuk melakukan fantasi terhadap kehendaknya. Melanie menyelamatkannya dari pakar bedah bertopeng dan mereka melarikan diri. Ketika malam menjelang, kedua-duanya diserang lagi oleh pakar bedah sebelum dia dibunuh oleh Damon, seorang penyiasat swasta yang tinggal di pulau itu. Damon membawa mereka ke sebuah gua, di mana dia menjelaskan bahawa fantasi diciptakan oleh mata air di bawah "hati" pulau itu: batu bersinar yang menunjukkan keinginan terdalam seseorang. Setelah mendedahkan bahawa Roarke mencampurkan air dengan minuman tetamunya, Damon menjelaskan bahawa dia datang ke pulau itu untuk menyiasat sehingga Roarke menawarinya untuk menemui puterinya yang sudah meninggal. Malangnya, khayalannya berubah menjadi mimpi buruk yang menjeratnya di pulau itu. Mereka mengumpulkan air mata air dan terus ke resort untuk mencari telefon untuk mendapatkan pertolongan.

Pada masa yang sama, Gwen bangun untuk mengetahui bahawa dia mempunyai anak perempuan dengan Alan. Ketika dia kelihatan bingung, Roarke muncul dan mengungkapkan bahawa dia memiliki khayalannya sendiri, iaitu dengan isterinya yang sudah meninggal, dan itu akan terpenuhi selama dia bertemu dengan tetamunya dalam khayalan mereka. Gwen berjaya meyakinkan Roarke untuk mengubah khayalannya dengan memujuknya untuk terus berjumpa dengan isterinya. Namun, Fantasy Island mula mengubah fantasi lain menjadi mimpi buruk ketika J. D. dan Brax diserang oleh kartel dadah yang dikaitkan dengan pemilik rumah itu sementara Gwen dibawa ke malam dia secara tidak sengaja menyebabkan kebakaran yang membunuh jirannya Nick Taylor. Dia cuba menyelamatkan Nick, tetapi tidak sedarkan diri dalam api, hanya untuk diselamatkan oleh pembantu peribadi Roarke, Julia. Gwen juga menyedari bahawa semua tetamu lain, kecuali Melanie, berada di sana pada malam yang sama.

Pada masa yang sama, Patrick berusaha meninggalkan pulau itu bersama ayahnya, tetapi dia dipanggil untuk menyelamatkan beberapa tebusan, yang ternyata J. D. dan Brax di rumah itu. Tentera membunuh kartel, tetapi mereka hidup semula sebagai zombi, yang membunuh J. D. dan tentera yang lain. Ayah Patrick mengorbankan dirinya agar anaknya dan Brax dapat melarikan diri kembali ke tempat peranginan. Melanie dan Sloane disergap oleh pakar bedah zombi, sehingga Damon melompat ke tebing dengannya, membunuh mereka berdua. Tiba di resort, Sloane memanggil suaminya dan meyakinkannya untuk memanggil rakan tentera Damon. Selebihnya yang masih hidup berkumpul di resort, tetapi dipojokkan oleh Roarke, yang mendedahkan bahawa para tetamu adalah sebahagian daripada khayalan orang lain di mana mereka semua terbunuh.

Menyedari bahawa semua orang terlibat dalam kematian Nick, para tetamu menyimpulkan bahawa ini adalah fantasi Roarke, mempercayai bahawa dia dan Julia adalah ibu bapa Nick. Para tetamu melarikan diri ke dermaga untuk diselamatkan oleh pesawat yang dihantar oleh rakan sekerja Damon, hanya untuk ditembak jatuh oleh kartel. Kumpulan itu berlari ke gua untuk memusnahkan batu bersinar dengan bom tangan yang dibawa oleh Brax. Semasa mencari, mangsa yang terselamat dihadapkan dengan manifestasi iblis peribadi mereka, tetapi mereka berkumpul kembali dan menemui batu itu. Tiba-tiba, Melanie menikam dan mencederakan Patrick sebelum menyandera Sloane. Melanie mendedahkan bahawa ini adalah khayalan sebenarnya, setelah mengatur kedatangan semua orang untuk membalas dendam atas kematian Nick, dengan siapa dia seharusnya mempunyai tarikh pada malam dia meninggal; juga terungkap bahawa Julia sebenarnya adalah isteri Roarke, muncul kembali dengannya sebagai sebahagian daripada khayalannya.

Ketika Julia mulai mati, dia meyakinkan Roarke untuk melepaskannya dan menolong tetamunya melarikan diri dari pulau itu sebelum menghilang. Sloane meneguk air mata air yang terkumpul sebelum mengkhayalkan kematian Melanie. Ini menyebabkan Melanie diserang oleh mayat Nick yang di zombi, yang menyeretnya ke dalam air. Sebelum lemas, dia meletupkan bom tangan terhadap mangsa yang selamat, tetapi Patrick mengorbankan dirinya dengan melompat ke atasnya untuk melindungi yang lain. Fantasi itu berakhir, dan Gwen, Sloane dan Brax bangun di resort, mendapati bahawa Patrick meninggal dunia akibat kecederaannya sementara Roarke yang kini disucikan akhirnya bersetuju untuk membiarkan mereka pergi.

Semasa mangsa yang selamat menaiki kapal terbang untuk meninggalkan Pulau Fantasi yang kini telah disucikan, Brax berharap agar J. D. kembali hidup dan pulang, jadi dia memutuskan untuk tinggal bersama Roarke di pulau itu agar khayalannya menjadi kenyataan. 

Saturday, 11 April 2020

Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri Kedah


Hai, hari ni aku nak share jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri Kedah. Kita pun dah nak dekat 2 minggu kan nak puasa. Okey, jadual waktu ni aku kreditkan pada Cik Capuccino Latte! Thank you kak for sharing! Kenapa aku share negeri Kedah saja? Sebab aku stay Kedah masa PKP ini. So, basically aku memang akan share keutamaan untuk orang-orang di sekitar aku saja. (Maaf, sis tak racist ya) :)
             WAKTU IMSAK NEGERI KEDAH TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, JADUAL BERBUKA PUASA TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, SENARAI BERBUKA PUASA BAGI SELURUH NEGERI TAHUN 2020
             WAKTU IMSAK NEGERI KEDAH TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, JADUAL BERBUKA PUASA TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, SENARAI BERBUKA PUASA BAGI SELURUH NEGERI TAHUN 2020
                 WAKTU IMSAK NEGERI KEDAH TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, JADUAL BERBUKA PUASA TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, SENARAI BERBUKA PUASA BAGI SELURUH NEGERI TAHUN 2020
                  WAKTU IMSAK NEGERI KEDAH TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, JADUAL BERBUKA PUASA TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, SENARAI BERBUKA PUASA BAGI SELURUH NEGERI TAHUN 2020
                    WAKTU IMSAK NEGERI KEDAH TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, JADUAL BERBUKA PUASA TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, SENARAI BERBUKA PUASA BAGI SELURUH NEGERI TAHUN 2020
                   WAKTU IMSAK NEGERI KEDAH TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, JADUAL BERBUKA PUASA TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, SENARAI BERBUKA PUASA BAGI SELURUH NEGERI TAHUN 2020
                    WAKTU IMSAK NEGERI KEDAH TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, JADUAL BERBUKA PUASA TAHUN 2020 NEGERI KEDAH, SENARAI BERBUKA PUASA BAGI SELURUH NEGERI TAHUN 2020

Wednesday, 26 December 2018

Imperial Hotel-Hotel Ideal untuk Menginap di Sarawak.

Meow meow. Eh apsal keluar bunyi kucing lak ni. Mengada-ngada lah tuan punya artikel ni. Saje je tulis benda mengarut. Opsss. Haha ni aku nak share benda bukan mengarut ni. Berapa kerap korang ke negeri Sarawak? Haa sebab tu la bunyi meow tadi, nak sembang ni, sembang apa? Sembang pasal Kuching. Ye Kuching bukan kucing tauu. Kuching, Sarawak tempat yang membuatkan percutian korang breathtaking. So aku nak cerita ni bukan pasal Kuching semata-mata tapi pasal sebuah hotel yang aku betul-betul suggest untuk korang stay kalau korang ada nak ke Kuching. Imperial Hotel Kuching itulah namanya. Aku tahu tempat ni pun sebab aku study sini sekarang. Bulan 6 tahun 2019 baru aku habis belajar. Hotel ni dekat je dengan Boulevard Mall. Kalau naik grab dari tempat aku, adalah dalam RM5. Aku pernah pergi hotel ni dalam 2 kali sebab ada dinner kampus. Best weh. Rasa grand giteww..

Apa yang seronok sangat kat hotel ni? Haaa, first of all nak cerita ni hotel ni dapat review yang tinggi dari orang-orang yang pernah pergi stay di sana. Kat mana aku tau pasal review ni? Sudah semestinya aku tengok the latest reviews on Imperial Hotel Kuching di Traveloka, a one stop centre untuk booking hotels and flights. Yes dari sini juga aku tau yang hotel ni connected dengan shopping mall yang aku cakap tadi so kepada korang yang suka membeli belah, kumpul duit dan mari kita bershopping. Window shopping pun tak ada hal sebab hotel ni atas shopping mall so dekat sangat. Antara yang dekat juga adalah seperti medical center so easy kalau ada emergency, dan juga airport. To those from Semenanjung yang naik flight tu bolehlah check it out. Beforehand book dulu kat Traveloka. Traveloka ni best tau sebab dia ada pakej flight dengan hotel. Lagi murah dan selesa.

Bilik dekat dalam hotel ni seperti biasa ada shower, cable TV, hairdryer, mini bar dan meja. Complete sebagai bilik hotel yang korang inginkan. Hotel ni mempunyai staff yang friendly, akan sentiasa senyum dari korang check in hinggalah check out. Ada bellboy service kalau korang banyak bawak beg, ada 24 hours security kalau korang risau ada stalker, hehe macam popular lak nak ada stalker ni, ada 24 hours receiptionist so kalau korang ada apa-apa problem masa korang stay kat hotel ni, korang boleh minta tolong di front desk. Selain tu, makan juga senang nak cari kat sini, ada full air condition restaurant, atau korang boleh order room service. Korrang juga boleh dapatkan free breakfast and aku jamin memang sedap belaka makanan diorang ni. Tak payah nak bawak bekal dari rumah.

Hotel ni juga boleh dijadikan sebagai tempat nak buat wedding reception. Diorang ada consultant on that so if u are planning to do so, contact them and book the date. Hotel ni senang untuk guest datang sebab ada parking dan selesa. Kalau korang juga ada tertinggal berus gigi ke, charger phone ke, kat sini ada kedai yang jual benda-benda camtu. So jangan panic, take a breath, dan pergi ke atm keluarkan duit and pergi shopping. Opss jangan lupa berus and ubat gigi tu, nanti orang komplen mulut berbau lak. Hahaha.

Untuk yang ada business atau hal kerja yang nak stay kat hotel ni, korang boleh meet your client or supplier di lobby as you guys can use the free wifi. Nak photostat or tak bawak komputer pun takpe sebab hotel ni ada business centre, so korang boleh guna facilities yang disediakan by the hotel. Memang strategik hotel ni sebagai tempat percutian keluarga, solo atau pasangan ataupun for business matter. To all those yang ada plan nak datang ke Kuching, book dulu hotel through Traveloka, better book the flight ticket too, then on the date you will go to Imperial Hotel Kuching, and you will experience first hand duduk di hotel yang selesa, senang untuk ke mana-mana, cukup sifat segalanya. Almost perfect. Jangan tunggu lagi, make the booking fast sebab sini adalah destinasi setiap orang so berkemungkinan besar fully booked. Enjoy. Aku kongsikan gambar untuk korang tengok okeh.


Cantik kan bahagian hadapan hotel ni.




Ada kolam renang lagi..



Ni lah pintu masuk utama. Cantik..



 Bilik pun selesa.



Waktu dinner pakai dewan ni. Elegant..

Popular Posts