Assalamualaikum dan selamat malam (ketika entry ini
ditulis), kepada semua pembaca. Alhamdulillah, 3 minggu yang cukup tough bagi
aku, yang mana selama 4 hari bermula 8-11 Ogos, batch aku mengadakan aktiviti
perkhemahan mengikut unit beruniform. Aku mewakili Bulan Sabit Merah Malaysia.
Tak dinafikan, mendirikan khemah dan gajet di tengah panas tu membuatkan aku
tak selesa. Kulit aku cepat terkena sunburn. Pakai la produk sunburn SPF 50 ke,
100 ke atau 150++ ke, kulit aku ni memang tak tahan sangat, lagi hitam je.
Haha.
Nak dijadikan cerita, lepas elaun masuk, geng budak
perempuan kelas aku pergi ke shopping mall, semata-mata nak pulihkan kembali
kulit kami yang hitam macam arang. Aku lagi lah, ada orang tegur aku, kulit aku
sangat berbeza daripada yang dulu. Sebelum ni memang kulit aku gelap, tapi ada
lah sedikit putih. Aku tak kisah pun sebab daripada sekolah menengah lagi kulit
aku memang dah gelap. Jadi, aku pilih set Nano White yang ada extra whitening.
Cepat lah sikit hilang sunburn, dan aku tekap muka aku dengan air sejuk, bagi
hilang sikit sunburn. Aku tak lupa jugak letak aloe vera. Orang cakap bila nak
rawat sunburn, letak aloe vera saja.
Tapi, aku perlukan mask. Sebab tu, aku godek-godek Instagram
semata-mata nak cari mask yang sesuai dengan muka aku. Selalunya produk
daripada Korea sangat bagus dengan kulit aku sebab bahan-bahannya semula jadi,
tiada bahan kimia. At last, aku jumpa! Satu insta ni jual Mung Bean Mud Mask.
Mask lumpur kacang hijau. Kata owner tu, produk ni dia pun pakai, dan boleh tahan
3-4 bulan dalam satu bekas. Memang betul pun. Guna sikit ja. Terus rata di
muka. Jimatlah. Lagipun, tengah sale masa tu. RM60 termasuk postage. Harga asal
RM89. Jadi, aku pun terus beli.
Mask ni berbau wangi, macam coklat gitu. Sapuannya lembut,
tak kasar, dan kulit aku selesa. Sapukan selama 20 minit, lepas tu bilas dengan
air bersih. Selalunya, lepas aku pakai mask, aku cuci muka, sapu toner dengan
krim whitening sekali.
Kepada yang ingin membeli mask ini, bolehlah order di sini :
Whatsapp : 013-2524872 (Slow response 10 am-5 pm)
Quick response (6pm-10 pm)