Friday, 30 September 2022

Giveaway Birthday October Aini

 


Assalamualaikum, hari ni nak bagitahu korang yang kak Aini sedang buat giveaway sempena birthday dua. Selamat hari lahir aku ucapkan, semoga sentiasa murah rezeki, bahagia di samping keluarga dan panjang umur. Wah, katanya dia dah memasuki usia 40 an. Jauh jugak jarak umur kita yang di pertengahan 20 an ni hehe. 

Masih sempat lagi korang nak join giveaway ini tau. Tarikh tutup 10 Oktober 2022. Syarat dia pun simple saja, tak susah pun. Hadiah katanya tak tetapkan lagi, so stay tuned! Jom bersama-sama memeriahkan giveawaynya. 

Sekian!


Tuesday, 27 September 2022

Drama Review: The Untamed (2019)

 




Assalamualaikum. Hari ni baru berkesempatan aku nak menulis entri blog setelah sekian lama aku tak update kan? Minggu ni minggu yang paling pack buat aku, siang keja, petang pula meeting. Nak kena cari masa untuk berehat dan siapkan mana-mana kerja yang tertangguh. Setakat ni alhamdulillah aku masih lagi bernyawa dan boleh buat kerja tanpa rasa tertekan. 

Okey, sebenarnya tujuan post ni aku saja nak flashback kembali bagaimana rasanya mempunyai friendship atau kawan baik yang sentiasa tolong korang ketika susah dan senang. Aku mengakui, bukan senang nak cari kawan sejati macam tu kan? Betul tak? Aku sudah mengalami pengalaman yang memeritkan, di mana aku tak boleh nak bagitahu parents aku, jadi aku luahkan kepada kawan baik aku. 

Dan, dialah ada di saat aku jatuh, saat aku berada dalam titik terendah, sebab masa tu pensyarah aku pun tak tahu aku ada masalah, dia dapat tahu pun sebab dia lihat sendiri dan dia pun tak percaya aku mampu diam selama tiga bulan. Sebab utamanya, aku malas nak cari gaduh dan aku tetap layan dengan cara yang baik. Orang psiko aku pun, aku jenis tak amik kisah. Nanti dia akan slow down sendiri. 

Ini adalah salah satu contoh kisah sahaja ya, aku cuma ceritakan kembali.Tak ada kena mengena pun dengan kisah peribadi aku, aku cuma letakkan bagaimana kalau aku jadi macam pencerita ini, sesetengah orang dia tak boleh nak handle masalah dia, jadi dia akan cenderung ke arah depression, jadi masalah macam ni bagi orang lain mungkin nampak remeh, tapi bukan untuk semua orang. Jadi, dia perlu luahkan kepada orang yang dipercayai. 

Sesetengah orang, kita nampak dia bahagia, namun sebelah sisinya yang lain, dia menangis. Dia cuma sembunyikan perasaan tu sebab tak nak kita tahu. Setelah air mata tu hilang, dia akan ceria kembali bagaikan tak ada masalah yang berlaku. Kawan-kawan dan ibu ayah perlu prihatin atas keadaan kawan dan anak masing-masing, jika mereka tersalah arah, tarik dia ke jalan yang betul. 



Baiklah, drama ni aku dah tengok beberapa hari lepas. Secara jujurnya aku rasa sedih, marah, gembira, sebak dan macam-macam perasaan yang ada. Sebab kisah ni aku boleh relate dengan kehidupan aku sendiri. Bagaimana dua orang watak utama dalam cerita ini berkorban untuk orang yang mereka sayang. 

Salah satu scene dalam cerita ini Wei Wuxian (pakaian hitam) berkorban untuk adik nya, meskipun tu bukan adik kandung dia pun, dia sanggup bagi golden core untuk adik dia berjuang kembali melawan puak-puak yang jahat. Sedangkan dia, sudah tak ada golden core lagi, terus beralih kepada bermain silap mata dan tak boleh main pedang. 16 tahun lepas tu, baru adik dia tahu abang dia korban kan semuanya. 

Nak cabut golden core sakit ya, tambah-tambah bila nak berpindah tu, kau kena buat secara dalam sedar. 2 hari 1 malam dalam keadaan sedar, macam tak pakai ubat bius lah kalau operate. Adik dia tak percaya pengorbanan abang dia sampai macam tu sekali. 

Kawan sejati abang dia, Lan Wangji (baju putih), masa ni pun tak tahu Wei Wuxian ni sanggup rahsiakan semuanya, dia rasa serba salah. Dia pernah cakap, dia menyesal sebab tak ada dekat kawan dia masa kawan dia jatuh gaung dulu. Dan bila kawan dia ni hidup balik, dia nak tebus semula kesalahan dia. Part ni aku sedih, sebab iyalah, kawan baik kot. Macam mana pun baik buruk dia, dia tetap kawan baik kita. 

Ada scene kekeluargaan di sini, di mana kakak Wei Wuxian (bukan kakak kandung dia) terbunuh semata-mata nak selamatkan dia. Bukan itu saja, mak dan ayah angkat dia pun turut terbunuh. Masa nilah adik dia salahkan abang dia terus-terusan. Dalam sekelip mata mereka tak ada keluarga. Puak mereka hancur dan perlukan masa untuk naik semula. 




Kita boleh relate mak ayah sanggup buat apa sahaja untuk anak diorang. Sampaikan sanggup fikir anak dulu barulah diorang sendiri. Aku tengok scene ni pun berair mata aku. Kalau dah sayang, apa-apa sahaja kita akan buat untuk anak kita terus hidup. 

Cerita ni ada 50 episod, The Untamed. Korang boleh tengok dekat apps Wetv ataupun Kissasian. Bagi aku, 50 episod pun tak cukup, ada lagi Special Edition 20 episod, di mana ada scene tambahan yang tak ada dalam 50 episod tu. Korang boleh tengok. Sebenarnya cerita ni diambil dari tajuk novel, dah ada versi kartun, cuma dalam novel dia amat berbeza dengan cerita, tapi penyampaian cerita ini adalah sama. Bagi aku, persahabatan dalam cerita ni amat masterpiece!

Kalau korang dah tengok, korang boleh buat review ya. Sekian. 

Friday, 23 September 2022

Giveaway Suka Suki Mamapipie


Assalamualaikum, maaf dah lama tak update post kan, sebab aku sekarang fokus dekat blog kedua, baru saja aku post tentang cerita yang aku dah tengok. Kalau korang free, korang jemputlah follow blog kedua aku ya. Korang boleh follow di SINI

Baiklah, kali ni aku nak join satu giveaway daripada Mamapipie setelah sekian lama menyepi. Antara post yang menarik minat aku adalah post berkaitan dengan Trip ke Legoland

Sebab aku tak pernah pergi ke Legoland, jadi aku harap dengan entri ni aku boleh jadikan panduan bila aku merancang ke Legoland nanti. Thanks Mamapipie buatkan entri pasal ni, sekurang-kurangnya aku boleh merancang apa yang patut aku bawak dan jugak boleh tengok bajet berapa yang diperlukan. 

Oh ya, kalau korang berkesempatan nak join giveaway ni, korang joinlah. Mana tahu boleh tambah kenalan lagi kan. 

Baiklah, sampai sini sahaja entri kali ini. 


Wednesday, 3 August 2022

Cara Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang

 




Assalamualaikum, hari ini aku nak kongsikan bagaimana kalau korang nak dapatkan balik sijil SPM ke PMR ke yang hilang. Aku harap entri ini membantu koranglah, Aku ambil cara-cara ini di laman web KPM sendiri tau. Harap dapat membantu korang. 

1. Bagaimana untuk memohon salinan keputusan peperiksaan?

Permohonan salinan sijil boleh melalui tiga (3) kaedah iaitu:-

Secara terus ke Lembaga Peperiksaan (LP)

Pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter sijil yang terletak di Lobi Utama, Aras Bawah, Blok E11, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya dengan membawa bersama  kad pengenalan diri dan salinan keputusan (jika ada).

Mewakili pihak ketiga (ibu bapa/suami/ isteri/anak)

Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon berserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat . Pelantikan Wakil tidak dibenarkan.


Permohonan melalui pos

Pemohon boleh membuat pemohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06.

Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP. Pemohon digalakkan menyertakan sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan.

2. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/06 boleh didapati di kaunter sijil. LP Putrajaya atau boleh dimuat turun dari laman web LP di lp.moe.gov.my.

3. Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama "AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA". Cek persendirian tidak diterima.

4. Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut:

4.1 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 - satu (1) jam

4.2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 - tujuh (7) hari bekerja

4.3 Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 - satu (1) jam

4.4 Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 - tujuh (7) hari bekerja

4.5 Lain-lain peperiksaan tujuh (7) hari bekerja


Dekat Tiktok aku ada ternampak ada orang kongsikan bagaimana dia dapat balik sijil dia yang hilang. Dia buat dengan cara macam ni ya. 

1. Buka Google
2. Search Lembaga Peperiksaan Malaysia. Buka link ini ya : lp.moe.gov.my.
3. Cari di bahagian perkhidmatan : Salinan keputusan
4. Tekan di permohonan salinan pernyataan keputusan peperiksaan
5. Korang akan direct masuk ke laman web e-lembaga peperiksaan ( warna hijau).
6. Daftar akaun dan log in 
7.  Tekan salinan keputusan selepas log in semula
8. Tekan butang + untuk permohonan baru. Isikan butiran yang ada dekat situ
9.Kalau no angka giliran tak ingat, letak je N/A
10. Lengkapkan borang dan tekan mohon, kemudian buat bayaran.

Done! 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Popular Posts