Wednesday, 23 August 2017

Movie Review : Amityville The Awakening

Dah sarapan ke belum? Masa entri ni ditulis, aku masih belum makan. Aku ni kerja makan je sebab praktikal di sekolah pakai tenaga banyak. Nak mengajar, suara kena kuat, budak bergaduh dalam kelas, semak kertas budak dan hasil kerja budak. Memang penat, tapi seronok, lagi-lagi kalau ajar kelas belakang. Haha..macam-macam terjadi. 

Bila rasa penat + tension, aku pun ajak lah member aku, Dania. Dia ni kaki jalan, sama macam aku jugak. Yelah kan, bila lagi nak jalan. Pagi sampai petang aku busy dengan sekolah. Malam pulak nak siapkan rph lagi, dengan bahan bantu mengajar. Penat tu tak payah cakaplah. Ada je sampai tak tidur malam. Tapi aku ni jenis tidur awal. Haha, tak adalah mengantuk sangat. 

Cerita ni aku tengok minggu lepas. Waktu tu Dania cakap lah, kita tengok movie ni waktu malam, aku ni penakut sikit. Tapi sebab aku nak jugak tengok sebab aku tak pernah tengok cerita berdasarkan kisah benar.Aku dengan dia ni kuatkan jugaklah semangat nak tengok. Harga tiket dalam RM13 macam tu laa sebab hari minggu kan? Aku pun siap tengok dia order popcorn lagi. Ye lah, boleh laa makan masa tengok movie. Cerita banyak yang best. Tu yang rambang mata nak pilih. 

Bila masuk je cinema, aku dengan dia duduk seat tepi sekali, senang nak keluar. Bila movie dah start, apa lagi, part yang creepy + seram tu, Dania asyik maki aku la sebab terkejut. Aku pun maki balik. Haha, seriously cerita ni banyak part yang buat aku luruh jantung. Aku janji tak kan tengok dah cerita ni. Seram nak mampos! Bagi aku tak seram sebab tak ada hantu, cuma part sound effect dia tuh, aduuh. Banyak kali dah Dania termaki cerita tuh. Bukan kami saja, semua yang ada dalam tu pakat maki habis. Haha..
                                                             Amityville: The Awakening Poster

Okey, ceritanya bermula begini..
When some footage dating back to 1976 is discovered, the case of the haunted house in Amityville is reopened. An ambitious woman who is working as a television news intern seizes the opportunity to advance her career and is soon leading a team of journalists, clergymen, and paranormal researchers into the house, but she may have unwittingly opened a door to the unreal that she will never be able to close.  Belle, her little sister, and her comatose twin brother move into a new house with their single mother Joan in order to save money to help pay for her brother's expensive healthcare. But when strange phenomena begin to occur in the house including the miraculous recovery of her brother, Belle begins to suspect her Mother isn't telling her everything and soon realizes they just moved into the infamous Amityville house.

Sinopsis ringkas, aku translatekan balik.

Belle ni mempunyai abang kembar (James) dan seorang adik (Juliet). Mereka berpindah rumah atas sebab tertentu dengan harga yang murah. Mak diaorang (Joan) berpindah di situ dengan harapan James sembuh dari koma akibat terjatuh dari bangunan. Sudah 2 tahun James koma dan Belle seolah-olah sudah putus harapan bahawa abangnya akan mampu hidup lagi. Sepanjang tinggal di situ, keajaiban mula berlaku kerana James mula sedar dan mula berkomunikasi dengan mereka. Belle pula semakin kusut kerana rakan-rakannya takut untuk berbual disebabkan dia berpindah di rumah berhantu itu. Adakah Belle berjaya melepaskan diri? Benarkah kejadian pembunuhan enam ahli keluarga itu berlaku?  Semua akan terjawab bila korang tonton cerita ini. Aku bagi 5/5 bintang weh!

Selamat menonton :) 

Sunday, 21 August 2016

Review : Mung Bean Mud Mask

Assalamualaikum dan selamat malam (ketika entry ini ditulis), kepada semua pembaca. Alhamdulillah, 3 minggu yang cukup tough bagi aku, yang mana selama 4 hari bermula 8-11 Ogos, batch aku mengadakan aktiviti perkhemahan mengikut unit beruniform. Aku mewakili Bulan Sabit Merah Malaysia. Tak dinafikan, mendirikan khemah dan gajet di tengah panas tu membuatkan aku tak selesa. Kulit aku cepat terkena sunburn. Pakai la produk sunburn SPF 50 ke, 100 ke atau 150++ ke, kulit aku ni memang tak tahan sangat, lagi hitam je. Haha.

Nak dijadikan cerita, lepas elaun masuk, geng budak perempuan kelas aku pergi ke shopping mall, semata-mata nak pulihkan kembali kulit kami yang hitam macam arang. Aku lagi lah, ada orang tegur aku, kulit aku sangat berbeza daripada yang dulu. Sebelum ni memang kulit aku gelap, tapi ada lah sedikit putih. Aku tak kisah pun sebab daripada sekolah menengah lagi kulit aku memang dah gelap. Jadi, aku pilih set Nano White yang ada extra whitening. Cepat lah sikit hilang sunburn, dan aku tekap muka aku dengan air sejuk, bagi hilang sikit sunburn. Aku tak lupa jugak letak aloe vera. Orang cakap bila nak rawat sunburn, letak aloe vera saja.

Tapi, aku perlukan mask. Sebab tu, aku godek-godek Instagram semata-mata nak cari mask yang sesuai dengan muka aku. Selalunya produk daripada Korea sangat bagus dengan kulit aku sebab bahan-bahannya semula jadi, tiada bahan kimia. At last, aku jumpa! Satu insta ni jual Mung Bean Mud Mask. Mask lumpur kacang hijau. Kata owner tu, produk ni dia pun pakai, dan boleh tahan 3-4 bulan dalam satu bekas. Memang betul pun. Guna sikit ja. Terus rata di muka. Jimatlah. Lagipun, tengah sale masa tu. RM60 termasuk postage. Harga asal RM89.  Jadi, aku pun terus beli.
Mask ni berbau wangi, macam coklat gitu. Sapuannya lembut, tak kasar, dan kulit aku selesa. Sapukan selama 20 minit, lepas tu bilas dengan air bersih. Selalunya, lepas aku pakai mask, aku cuci muka, sapu toner dengan krim whitening sekali. 

                                     


                           
Kepada yang ingin membeli mask ini, bolehlah order di sini :
Whatsapp : 013-2524872 (Slow response  10 am-5 pm)
                     Quick response (6pm-10 pm)

Monday, 6 June 2016

4 Tips To Wear Flare Dress

Flare Dress
Apa itu flare dress? Flare dress ini sebenarnya telah mendapat tempat dalam kalangan orang ramai iaitu wanita. Nak tahu? Dress ini sangat mudah mudah digayakan kerana ia bukan sahaja memakan masa yang singkat malah dress ini mempunyai banyak corak yang cantik. Tak kiralah sama ada wanita itu bertubuh gempal atau kurus, flare dress ini sesuai untuk dipakai. Jadi, anda tidak perlulah risau jika anda mempunyai tubuh yang gempal. Anda tetap akan kelihatan cantik dan bertubuh gempal bukanlah satu penghalang buat anda untuk berfesyen.











So, kepada semua ladies yang suka bergaya, ini merupakan contoh padanan pakaian atau tips yang anda boleh lakukan. Barulah anda sentiasa bergaya.

Tips untuk memakai flare dress.
1.    1.    Memadankan dengan heels.
Ini merupakan best combination untuk menampakkan gaya anda lebih menyerlah dan anggun. Anda juga kelihatan tinggi bagi yang sedikit rendah.




2.     2.   Memadankan dengan flats or sneakers
Kepada yang suka memakai flats or sneakers, jangan khuatir kerana koleksi flare dress ini juga sesuai digayakan bersamanya. Anda juga akan berasa selesa di mana sahaja sepanjang hari.



3.    3.   Outerwear
Saya selalunya melihat rakan saya memakai outerwear seperti jacket dan juga cardigan. Jadi, saya mencadangkan anda boleh tampil berkeyakinan dengan memakai flare dress berserta cardigan. Oh! So cute. Jika anda lebih selesa memakai jacket, no problem. Anda tetap kelihatan bergaya.
      

   




4.     4.   Leggings/Jeans
Bagi yang tidak selesa memakai cardigan or jackets, dan anda masih keliru untuk memadankan flare dress ini, tidak salah jika anda mencuba flare dress ini dengan jeans. Cubalah, mana tahu anda akan kelihatan lebih cantik.

5.    5.    Aksesori.
Ya! Anda boleh memadankan dengan belt yang sesuai dengan pemakaian flare dress ini. Jika anda mempunyai rantai atau gelang tangan, amatlah menarik dan sangat sesuai dipadankan. Ini membuatkan gaya pemakaian anda lebih anggun. Anda juga akan kelihatan yakin untuk berinteraksi dengan rakan-rakan di luar. Selamat mencuba!

Thursday, 13 February 2014

Bagaimana nak jadi tekun?



Bertanyalah Diri, Apa Yang Allah Mahukan? 

Orang yang cuba mencapai piawaian tertentu dalam kerjanya biasanya akan tekun melaksanakan tugasannya itu. Pernahkah kita mengambil berat tentang piawaian Allah dalam setiap kerja kita?
Rahsia menjana kuasa ketekunan luar biasa dalam diri seseorang ialah memahami apa yang dilakukannya itu dari ‘kasut’ Ilahi. Bertanyalah pada diri, apa yang Allah mahukan daripada kerjaku ini?
Allah Mahukan Kita Mengamalkan Islam yang Syumul

Allah mahukan kita mengambil Islam secara keseluruhan sebagai sistem hidup kita. Bukan separuh-separuh. Bukan cebisan-cebisan. Bukan mengikut selera kita sahaja.

Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara keseluruhan. Janganlah kamu mengikuti  jejak langkah syaitan.” (Al-Baqarah:208).

Contohnya, kita bukan sahaja tidak makan khinzir dan minum arak dalam aspek pemakanan bahkan tidak mendekati zina sebelum berkahwin dalam aspek muamalat.

Piawaian Allah supaya kita mengamalkan Islam secara keseluruhan akan memotivasikan diri untuk berusaha dengan tekun dan lebih tekun. Realitinya,  ia memang sukar  dilaksanakan. Namun, ia memberi kita target untuk dicapai.
Allah Mahukan Kita Hidup Memberi Manfaat

Sabda Rasulullah SAW yang berkata-kata dengan petunjuk wahyu bukannya nafsu, mafhumnya, “Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.” (Riwayat al-Baihaqi, Sahih al-Jami’ al-Shaghir wa Ziyadatihi).

Daripada hadis ini, apa yang Allah mahukan? Sudah tentu Allah mahukan kita banyak memberi dan menyumbang kepada orang lain.

Orang mukmin sentiasa mencari peluang untuk memberi manfaat kepada orang lain. Tanpa perlu dipinta, disuruh atau dipaksa. Kata pepatah Arab, orang yang tidak mempunyai apa-apa tidak akan memberi. Maka, untuk menyumbang kepada orang lain, sumbangkan dahulu kualiti buat diri sendiri.
Allah mahukan setiap mukmin cuba berperanan memenuhi semua aspek fakulti insan terhadap dirinya sendiri. Maha Bijaksana Allah SWT yang menyeru kita menjadi umat pertengahan dan seimbang.
Firman-Nya yang bermaksud:

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil (pertengahan) dan terpilih agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: ayat 143).

Diri yang dilengkapi kualiti akan mudah memberi manfaat  kepada orang lain. Inilah keseimbangan hidup.
Aspek-aspek keseimbangan itu ialah:
1. Aspek fizikal dan material.
    Praktikal:
    a. Memastikan makanan kita halal, baik dan berkhasiat. 
    b.Memastikan pakaian kemas dan bersih.
    c. Memastikan tempat tinggal tersusun rapi dan nyaman.
    d. Memastikan kenderaan dalam keadaan yang memuaskan.
    e. Memastikan orang di bawah tanggung jawab kita turut menikmati keperluan ini.
2. Aspek akal atau pemikiran.
    Praktikal:
    a.  Menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah sedaya upaya.
    b. Meluaskan bacaan.
    c. Melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan kebolehan.
    d. Melakukan aktiviti-aktiviti yang menajamkan minda atau IQ.
    e. Banyak berfikir, mengkaji  dan berbincang.
    f. Bercita-cita menjadi insan berilmu malah sebagai pakar rujuk.
    g. Membantu rakan-rakan, adik-adik atau sesiapa sahaja belajar.

3. Aspek emosi.
    Praktikal:
    a. Memuhasabah sifat pemarah, memandang rendah, rendah diri dan lain-lain.
    b. Banyak memahami sebelum minta difahami.
    c. Menjadi pendengar yang baik.
    d. Melahirkan perhatian, simpati dan empati.
    e. Merawat tekanan emosi dengan kemahiran menyelesaikan masalah.
    f. Menguasai kemahiran interpersonal dengan baik.

4. Aspek rohani atau spiritual.
    Praktikal:
    a. Memantapkan akidah dan iman.
    b. Mendalami soal-soal akhirat seperti  alam barzakh, padang mahsyar, syurga, neraka dan 
sebagainya.
    c. Memahami konsep dosa dan pahala.
Orang mukmin yang menyedari keperluan untuk menjadi seimbang ini, akan tekun mencapainya. Setiap hari, dia menjadi tekun untuk memasukkan kualiti baru ke dalam diri.
Allah Mahukan Kita Hasilkan Kerja Yang Professional dan Berintegriti

Allah mengabadikan kata-kata keramat puteri Nabi Syuaib di dalam al-Quran.

Maksudnya: “Salah seorang daripada kedua-duanya berkata: ‘Wahai ayahanda, ambillah dia sebagai pekerja, sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah yang kuat (al-qawiyy) lagi amanah (al-amin).’       

Apa yang Allah mahukan? Allah mahukan hasil kerja yang professional (al-qawiyy) dan berintegriti (al-amin).

Dalam peristiwa yang terakam di dalam al-Quran ini, dua orang puteri Nabi Syuaib iaitu Syafura dan Liya terpegun dengan keperibadian Nabi Musa a.s. Beliau bukan sahaja gagah melaksanakan tugasannya ketika menolong mereka memberikan air kepada binatang-binatang ternak, bahkan  cukup amanah dan berakhlak mulia melaksanakannya.

Lantas, dilaporkan kepada si ayah. Nabi Syuaib pantas berminat menawarkan perkerjaan kepada Nabi Musa. Jelas, dengan sifat professional dan berintegriti yang dimasukkan dalam diri seseorang mengundang rasa kepercayaan dan kekaguman. Kesedaran ini akan menjana sifat tekun untuk mencapai piawaian al-qawiyy dan al-amin di sisi Allah. 

Dalam perkerjaan yang kita lakukan samada belajar, membuat assignment, mengadakan perbentangan, belajar berkumpulan, membuat persiapan untuk peperiksaan, mengikuti program peningkatan diri serta kepimpinan dan sebagainya, Allah mahukan kita menjadi al-qawiyy (kuat lagi professional) serta al-amin (amanah dan berintegriti). Itulah hasil kerja yang berkualiti dan perlukan ketekunan untuk mencapainya. 
Allah Mahukan Kita Terbilang Dunia dan Akhirat
Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Dan carilah apa yang telah dikurniakan kepadamu (kebahagian) di akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia.” (Surah al-Qashah: 77).

Apa yang Allah mahukan?  Allah mahukan kita cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Rasulullah SAW juga mengajar kita berdoa agar mendapat hasanah (kebaikan) di dunia dan di akhirat.

Sesetengah remaja keliru sendiri, “Saya sudah belajar bersungguh-sunguh dan tidak bergaul bebas, tapi keputusan peperiksaan saya biasa-biasa sahaja. Baik jadi macam dia. Dia studi lepak-lepak, bercinta pula tu, tapi result gempak. Dia lebih berjaya.” Kepercayaan silap ini mempengaruhi sikap dan tindakan remaja itu untuk tidak lagi tekun mencapai kesungguhan dalam belajar dan keindahan dalam berakhlak.

Hakikatnya ramai orang yang masih tidak tahu erti berjaya meskipun setiap orang menginginkannya. Adakah berjaya itu apabila mendapat keputusan berderet A tetapi asyik derhaka kepada Allah dengan bergaul bebas sebelum berkahwin? Adakah berjaya itu apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik tetapi menyombongkan diri daripada orang sekeliling? Adakah berjaya itu apabila kebijaksanaannya dikagumi orang tetapi berakhlak buruk?

Berjaya yang hakiki ialah apabila mendapat wajah Allah, keredhaan-Nya dan  syurga yang abadi. Maka, segala apa yang kita usahakan di dunia mestilah bermatlamatkan akhirat. Jika usaha kita  tanpa disertai niat dan akhlak ahli syurga, kejayaan daripada usaha itu hanyalah bersifat sementara, menipu daya dan tidak ke mana.

Maka, mukmin yang sedar akan tekun melengkapi diri dengan kualiti dunia dan akhirat kerana hidup ini menjadi penting dengan adanya negeri abadi. Setiap perbuatan baik walau sebesar zarah akan dihargai dan setiap perbuatan jahat walau sebesar zarah akan dibalasi.
      
     
Target Mencapai Piawaian Allah

Lakukanlah sesuatu dengan meletakkan piawaian Allah SWT di hadapan sebagai target yang ingin dicapai. Insya-Allah, ia suatu rahsia hebat untuk menjana ketekunan atau jiddiyyah yang luar biasa dalam hidup kita.

Popular Posts