Thursday, 28 July 2022
Giveaway BZ Satu 2022
Friday, 22 July 2022
Food Review: Mcdonalds Creamy Butter Chicken Nasi Lemak
Assalamualaikum semua. Dah lama aku tak buat post kan. Last aku review Sofuto Matcha Family Mart tu. Aku ada saja nak review, tapi aku masih belum rajin untuk buat post haha. Tapi hari ni, aku tengok ramai sangat yang tertarik dengan menu baru daripada Mcdonalds kan, aku pun apa lagi, cepat je gi serbu. Siapa yang tak nak menu viral kan? Betul tak?
Aku sebenarnya waktu pukul 5.30 petang tu, aku masih belum dapat makan nasik lagi, jadi aku pun cuba order nasik lemak dia dengan ayam butter. Ayam tu korang boleh pilih sama ada nak 1 atau 2 ketul, original atau pedas. Aku pilih 1 set dengan 1 ketul ayam pedas. Air amik air mineral je.
Ayam aku dapat ayam paha. Salutan butter pun nice saja. Tak adalah macam ayam tu nampak banjir macam dekat kedai biasa yang kita selalu order tu. Bagi aku, portion macam ni puas hati.
REVIEW
Apa yang menariknya, rasa butter dia just nice. Ada daun kari, cuma aku tak rasa pedas lah butter tu sebab ayam aku amik dah pedas. Jadi memang just nice. Cuma aku harap lah, diorang boleh asingkan kot kuah dengan ayam, sebab nanti ayam jadi soggy. Sesetengah orang dia tak suka makan ayam soggy. Jadi hilang rasa rangup ayam tu.
Tapi, seriyes sedap! Aku pun mungkin kalaulah diorang buat menu ni sebagai menu tetap, aku akan beli. Bagi tekak aku, rasa dia sedap! Aku tak beli lah burger dia sebab aku nak makan nasik. Mungkin lain kali aku akan beli tau.
Kalau korang nak pertama kali cuba, korang boleh cuba rasa burger dia dulu. Kalau tak nanti taklah membazir.
Okey baiklah. Kalau korang dah rasa, korang boleh komen dekat post aku tau. Selamat membaca.
Popular Posts
-
Assalamualaikum. Bertemu kembali kita. Hari ini aku nak kongsikan karya kedua aku di Wattpad. Apa-apa komen amatlah aku alu-alukan ya. Teta...
-
Assalamualaikum. Lama dah rasanya tak publish post dekat blog ni ha. Bukan apa, masa cuti ni kalau boleh tak nak update apa-apa dekat media ...
-
Assalamualaikum. Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai. Aku sebenarnya mempunyai target untuk tahun 2023 ni, walaupun aku pun belum pasti aku ...
-
Assalamualaikum semua. Hari ini aku nak ceritakan pengalaman aku dengan poslaju tempat aku ni ha. Sebenarnya aku dah lama nak cerita, tapi...
-
Assalamualaikum dan selamat malam. Disebabkan ramai yang search dekat blog aku ni template dam ular yang aku pernah buat sebelum ni, ha kor...
-
Assalamualaikum. Maaf ya lama sangat aku menyepi di blog ni. Bukan apa, aku jadi sindrom malas nak taip panjang-panjang. Entri tu sentiasa ...
-
Selamat pagi! Semalam baru habis tengok movie dekat web. Search punya search jumpa satu movie yang bergennre fantasi, iaitu Fantasy Is...
-
Assalamualaikum. Maaf gambar langsung tak ada kaitan dengan tajuk post aku pada malam ini. Sebenarnya aku masih lagi memilih template blog ...