Tuesday, 25 March 2025

Checklist umrah untuk perempuan

 Assalamualaikum. Maaf ya lama sangat aku menyepi di blog ni. Bukan apa, aku jadi sindrom malas nak taip panjang-panjang. Entri tu sentiasa ada, tapi jari ni cukup malas nak taip. Cuma hari ni, aku push kan diri jugak untuk cari entri yang aku rasa sekarang ini ramai yang tercari-cari. 

Alhamdulillah, aku telah selamat balik dari menunaikan ibadah umrah pada 1 Februari 2025 yang lepas. Aku sempat jalan-jalan Mesir juga. Bila aku free nanti, aku buatkan 1 post ya. Post yang pergi Bandung part II pun aku tak buat lagi haha. Korang sabarlah ya.

Aku pergi ke Mekah dan Madinah selama 8 hari. 4 hari di Mekah, 4 hari di Madinah. Di sini aku share keperluan yang sangat korang perlukan, lagi-lagi perempuan kan? Kalau boleh 1 almari korang nak angkut haha. Untuk pengetahuan korang, list yang aku senaraikan ini memang yang aku betul-betul guna saja tau, dan aku jugak cuci baju di sana sebab aku nak jimat. Aku tak hantar dobi. Kalau dobi akan mahal sikitlah.  

Checklist pakaian 

1. Baju hitam sekali seluar - 2 helai

2. Jubah hitam-1 helai

3. Tudung hitam-3 helai

4. Baju putih sekali seluar-1 helai

5. Jubah putih-1 helai

6. Tudung putih-2 helai

7. Anak tudung hitam-2 helai

8. Anak tudung putih-2 helai

9. Sockhand-4 pasang *bawak lebih pun tak apa

10. Stoking-6 pasang ** bawak lebih pun tak apa

11. Telekung-1 set

12. Mini sejadah-1


p/s: aku beli kasut tawaf tu tapi at last aku tak guna pun. Tawaf pakai stoking saja. Tapi pastikan stoking tebal lah, sebab lantai sejuk. 


Checklist flight

1.Passport

2. Visa

3. Boarding pass


Checklist keperluan mandian

1. Satu set mandian SUCHI (sabun, syampu, pencuci muka, ubat gigi, deodoran, losyen, lip balm, krim tumit)


Checklist ketika menunaikan umrah

1. Satu buku zikir ketika umrah, al-quran, zikir ringkas 

2. Tasbih

3. Botol spray air-1 botol

4. Tisu basah-6 set **memudahkan untuk lap kasut sebelum masuk masjid dan juga sebagai makeup remover. Pastikan tisu basah tak ada wangian. 

5. Uncang kasut-1

6. Telekung ** nak solat macam tu saja pun tak apa.

7. Sejadah

8. Botol air kecil-1 botol untuk isi air zamzam


Okeylah, setakat itu dulu. Nanti kalau ada masa, aku share pengalaman aku pergi sana pulak ya. Sekian..selamat membaca.

Wednesday, 1 January 2025

Puasa Rejab

Terdapat empat bulan yang dimuliakan di sisi Allah SWT agar umat Islam dapat mengambil manfaat yang ada padanya. Allah SWT berfirman:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْراً فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah 12 bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram.”
(Surah at-Taubah: 36)

KENAPA BULAN INI MULIA DI SISI ALLAH?
Imam Fakhruddin ar-Razi menuliskan di dalam kitabnya:
وَمَعْنَى الْحَرَمِ: أَنّ الْمَعْصِيَةَ فِيْهَا أَشَدُّ عِقَاباً، وَالطَّاعَةُ فِيْهَا أَكْثَرُ ثَوَاباً
Maksudnya: “Maksud ‘haram’ adalah sesungguhnya kemaksiatan di bulan-bulan itu memperoleh seksa yang lebih berat dan ketaatan di bulan-bulan tersebut akan mendapat pahala yang lebih banyak.”
(Kitab Tafsir al-Fakhrur Razi)

Selain itu, Syeikh Wahbah az-Zuhaili turut menjelaskan dalam kitab Tafsir al-Munir fil Aqidati was Syari’ati wal Manhaji:

“Selain dikenali sebagai bulan mulia dan agung, empat bulan di atas memiliki nilai-nilai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Maka, siapa yang melakukan ketaatan atau kemaksiatan pada bulan tersebut, balasannya lebih banyak daripada bulan yang lain.”
Empat bulan haram yang dimaksudkan adalah:
(1) Zulkaedah
(2) Zulhijjah
(3) Muharram
(4) Rejab

Ia berdasarkan hadis daripada Abi Bakrah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ
Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.
(HR al-Bukhari, hadis sahih)

DI SEBALIK PENAMAAN BULAN REJAB
Imam Al-Hafiz Abu Hasan bin Muhammad Hasan al-Khalal menukilkan dalam kitab Fadhailu Syahri Rajab:
قِيْلَ لِرَسُوْلِ اللهِ لِمَ سُمِيَ رَجَبَ؟ قَالَ: لأنَّهُ يُتَرَجَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ لِشَعْبَانَ وَرَمَضَانَ
Maksudnya: “Dikatakan kepada Rasulullah, “Mengapa ia dinamakan Rejab?” Rasulullah menjawab: Kerana sungguh banyak di dalamnya kebaikan untuk bulan Sya’ban dan Ramadhan.”

Imam al-Manawi al-Qahiri menjelaskan lebih luas tentang maksud hadis di atas dalam kitabnya, Faidhul Qadir Syarh Jami’us Soghir:
فَالْمَعْنَى أَنْ يُهَيَّئَ فِيْهِ خَيْرٌ كَثِيْرٌ عَظِيْمٌ لِلْمُتَعَبِّدِيْنَ فِي شَعْبَانَ وَرَمَضَانَ
Maksudnya: “Maka makna (hadis tersebut), adalah dengan disediakan di dalamnya suatu kebaikan yang banyak dan agung bagi mereka beribadah (sebagai persediaan memasuki) bulan Sya’ban dan Ramadhan.”

DOA SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI DI MALAM 1 REJAB 🤲🏻
إِلٰهِيْ تَعَرَّضَ لَكَ فِيْ هٰذِهِ اللَّيْلَةِ الْمُتَعَرِّضُوْنَ وَقَصَدَكَ فِيْهِ الْقَاصِدُوْنَ وَأَمَّلَ فَضْلَكَ وَمَعْرُوْفَكَ الطَّالِبُوْنَ، وَلَكَ فِيْ هٰذِهِ اللَّيْلَةِ نَفَحَاتٌ وَجَوَائِزُ وَعَطَايَا وَمَوَاهِبُ، تَمُنُّ بِهَا عَلَى مَنْ تَشَاءُ مِنْ عِبَادِكَ، وَتَمْنَعُهَا مِمَّنْ لَمْ تَسْبِقْ لَهُ الْعِنَايَةُ مِنْكَ وَهَا أَنَا عَبْدُكَ الْفَقِيْرُ إِلَيْكَ، اَلْمُؤَمِّلُ فَضْلَكَ وَمَعْرُوْفَكَ، فَإِنْ كُنْتَ يَامَوْلَايَ تَفَضَّلْتَ فِيْ هٰذِهِ اللَّيْلَةِ عَلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ وَجُدْتَ عَلَيْهِ بِعَائِدَةٍ مِنْ عَطْفِكَ، فَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَاٰلِهِ، وَجُدْ عَلَيَّ بِطَوْلِكَ وَمَعْرُوْفِكَ يَا رَبَّ الْعَــالَمِيْنَ
Maksudnya: "Ya Tuhanku, pada malam ini orang-orang yang berpaling (dari rahmat-Mu) telah berpaling, orang-orang yang mempunyai tujuan telah datang (kepada-Mu), dan para pencari telah mengharap anugerah dan kebaikan-Mu. Pada malam ini, Engkau mempunyai tiupan rahmat, piagam-piagam penghargaan, hadiah macam pemberian dan anugerah. Engkau berikan semua itu terhadap hamba-hamba-Mu yang Engkau kehendaki. Dan Engkau tidak memberikannya terhadap orang yang tidak memperoleh pertolongan dari-Mu. (Kitab Al-Ghunyah, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani)

AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA BULAN REJAB
1. Perbanyakkan dan perbetulkan bacaan al-Quran.
2. Perbanyakkan puasa sunat seperti hari Isnin, Khamis dan Hari Putih.
3. Menghidupkan solat malam.
4. Perbanyakkan berdoa, berzikir dan bersedekah.
5. Menghabiskan puasa ganti bagi wanita yang belum habis menggantikan puasa.
6. Meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan larangan Allah SWT kerana balasan daripada maksiat juga digandakan.
Semoga bermanfaat buat semua.
Kredit: Ustazah Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan

Sunday, 29 December 2024

Segmen Follow For Follow by JMBLOG

 


Assalamualaikum. Jom kita join segmen ni. Syarat pun mudah saja. 

1. Follow blog JMBLOG

2. Copy banner dan post dekat entry korang

3. Follow media sosial yang ada. Kalau ada semua follow semua. Macam aku, aku follow blog saja sebab yang lain aku kurang aktif.

4. Tinggal url entry korang dekat komen.

5. Tarikh tamat: 31 Disember 2024.


**Kita tak boleh nak komen dekat post entry tu walaupun dah follow blog. Kenapa ek? Harap follower yang boleh komen dekat situ boleh tak bagitahu tuan blog tu.. kita amat hargai jasa baik korang. Tq ;)

Monday, 23 December 2024

Travel: Bandung, Indonesia part I

Assalamualaikum. Dah lama aku simpan post ni. Baru hari ni aku berkesempatan nak publish. Oh ya, ini merupakan kali pertama aku pergi travel di luar Malaysia, jadi agak excited sikit. Sorry kalau post ini agak panjang. 


**Sorry jugak kalau susunan gambar agak bersepah haha. Sebab aku cerita mana yang aku ingat. 


Sebelum pergi, aku bayar deposit dalam RM1400++ macam tu. Bayaran ni termasuk tiket flight sekali. Flight ambik dari Penang ke Jakarta. Sebab direct flight untuk ke Bandung tak semua hari available. 


Sekarang ni nak masuk Indonesia tak dah perlu cop passport. Scan passport korang saja. Aku isi e-visa online, dalam tak sampai sejam dah approve. Sesiapa nak masuk sini jugak kena isi form mysihat. Korang kena isi segala details korang seperti nama, no, passport, no.flight, dan jugak simptom kesihatan.

 

**Itinerary korang jangan buang tau sebab nak isi form ni memerlukan semua details tu. 


Kalau nama korang ada tiga macam aku, isi nama saja. Tak perlu binti. Nanti tak dapat submit form. Korang jugak kena isi Bea declaration untuk pemeriksaan kastam. Nanti dah siap isi, pihak sana scan barcode saja. Kesimpulannya ada 3 benda korang kena isi:


1.e-visa

2.Bea declaration

3.mysihat


Tiga-tiga form ni boleh isi sampai airport sana pun boleh. Tapi aku isi siap-siap sebelum pergi. Nanti senang lalu saja scan. Tak perlu tunggu lama. 


Oh ya, aku buat roaming saja sepanjang di sana. Aku tak beli simkad. Jadi kalau korang tanya aku beli simkad ke tak, jawapan aku tak. Sebab aku nak memudahkan kerja. 


Aku tukar RM1000 saja untuk ke sana. Kiranya dalam 3 juta rupiah lebih-lebih sikit. Sebab aku bukannya orang shopaholic. Kalau korang suka membeli kain, atau apa-apa souvenir yang banyak, korang spare lebih sikit duit. 


Aku sampai Jakarta dalam pukul 10 pagi macam tu. Ada TA dah tunggu kami dekat tempat teksi. Jadi dari Jakarta ke Bandung ambik masa dalam 3 jam jugak lah. Rupanya jauh. Ingatkan dekat saja. Aku menginap dekat Hotel Citra Dream. Hotel ni 3 bintang tapi dapat sekali breakfast.  


Sebelum check in hotel, aku dibawa ke tempat shopping dahulu. Sempat lah nak beli apa-apa. Aku beli baju, keychain, beg uncang dan beberapa souvenir lain.


Kena banyak pejam mata sebab souvenir cantik-cantik. Nanti lagi gian nak shopping banyak-banyak haha. 



Ini hotelnya. 


Ini suasana jalan raya di sana. Sentiasa sibuk, penuh dengan kenderaan. Pada masa yang sama, kita cuti Hari Malaysia, diorang pun ada cuti umum. Jadi meriah. 


Ini perjalanan dari Jakarta ke Bandung


Perjalanan ke Bandung masa tu diuji dengan kereta aircond rosak. Jadi TA terpaksa berhenti sekejap dekat RNR, dan dia cuba tengokkan keadaan kereta. Dah sampai Bandung baru dapat tukar kereta baru. Cuaca di Bandung masa tu agak panas. Tak hujan. 



Dah sampai Soekarno-Hatta Jakarta International Airport. 


Aku ambik penerbangan Airasia saja. Tak ambik sekali makanan. Ambik 23kg luggage sahaja. 


Dah siap check in apa semua, aku berehat sekejap, membersihkan diri sebelum turun makan pada sebelah malam. Dekat sini, TA bawak dekat tempat makan yang semuanya penuh dengan orang Malaysia dekat situ. Aku makan nasi ayam penyet. Sambal dia berbeza sedikit dari Malaysia. Tapi still sedap. 


Dekat sini, kedai Indomaret bersepah. Macam 7e dekat Malaysia. Aku pun tak melepaskan peluang untuk beli Susu brand Cimory. Aku beli perisa biskut marie, tiramisu, coklat. Semua sedap dengan tekak aku. Aku siap beli Indomie yang tak ada dekat Malaysia. 



Ini lah nama kedai tu. Waktu malam memang penuh. 


Ini sahaja untuk part I. Nanti aku akan sambung part II tempat-tempat yang aku pergi. 

Popular Posts