Tuesday, 8 November 2022

Food Review: Creme Brulee Sofuto Family Mart


Assalamualaikum. Sebenarnya semalam aku baru berkesempatan nak pergi Family Mart. Itu pun kebetulan saja nak singgah. Family Mart ni baru sahaja bukak dekat bandar ni, apa lagi, orang pun berpusu-pusu lah masuk. Dekat dengan stesen minyak pulak, semestinya orang alang-alang nak isi minyak, diorang pergi makan sekali. 

Yang aku terujanya, Family Mart ni agak luas, dia letak banyak kerusi meja untuk makan di situ. Memang selesa berbanding Family Mart yang aku pergi dekat Penang hari tu. Kalau singgah dekat Sg Dua, ruangan dia agak sempit dan tak boleh nak dine in pun. Diorang tak sediakan meja. Jadi, selalunya aku take away saja. Aku malas dah nak berhenti sebab menu yang aku nak selalu habis haha. Jadi, tak nak berharap untuk kali kedua ketiga. Cewah..

Aku pergi ni pun alang-alang nak rasa menu baru Family Mart. Sofuto Creme Brulee, orang kata sedap. Aku pun excited nak cuba. Sebenarnya aku masih berharap Mediterranean Sea Salt Sofuto yang Doraemon tu diorang buat comeback. Sofuto memang sedap gila, aku tak sempat nak buat post huhu. Tengok-tengok dah habis. Agak kecewa jugaklah haha. Tapi tak apa, aku harap diorang keluarkan semula, lepas tu aku boleh letak review tu dekat sini. 




Gambar aiskrim ni diambil oleh kawan aku, nampak cacat sikit sebab aku dah cedok pakai sudu haha. Masa ni tak teringat pun suruh snapkan gambar, tu yang jadi tak berapa cantik bentuk dia. Tapi, tak apalah, janji rasa dia sedap. 

Baiklah, secara jujurnya, sofuto ni memang sedap. Sebijik rasa macam creme brulee atau orang kata gula hangus tu. Manis dia pun just nice saja, tapi sebab aku ni kurang dah makan manis, aku pun rasa agak manis haha. Tapi, untuk orang yang pencinta dessert, mesti dia kata sedap dan tak berapa manis. Tekak orang masing-masing kan. 

Untuk repeat? Bagi aku, yes! Sebab dia sedap. Tak rugi pun untuk repeat. Lagipun, aku pun tak tahu sampai bila promo sofuto ni ada. Takut dia buat macam limited edition gituh. Tengok-tengok, dah tak ada. Aku masih tak dapat terima Sea Salt Sofuto tu dah habis sob sob. Sebab sangat sedap dan berlemak, bagi aku better dari Mcd punya seasalt tu sebelum ni. Ni pandangan aku je lah. 

Okey, untuk yang korang pertama kali nak beli, aku sarankan korang beli yang kon punya. Takut nanti tak habis membazir pulak. Ada kak tu aku tengok dia beli versi pint punya yang dalam bekas tu. Memang sedap sangatlah kot sampai beli dalam bekas besar. 😂

Setakat ini sahaja post untuk kali ini. Stay tuned untuk post blog kedua. Tak sabar aku nak post gambar yang aku dah dapat hadiah giveaway yang lepas. Siap aku buat profile picture dekat IG lagi. Thanks Cuya!

Wednesday, 2 November 2022

Blog kedua menang Giveaway!

 



Assalamualaikum, maaf dah hampir sebulan tak update apa-apa di blog ni. Huhu. Sebenarnya aku agak sibuk dengan kerja hakiki, sampaikan nak cari topik untuk blog pun tak tahu nak tulis apa. Aku menulis hari ini nak umumkan bahawa blog aku menang giveaway yang dianjurkan oleh Cuya. Tapi tu blog kedualah. Korang boleh jenguk blog kedua aku di sini. 


Blog Kedua


Jangan malu-malu, jangan segan. Tinggalkanlah komen di situ, inshallah aku akan cuba balas tau. Aku terkejut jugak bila diumumkan blog aku menjadi pemenang pertama. Sebab aku rasa peserta lain semuanya hebat-hebat. Dan tak lupa jugak tahniah untuk para pemenang yang lain. Semoga beroleh lagi kejayaan pada masa hadapan. 


Inshallah, kalau dah siap gambarnya, aku akan cuba post di blog kedua aku, korang boleh tengok di sana ya. Terima kasih banyak-banyak pada penganjur sebab sudi buat giveaway. Kalau ada sesiapa yang nak anjurkan giveaway dan nak minta jadi sponsor, inshallah aku sudi untuk bantu :) Sekian.


Popular Posts