Tuesday 6 December 2022

Pertama Kali Handle Covid!

 



Assalamualaikum, maaf gambar ni aku letak sebab aku ada cerita yang dah lama aku simpan. Sebenarnya aku nak cerita dengan lebih awal lagi, tapi aku memang sibuk kebelakangan ni, aku tak sempat pun nak update entri dekat blog kesayangan ni, giveaway entah sempat entah tidak aku nak join lagi. Semoga ada lagi giveaway untuk aku join. Harap masih adalah. Boleh komen tau dekat entri ni kalau nak aku join. Kadang-kadang aku ni lupa nak join, haha. 

Alkisahnya, cerita ni bermula masa dua minggu sebelum mengundi. Aku balik rumah. Aku memang dah rasa tak sedap badan, sebab aku jangkit dengan sepupu aku yang kecik sekali. Dia kalau batuk selsema, memang kuat virus dia. Aku yang tak pernah sakit ni boleh jadi dua minggu tau batuk sahaja. Tak termasuk lagi dengan selsema demam bagai tu. Aku tahun ni dah tiga kali sakit tekak, batuk selsema. Check covid, negatif! Alhamdulillah, masih covid virgin. Aku pun tak nak kena covid weh. Seksa yang amat. 

Aku dah perasan mak aku kurang sihat, biasalah musim influenza kan. Nak ambik vaksin dia agak mahal, jadi aku rasa eloklah didahulukan untuk budak kecik dulu. Antibodi diorang masih belum kuat macam mana orang dewasa. 

Aku pun kalau balik rumah saja mesti tidur, rehat sebab keletihan drive ulang alik setiap minggu. Dari Perak ke Kedah, bukannya 10 minit perjalanan. 2 jam setengah. Tu tak termasuk jem lagi tu. Aku pun sebenarnya dah rasa pelik dengan diri aku ni, apasal rasa letih semacam ni? Ke atas faktor usia? Entahlah..

Aku pun buat kerja macam biasa, tak keluar rumah pun tau. Memang sepanjang hari tu aku betul-betul rest. Aku pun tak expect la covid ke apa, sebab sebelum ni memang aku akan check setiap kali rasa tak sedap badan. Memang negatif, alhamdulillah. 

Malam tu, ayah aku check status covid famili kami. Nah! Mak aku positif weh! Nasib aku tak duduk dekat dengan mak aku dari hari aku balik sampailah hari test tu. Aku makan pun sorang-sorang dekat dapur. Aku tengok test tu, dua line weh! Terang! Aku bagitau ayah aku, ni memang betul positif ni. 

Tangan aku shaking, aku dah macam orang tak betul. Segala anxiety panic attack semua datang. Aku rasa nak pitam. Aku pun terus update status mak aku dekat Mysejahtera dan aku terus mandi bagi badan bersih-bersih walaupun aku dah mandi dah sebelum tu. Satu jam dalam bilik air. Esoknya aku terus keluar beli Dettol dan aku buat self test. Aku self quarantine jugak. Memang tak pergi mana pun lepas aku balik tu. 



Aku rasa macam terpaksa untuk keluar sedangkan aku kontak rapat. Nasib jugak aku dah buat test dan memang negatif. Aku pun lepas kejadian tu memang sanitize semua tak kisah la dalam kereta ke dalam bilik ke, walaupun mak aku kata macam membazir tapi dah nak buat macam mana, aku cuba jaga diri sendiri dan tak nak orang lain pulak berjangkit. Aku tak balik seminggu lebih sebab aku nak pastikan virus tu benar-benar hilang. 

Emosi aku memang tak stabil, aku rasa macam nak marah orang bila orang tu dah tahu sakit tapi masih lagi tak dapat nak jaga diri sendiri, sekurang-kurangnya ingatlah orang lain juga. Tambah-tambah orang tua, budak kecik, janganlah pentingkan diri sendiri. Ni tak, banyak saja orang positif tapi dia tak buat precaution. Kalau keluar atas nasihat doktor aku masih boleh terima, berbanding keluar untuk enjoykan diri. Tu memang maki makan dia. 

Okeylah, setakat ini sahaja post aku untuk hari ni. Satu saja aku pesan, jagalah diri korang. Covid masih ada ya, hati-hati. Sekarang ni pun satu family aku pun sudah bebas dari virus jahat ni. Aku harap ianya tak kan kembali lagi. 

7 comments:

  1. amalkan kerap mencuci tengan walau di mana berada

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kata setiap masa memang spare hand sanitizer

      Delete
  2. Replies
    1. alhamdulillah masih virgin dari covid. tu pun rasa separuh nyawa nak tercabut huhu

      Delete
  3. betul.covid duk ada je lagi. tapi ramai je yang ignore sekarang ni.sakit pun takmau check.pastu selamber je jenjalan sana sini.

    ReplyDelete

Popular Posts