Friday, 29 April 2022

Cara Tukar Duit Raya Buat Pertama Kali Di Bank

 

 

Kredit Gambar: Hijabista


Assalamualaikum semua. Tak terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa pada hari-hari terakhir bulan Ramadan. Dan tak lupa untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca setia di blog aku. Maafkan aku sebab aku ambil masa yang lama untuk masukkan korang di bloglist aku. Thanks yang sudah join giveaway. Inshallah, akan aku masukkan slow-slow nanti pada follower baru. 

Baiklah, kali ini aku mahu kongsikan pengalaman aku tukar duit raya yang pertama. Dulu tak berkesempatan nak tukar duit sebab PKP kan? Jadi memang tak bagilah duit raya. Untuk kali ini, setelah 2 tahun kita tak menyambut hari raya, kita balas dendam balik haha. Baju pun dah siap beli, cuma tinggal tudung je. Mungkin hari ni lah kot nak survey. Tudung tak apa beli last minute. Haha. 

Aku buat dekat Maybank ya. Sebenarnya tak kisah pun kalau korang nak buat mana-mana bank, asalkan bank tu ada lagi baki duit. Sesetengah bank diorang tolak sebab duit cepat habis. Untuk elakkan korang tak dapat tukar, aku sarankan korang pergi lebih awal. 

Walaupun gaji tak masuk lagi waktu tu, sebab orang sangat ramai. Tak mustahil macam pisang goreng panas je duit tu habis. Macam kawan aku, sampaikan dia kena cari bank yang jarang orang pergi sebab bank yang dekat tempat dia tu habis terus. 

Berbalik pada cerita, aku pergi Maybank dalam pukul 1.15-1.40 petang macam tu lah. Lingkungan begitulah masa dia. Kena beratur dulu baru dapat masuk, tak boleh main terjah je tau. Sebab diorang tak nak orang masuk ramai-ramai walaupun dalam tu kaunter punya luas. Covid kan, nak tak nak kena akur. 

Aku tunggu adalah dalam setengah jam sambil borak-borak dengan sorang akak ni. Kad dia jatuh. Sebab dia perasan masa nak bayar, tengok-tengok kad dia dah tak ada. Agak susah jugak nak beli barang sebab iyalah, sekarang ni kita kan cashless. Kurang sangat duit ada dalam dompet. Aku pernah je ada RM2 dalam dompet. Sebab aku tahu, kalau simpan duit banyak-banyak nanti akan terguna. 

Bila nama aku dipanggil, aku ditanya oleh akak dekat depan pintu masuk tu. Aku cakap la aku nak tukar duit. Dia cakap pergilah kaunter 4 tak silap. Di situ ada satu bilik tertulis Bulk Money. Ha, dekat sini sorang saja boleh masuk dalam satu masa. Jadi, bila sampai turn aku, aku bagi lah jumlah duit yang aku nak tukar. Kesimpulannya dekat sini korang kena amik duit dulu berapa yang nak ditukar. Senang urusniaga nanti. Macam aku, aku tukar RM200. 

Nasib aku baik hari tu, ada lagi duit. Dia tukar RM1 semua. Walaupun tak dapat duit baru, tak mengapalah. Janji dapat tukar kan? Setelah selesai, aku pun terus keluar. Sekejap saja sebenarnya dalam tu, tapi bila kena tunggu dekat luar tu yang lama sikit proses dia. Huhu. 

Baiklah, setakat ini sahaja entry kali ini. Kalau korang ada pengalaman tukar duit, korang boleh drop dekat komen ya. Terima kasih sebab baca di blog aku. 

Friday, 22 April 2022

Food Review: Spicy Tomyam Seafood Onigiri & IF Coconut Sparkling Family Mart

Assalamualaikum dan selamat malam semuanya. Alhamdullilah, kita dah memasuki 10 malam terakhir untuk Bulan Ramadan yang mulia ini. Baiklah, kali ini aku nak buat food review mengenai makanan yang aku pilih untuk buat berbuka tadi. Maaf tau sebab menyepi tak update blog beberapa hari. Aku sangat busy sampaikan nak buat draf untuk blog pun memang tak sempat langsung.

Sebenarnya, aku nak beli dessert saja hajatnya bila singgah di Family Mart tadi. Tapi, bila tengok staf dekat situ dah mula agihkan barang dan makanan baru, aku pun terdetiklah nak tengok apa yang ada. Btw, Salted Egg Chicken Bento dah sold out tau dekat situ. Memang laku keras lah haha. 

Aku belek punya belek, aku terjumpalah onigiri tomyam seafood. Tapi dia spicy ye. Sebelum ini, aku dah pernah beli. Cuma taklah rasa pedas sangat pun. Kali ni, aku nak cuba beli lagi. Mana tahu pedas kan. Haha.

Untuk air pulak, aku grab IF Sparkling Coconut Water. Sebab yang membuatkan aku tertarik adalah, dia punya pure coconut water, no sugar added, gluten free dan vegan. Sesuailah untuk orang nak diet kan haha. Tapi diingatkan ya, air sparkling ni bukan air masak tau. Dia bergas sikit. Tak pasal-pasal berasap hidung.

Beginilah hasil pencarian aku di Family Mart. Nak beli corndog nanti cepat sejuk pulak sebab aku datang pun pukul 3 lebih. 



Maaflah gambar kurang cantik sebab ambik pun dalam keadaan kalut-kalut sikit sebab nak bergegas balik rumah. Jadi, ini sahajalah yang sempat tangkap. Baiklah, aku pun dah rasa makanan ni, ini adalah review aku. 


REVIEW:

Untuk spicy tomyam seafood onigiri tu, memang tak tipu dia punya pedas. Makan semulut pun pijar bibir aku weh haha. Rasa dia sedap. Kalau orang pernah makan Maggi Pedas Giler perisa Tomyam, ha lebih kurang gitulah rasa dia. Cukup rasa. Tak ada yang tawar ke masin sangat ke. Semua perfect. Cuma aku ingatkan, bagi yang tak makan pedas tu jangan gatal-gatal nak makan. Sakit perut nanti. 

Untuk air pulak, rasa dia memang macam air kelapa ya. Cuma air kelapa yang bergas. Tepat dengan tagline dia, no sugar added. Sedap dan tak manis. Aku suka. Kalau ada yang versi tak bergas pun aku sanggup beli. Rating aku bagi dua-dua makanan ni 7/10. Memang sedap bagi tekak aku. 

Korang kalau nak singgah Family Mart, korang boleh dapatkan ya makanan-makanan ni. Memang sedap. 

Sekian sahaja entry kali ini. 


Popular Posts