Flare Dress
Apa itu flare dress? Flare dress
ini sebenarnya telah mendapat tempat dalam kalangan orang ramai iaitu wanita.
Nak tahu? Dress ini sangat mudah mudah digayakan kerana ia bukan sahaja
memakan masa yang singkat malah dress ini mempunyai banyak corak yang
cantik. Tak kiralah sama ada wanita itu bertubuh gempal atau kurus, flare
dress ini sesuai untuk dipakai. Jadi, anda tidak perlulah risau jika anda
mempunyai tubuh yang gempal. Anda tetap akan kelihatan cantik dan bertubuh
gempal bukanlah satu penghalang buat anda untuk berfesyen.
So, kepada semua ladies yang suka bergaya, ini
merupakan contoh padanan pakaian atau tips yang anda boleh lakukan. Barulah
anda sentiasa bergaya.
Tips untuk memakai flare dress.
1. 1. Memadankan dengan heels.
Ini merupakan best combination untuk
menampakkan gaya anda lebih menyerlah dan anggun. Anda juga kelihatan tinggi
bagi yang sedikit rendah.
2. 2. Memadankan dengan flats
or sneakers
Kepada yang suka memakai flats or
sneakers, jangan khuatir kerana koleksi flare dress ini juga sesuai
digayakan bersamanya. Anda juga akan berasa selesa di mana sahaja sepanjang
hari.
3. 3. Outerwear
Saya selalunya melihat rakan saya memakai outerwear
seperti jacket dan juga cardigan. Jadi, saya mencadangkan anda
boleh tampil berkeyakinan dengan memakai flare dress berserta cardigan.
Oh! So cute. Jika anda lebih selesa memakai jacket, no problem.
Anda tetap kelihatan bergaya.
4. 4. Leggings/Jeans
Bagi yang tidak selesa memakai cardigan
or jackets, dan anda masih keliru untuk memadankan flare dress ini,
tidak salah jika anda mencuba flare dress ini dengan jeans.
Cubalah, mana tahu anda akan kelihatan lebih cantik.
5. 5. Aksesori.
Ya! Anda boleh memadankan dengan belt yang
sesuai dengan pemakaian flare dress ini. Jika anda mempunyai rantai atau
gelang tangan, amatlah menarik dan sangat sesuai dipadankan. Ini membuatkan
gaya pemakaian anda lebih anggun. Anda juga akan kelihatan yakin untuk
berinteraksi dengan rakan-rakan di luar. Selamat mencuba!