Thursday, 27 January 2022

Coffee Lovers, Ini Yang Perlu Anda Tahu!


Selamat pagi semua! Semoga anda dimurahkan rezeki selalu. Baiklah, hari ini aku nak kongsikan sedikit tips dan cara nak order coffee untuk coffee lovers! Sebelum itu, korang kenalah tahu mengapa kopi ini selalu sahaja mendapat tempat di hati pengguna. Sebagai contoh, korang tengok sahajalah dekat Starbucks, Zus, Richiamo Coffee, alah contoh terdekat Mc Cafe dengan kedai mamak, mesti ada saja kan peminat kopi. Tak beli kopi susu pun, mesti selit jugak kopi kosong. 


Sejarah kopi. 


Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas. Kopi berasal daripada benih biji kopi yang dipanggang menghasilkan suatu air berperisa pahit manis.  Jadi, tidak peliklah bahawa air kopi menjadi air yang disukai di seluruh dunia. 

Minuman ini mula ditemui dalam abad ke-9 di tanah tinggi Habsyah. Dari situ, ia berkembang ke Mesir dan Yaman di mana ia dimasyhurkan dalam kalangan ahli sufi. Pada abad ke-15, air ini telah sampai ke Armenia, Parsi, Turki dan utara Afrika. Dari negara Islam, akhirnya penyebaran kopi tersebar ke Itali dan seluruh Eropah sehingga pergi sejauh benua Amerika.

Penanaman kopi

Terdapat dua spesies utama pokok Kopi iaitu Coffea Arabica merupakan kopi tradisional, dan dianggap lebih baik. Seterusnya, Coffea Canephora (Robusta) mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi dan boleh ditanam di kawasan yang tidak sesuai untuk Arabica. 

Ini mendorong kepada penggunaannya sebagai gantian yang lebih murah bagi Arabica dalam kebanyakan hasil kopi perdagangan. Berbanding Arabica, Robusta cenderung mempunyai rasa pahit dan lebih berasid. Robusta pula kopi yang bermutu tinggi digunakan sebagai bahan dalam sesetengah campuran ekspresso untuk menambah lebih rasa pada kos yang lebih rendah. Di Itali kebanyakan ekspresso menggunakan Robusta  yang digoreng garing (dark roasted ).


Buah kopi



Pengambilan kopi kepada kesihatan tubuh


Secara umumnya mengambil kopi ‘O’ tanpa gula dengan jumlah yang sederhana adalah baik kepada kesihatan. Mengambil kopi O dengan gula yang sedikit sekadar satu sudu masih boleh dikira sihat, tetapi jika diambil dengan pemanis gantian lain seperti stevia atau sukralose yang tanpa kalori adalah lebih baik.  Namun, kopi yang dicampur dengan krimer juga tidak sihat kerana krimer mengandungi asid lemak ‘trans’ yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh menjadi punca masalah pengerasan saluran darah (atherosklerosis) dan boleh menyebabkan masalah penyakit jantung.

Secara umumnya secawan kopi mengandungi 95mg kafein. Jumlah pengambilan kafein yang selamat dalam sehari adalah menurut United States Department of Agriculture (USDA) dan European Food Safety Authority (EFSA) adalah tidak melebihi 400mg sehari iaitu lebih kurang 2 ke 4 cawan kopi sahaja sehari. Walaubagaimanapun wanita yang mengandung dinasihatkan hanya mengambil kafein tidak melebihi 200mg sehari.

Kopi boleh menyebabkan ketagihan bagi sesetengah orang dan kebiasaannya orang yang ketagih kopi yang akan mengambil kopi secara berlebih-lebihan. Kesan kopi yang ‘berlebihan’ juga akan menghilangkan khasiatnya yang baik seperti meningkatkan stres, meningkatkan kadar keradangan saluran darah secara tidak lansung meningkatkan risiko penyakit jantung. Ia juga meningkatkan rintangan insulin darah dengan itu menyebabkan masalah diabetes pula. Di samping itu pengambilan kopi secara berlebihan akan menyebabkan masalah gastrik, pedih ulu hati, penghadaman terganggu dan mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus. Ia juga boleh menyebabkan gangguan kepada tidur, menyebabkan kemurungan dan kerisauan yang melampau.

Sumber: Dr. Norman Mohd Norawi.

Guide memilih jenis kopi







Baiklah, untuk korang yang masih noob lagi nak order kopi macam mana, berikut akan aku kongsikan macam mana nak pilih jenis kopi mengikut kesesuaian taste korang. 

1. Coffee Latte: Susu 80% kopi 20%





2. Cappucino: Susu 50% kopi 50%




3. Machiato: Susu 10% kopi 90%




4. Americano: Kopi 100%




5. Espresso: Kopi 200%




Baiklah, setakat ini sahaja entry kali ini, semoga bermanfaat. 

12 comments:

  1. suka minum starbucks sebab guna biji kopi arabica dari latin. Biji benih dari negara mana pun main peranan jugak apparently. Lain biji benih lain umpph dia.

    ReplyDelete
  2. mine machiato atau cappucino..antara dua tu je selalu pun..
    tq for info! banyak yg dpt tau ni.. :-)

    ReplyDelete
  3. Suka machiato. Americano sesekali kalau teringin. Espresso tu memang takleh tahan. pahit namatey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka americano dengan latte je. machiato tak try lagi. boleh cuba ni

      Delete
  4. wah

    (tiru cara awak komen di blog SR selalu hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. boleh cuba order kopi ni lain kali. suka dengan americano

      Delete
  5. Memang tidak ingat jenis kopi dengan namanya. Hehe ingat kopi susu.

    ReplyDelete
  6. hehe teringat dulu 1st time order espresso.
    orang yang amik order tu tanya sekali lagi " confirm?"

    sekali dapat, nahhhhhhh.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pahit kan haha..sebab tu jarang order ekspresso

      Delete

Popular Posts