Kanak-kanak merupakan individu yang amat memerlukan masa untuk mereka bermain. Sungguhpun begitu, mereka tidaklah hanya bermain kosong sahaja. Mereka sebenarnya tidak sedar, dalam waktu mereka bermain, mereka sebenarnya belajar sesuatu yang baru. Ini membolehkan otak mereka berkembang dan dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar yang mereka ada.
Apakah motor halus dan motor kasar?Sebelum itu, ibu bapa perlu mengetahui apakah itu kemahiran motor. Kemahiran motor ini bermaksud kemahiran yang melibatkan pergerakan otot, kebiasaannya melibatkan koordinasi badan seperti jejari dan juga penglihatan.
Motor halusMotor halus atau fine motor skills, melibatkan pergerakan otot kecil seperti jejari dan juga penglihatan. Contoh pergerakan yang melibatkan koordinasi badan ialah jari tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Contoh aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus ialah melukis dan juga mewarna.
|
Sumber gambar: Tadika Era Kreatif |
Motor kasar Kemahiran motor kasar atau Gross Motor Skills adalah kemahiran motor yang melibatkan aktiviti atau tindakan fizikal yang menggunakan otot besar-iaitu seluruh badan. Contoh aktiviti yang melibatkan kemahiran motor kasar ialah berjalan, berlari, melompat dan sebagainya.
Sumber gambar: Tadika Era Kreatif
Berikut adalah contoh alat mainan yang boleh ada di rumah sebagai panduan untuk ibu bapa.
Moga bermanfaat.
Sumber gambar: Aishah Kassim
Tapi bila fikir. Allah nak mengemas tu. Husband kata guna mana yang ada je laa. 😅
ReplyDeletetau takpe. tambah2 mainan kecik2 tu.
DeleteMasa kecik kecik dulu kurang mainan. Perca perca kain mak dengan kotak kotak pun boleh jadi mainan. Tapi kena banyak berimaginasi lah. Hehe
ReplyDeletekita banyak buku dari mainan hehe
Deleteermm tunggu jumpa PS4 ke PS 5..hehhehee
ReplyDeletesebenarnya lebih baik kurang gadget sebegini,risau juga rosak mata. Lebih baik kalau guna bahan yang tidak terdedah dengan skrin
Deletetak pernah tahu pasal motor halus dan kasar ni. Zaman kecik dulu main lego dengan baling selipar je haha
ReplyDeletehaha. mandi sungai, itu semua kenangan.
Delete