Monday, 24 January 2022

Hentikan Bercukur Jika Tak Mahu Ini Terjadi! Inilah Sebabnya Anda Perlu Bertukar Kepada Waxing.



Seringkali kita gunakan pencukur untuk membuang lebihan bulu-bulu yang ada di badan kita. Namun, tahukah anda, bercukur hanyalah akan membuatkan anda rasa gatal, tetapi bulunya tidak tercabut dari akar? Amatlah rugi kerana bulu ini hanya dicabut atas permukaan sahaja. Sebab itulah, bulu akan cepat panjang dan menjadi kasar, amat berbeza jika anda gunakan wax. 

Keburukan bercukur

Bercukur ini mempunyai beberapa keburukan untuk kulit, antaranya ialah permukaan di tempat yang dicukur itu menjadi hitam, kulit akan menjadi luka akibat daripada tajamnya pisau itu, dan yang paling rasa kurang selesa, apabila kita rasa tajam-tajam. Jadi, lebih baik bertukar kepada wax. Kulit rasa licin sahaja. 

Mengapakah anda perlu gunakan wax?

Penggunaan wax dapat membantu melambatkan pertumbuhan bulu. Apabila anda gunakan secara konsisten, bulu yang tumbuh akan menjadi halus dan jarang-jarang. Penggunaan wax tidak akan menyebabkan bulu anda menjadi panjang dan tebal. Namun begitu, kadar masa pertumbuhan bulu bergantung kepada hormon seseorang. Berikut adalah kitaran jangkaan masa pertumbuhan bulu pada tubuh badan kita. 

1. Ketiak > 2-3 minggu 

2.  Kaki > 2-3 bulan

3. Private part > 1-2 minggu

4. Atas bibir > 1-2 bulan


Mengapakah anda perlu memilih Wawawax?




Berikut pengalaman aku sendiri, jika bercukur akan menyebabkan kegatalan dan naik tiny bumps. Rasa yang tidak selesa kerana asyik menggaru sahaja kan, jadi aku bertukar kepada Wawawax. Sangat mudah nak guna, didatangkan dengan kain strips dan kayu aiskrim untuk letakkan wax. Sangat mudah dan pantas. Tak perlu panaskan pun. Sebenarnya sebelum bertukar kepada Wawawax, aku sendiri pernah cuba wax jenama lain, cuma bulunya tak banyak grip berbanding Wawawax. Jadi, untuk waxing, aku sarankan korang beli brand ini ya. 

Tips Waxing

1. Sebelum wax, pastikan anda skrub kan tempat mana yang hendak di wax kan itu. Ini untuk bulu lebih senang dicabut dan kurang rasa sakit. 

2. Pastikan tabur bedak di tempat yang hendak wax terlebih dahulu. Kalau berpeluh atau basah, bulu susah hendak dicabut. 

3. Lepas selesai wax, jangan lupa letakkan aloe vera dan skrub kembali dalam masa 24 jam lah untuk mengelakkan ditumbuhi ingrown hair. Ingrown hair ini kalau dia nak tumbuh memang sakit jugaklah. Tak senang duduk dibuatnya. 

Kelemahan Wax Jenis Ini, Boleh Tukar Kepada Hard Wax

Jika guna wax jenis tiub ini agak melekit juga sebab gula kan, kain strip juga perlu dibasuh.  Jadi jika tak nak guna wax jenis ini, boleh guna hard wax. Senang, tak perlu basuh pun kain strip. 

Baiklah, sekian sahaja untuk entry kali ini. Moga bermanfaat. 



5 comments:

  1. ooo...tak pernah terfikir pula nak guna wax...takut sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak boleh wax di ketiak, tangan dan kaki dulu, lepas dah boleh tahan sakit, cuba pulak di private part

      Delete
  2. Pernah juga guna wawawax, memang tanggal bulu tu. Jimat tang kain dan kayu boleh cuci dan guna semula. Nak kena membeli wax dia je lah kan. Tapi puas hati tanggal banyak dan kulit pun licin. Cuma iritasi tu je lah kena letak lotion selepas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. buat yang pertama kali memang akan sakit. lama2 dah kebal haha.

      Delete
  3. Pernah juga guna wawawax, memang tanggal bulu tu. Jimat tang kain dan kayu boleh cuci dan guna semula. Nak kena membeli wax dia je lah kan. Tapi puas hati tanggal banyak dan kulit pun licin. Cuma iritasi tu je lah kena letak lotion selepas tu.

    ReplyDelete

Popular Posts