Wednesday, 3 August 2022

Cara Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang

 




Assalamualaikum, hari ini aku nak kongsikan bagaimana kalau korang nak dapatkan balik sijil SPM ke PMR ke yang hilang. Aku harap entri ini membantu koranglah, Aku ambil cara-cara ini di laman web KPM sendiri tau. Harap dapat membantu korang. 

1. Bagaimana untuk memohon salinan keputusan peperiksaan?

Permohonan salinan sijil boleh melalui tiga (3) kaedah iaitu:-

Secara terus ke Lembaga Peperiksaan (LP)

Pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter sijil yang terletak di Lobi Utama, Aras Bawah, Blok E11, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya dengan membawa bersama  kad pengenalan diri dan salinan keputusan (jika ada).

Mewakili pihak ketiga (ibu bapa/suami/ isteri/anak)

Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon berserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat . Pelantikan Wakil tidak dibenarkan.


Permohonan melalui pos

Pemohon boleh membuat pemohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06.

Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP. Pemohon digalakkan menyertakan sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan.

2. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/06 boleh didapati di kaunter sijil. LP Putrajaya atau boleh dimuat turun dari laman web LP di lp.moe.gov.my.

3. Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama "AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA". Cek persendirian tidak diterima.

4. Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut:

4.1 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 - satu (1) jam

4.2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 - tujuh (7) hari bekerja

4.3 Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 - satu (1) jam

4.4 Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 - tujuh (7) hari bekerja

4.5 Lain-lain peperiksaan tujuh (7) hari bekerja


Dekat Tiktok aku ada ternampak ada orang kongsikan bagaimana dia dapat balik sijil dia yang hilang. Dia buat dengan cara macam ni ya. 

1. Buka Google
2. Search Lembaga Peperiksaan Malaysia. Buka link ini ya : lp.moe.gov.my.
3. Cari di bahagian perkhidmatan : Salinan keputusan
4. Tekan di permohonan salinan pernyataan keputusan peperiksaan
5. Korang akan direct masuk ke laman web e-lembaga peperiksaan ( warna hijau).
6. Daftar akaun dan log in 
7.  Tekan salinan keputusan selepas log in semula
8. Tekan butang + untuk permohonan baru. Isikan butiran yang ada dekat situ
9.Kalau no angka giliran tak ingat, letak je N/A
10. Lengkapkan borang dan tekan mohon, kemudian buat bayaran.

Done! 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Tuesday, 2 August 2022

PV Blog Jatuh Teruk!


Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik cepatnya waktu berlalu kan? Aku sebenarnya otak masih buntu nak update apa dekat blog ini, tapi aku tak naklah nampak berhabuk sangat, nanti orang ingat aku dah tak aktif berblogging. Sayang tau. Aku sebenarnya mula berblogging ni sudah lama. Dari tingkatan 4 lagi, banyak post aku buat draf sahaja, ada yang aku delete, sebab nampak macam main-main sahaja haha. 

Korang perasan tak, tahun 2022 ini cepat sahaja berlalu kan? Aku pun rasa begitu. Sempena masuknya bulan Ogos ini, aku mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang bercadang nak buat giveaway ke, review ke, bolehlah mesej aku. Tak pun, korang berikan lah komen. Tapi aku tak janji nak balas dengan cepat sebab aku masih sibuk dengan kerja hakiki. Aku akan cuba laksanakan demi korang, inshallah. 

PV aku bulan lepas agak jatuh teruk jugak. Aku kadang-kadang sumpah cemburu dengan blog lain yang PV dia ada sampai satu jutalah, 50k lah, sedangkan PV blog aku agak sendu. Walaupun aku kadang-kadang tak miss pun update, masih sendu. Aku nak jugak merasa PV tinggi macam orang lain huhu. Mungkin orang dah tak nak baca blog aku gamaknya...Google Adsense ada jugak waktu dia naik, ada jugak waktu dia kosong terus haha. Aku pun redha saja.

Apa pendapat korang? Aku jujur nak tanya korang ni, kalau aku update post, korang rajin tak bukak blog aku? Sejujurnya aku rajin jugak bukak blog orang, tapi entah kenapa kalau nak komen pakai phone dia tak dapat, sebab itu aku ambik masa yang lama untuk komen, sebab aku pakai laptop, sedangkan post tu aku dah baca punyalah lama. Baru boleh komen. Entahlah kenapa Google ni. Nak block ke apa entahlah..

Okeylah, ini sekadar luahan hati aku sempena masuk bulan Ogos ni kan. Aku sangat berharap PV aku bulan ini meningkat semula. Kalau ikutkan hati aku, aku dah malas nak menulis blog lagi. Merajuk kejap haha! Sebab aku bukannya fulltime blogger, nak menulis kena curi-curi ambil masa. Aku rasa macam nak giveup pada mulanya. Macam nak berhiatus seketika. Tapi, nanti mesti pembaca akan rindu post-post aku, mesti diorang akan cari, sebab itulah aku kuatkan juga diri nak menulis. Target untuk menulis buku tahun ini cukuplah sebuah. Tahun depan inshallah akan aku usahakan lagi untuk menulis lagi sebuah. Doakan ya..

Sekian sahaja entry untuk kali ini. 

Popular Posts