Wednesday, 30 March 2022
Pertama Kali Dapat 0.05 USD Google Adsense!
Tuesday, 29 March 2022
Food Review: KFC Ayam Percik
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini aku berkesempatan untuk review satu menu baru dari KFC. Jarang-jarang sekali kan aku buat review tentang restoran fast food ni, selalunya aku suka review tempat ataupun cafe yang viral dekat socmed.
Aku pun rasa tertarik jugak dengan menu baru daripada KFC ni. Rupanya, KFC ada buat menu ayam percik, aku rasakan mesti nak sambut bulan Ramadan, sebab itulah dia pun nak buat menu baru.
Macam mana aku tahu KFC buat menu baru? Nak jadikan cerita, semalam aku pun scroll Facebook, aku pun tertengok eh, KFC ada buat menu baru lah, macam menarik saja ayam percik ni. Macam mana pulak rasanya kan. Rasanya ini pertama kali KFC buat menu ni. Selalunya KFC buat menu yang biasa, cuma modified balik je kan.
Aku pun decide nak try, mana tahu sedap. Sebab dekat tempat aku ni susah sikit nak ada Mcdonalds ke, Texas apatah lagi. Burger King pun kena pergi bandar, jauh pulak tu. Jadi aku malas nak pergi. Haha.
Set ini didatangkan dengan nasi, dua ketul ayam, coleslaw dan air Pepsi. Aku tukarkan air Pepsi tu kepada air Milo. Aku kurang sikit air gas ni. Set ini harga RM16.99 tak salah.
P/S: Burger Cheezila ada promo tau RM14.99 ala carte. Untuk masa terhad je.
REVIEW:
Giveaway 2022: Happy 1st Anniversary CCL & Husband
Assalamualaikum korang, kali ini aku kongsikan syarat-syarat untuk join giveaway ini ya. Jemput join semua.
Syarat penyertaan:
1.Perlu follow blog CCL dan juga,akaun instagram CCL
➡ cikcappuccinolatte
➡ @ya_naaacr
2.Buatkan satu entri bertajuk "Giveaway 2022: Happy 1st Anniversary CCL & husband . Masukkan banner Giveaway di atas dan backlink banner tu ke entri ini .
3.Di dalam entri tersebut selitkan sedikit ucapan untuk CCL dan suami .
4. Tinggalkan link penyertaan korang di kotak komen entri di bawah ini
5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mac 2022 sehingga 4 April 2022
Mudahkan syarat-syarat penyertaan ? CCL nak,cari 3 orang pemenang melalui Giveaway tersebut dan hadiah akan ditambah jika Giveaway tersebut mendapat sambutan tinggi .
Jemput join ya .
P/s : senarai penyertaan akan diupdate dari semasa ke semasa.
Ucapan untuk CCL:
Assalamualaikum CCL, happy 1st Anniversary! Barakallahu lakuma :) Sudah tak terasa dah setahun kan? Selamat pengantin lama hehe. Nurin doakan CCL serta suami bersabar dalam melayari bahtera perkahwinan, hehe dan juga CCL dan suami menjadi suami dan isteri yang solehah. Bergaduh sikit-sikit itu biasalah. Diharapkan CCL dan suami dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dapat bertemu kembali di syurga kelak. Amin...
Monday, 28 March 2022
DIY Permainan Bowling Untuk Anak-Anak
Sumber gambar: ziggityzoom.com
Selamat malam, aku harap korang sihat hendaknya. Aku nak berkongsi sedikit tentang permainan yang ibu bapa boleh buat di rumah. Setidak-tidaknya ibu bapa boleh create persekitaran yang menarik untuk anak-anak. Permainan ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos. Korang jugak dah tak payah beli permainan bowling dekat DIY.
Macam mana aku boleh terfikir nak buat bowling ini? Semasa aku praktikum, aku nak buat satu permainan bagi murid seronok belajar. Jadi, idea untuk mewujudkan permainan ini automatik terkeluar tau.
Baiklah, sebenarnya bahan-bahan untuk permainan bowling ini amat mudah didapati. Korang pun tak pening-pening nak cari permainan bowling. Nah aku kongsikan senarai peralatan yang diperlukan.
Peralatan:
Botol kosong (Ikutlah nak berapa pun, aku ambik 3 botol sahaja)
Kertas yang tak digunakan (Gumpal menjadi bola)
Selotape
Langkah:
Langkah kedua, korang ambiklah beberapa helai kertas yang tak diguna dan gunakan selotape untuk membuat gumpalan menjadi bola. Nak jadikan bola daripada kertas tu kukuhlah. Nanti kertas tu asyik terkeluar saja.
Tadaaa!! Dah siap, korang dah boleh susun botol-botol itu menjadi pin bowling. Sangat mudah bukan. Aku harap, korang gunakanlah idea ini untuk bermain sambil belajar untuk anak-anak. Mereka juga akan lebih aktif untuk belajar.
Sekian sahaja entry untuk kali ini.
Popular Posts
-
Assalamualaikum. Jemput join GA ini ya. Syarat-Syarat Penyertaan : 1. Terbuka Kepada Semua Blogger 2. Buat Entri Penyertaan Ringkas 3. Taju...
-
Alhamdulillah. Setelah sekian lama aku cuba mintak dan mintak lagi. Akhirnya diterima jugak oleh Google Adsense, seperti korang dapat lihat ...
-
Assalamualaikum, hai korang. Aku bukan nak share tentang earning Google Adsense hari ni, tapi aku nak share tentang Performance Google Conso...
-
Selamat pagi semuanya. Alhamdulillah aku dan family sihat-sihat sahaja. Semalam, aku sajalah bukak blog kejap, tengok-tengok komen yang pemb...
-
Assalamualaikum semua dan selamat malam. Sejak kebelakangan ini, aku cuba untuk mencari topik yang menarik untuk letak dalam blog ini, tapi ...
-
Assalamualaikum semua. Hari ini aku nak ceritakan pengalaman aku dengan poslaju tempat aku ni ha. Sebenarnya aku dah lama nak cerita, tapi...
-
Hai korang. Semoga korang menanamkan azam yang kuat untuk tahun 2022 ni. Doakan aku dapat transfer untuk tahun hadapan, sebab cadangnya aku ...
-
Hai korang. Berikutan kes Covid-19 sudah meningkat, hari ni saja dah 6000 kes, jadi DG Hisham menasihatkan semua rakyat Malaysia supaya berh...















