Saturday, 2 September 2023

" Saya diagnose awak ada anxiety disorder..."

Assalamualaikum. Berdasarkan post aku sebelum ini ramai yang suggest untuk aku bertukar tempat kerja kan? Inshallah, akan dipertimbangkan. Aku pun tengah apply secara offline. Apabila buka ja nanti permohonan online, aku nak masuk nanti butiran aku dekat sana. Moga ada rezeki lah. 

Baiklah..sebenarnya aku ambik masa yang lama untuk buka cerita dan upload entri ni. Aku perlu kumpul kekuatan dulu baru aku boleh cerita. 

Sampaikan sekarang ni pun, aku masih tak boleh nak buat kerja berat, apatah lagi berlari. Aku risau tahap kesihatan aku semakin membimbangkan. Memang aku ambik serius benda ni sebab aku tak nak risiko. 

Aku sendiri tak tahu yang aku ada simptom anxiety, sehinggalah aku jatuh sakit beberapa bulan yang lepas. Agak teruk jugak. Sebab aku tak pernah sakit yang teruk, selalunya batuk biasa dan selesema. Demam jauh sekali. Last yang aku ingat Januari 2020. 

Apabila aku sakit teruk hari tu, tambah pakej sakit tekak, demam sikit, batuk yang aku rasa macam nak hilang nyawa tu, aku gagahkan pergi klinik jugak. Sebab aku rasakan jantung aku sangatlah laju. Dan aku rasa sakit. Sampaikan aku rasa aku nak mati. 

Aku bersiap sedia lah dengar apa kata doktor. Doktor kata, kalau sakit memang jantung akan laju sikit. Tapi, dia akan tengok dulu kondisi aku macam mana, sebab nadi aku laju. 120++. Ada hari tu sampai 126. Jadi doktor set kan appointment untuk aku jumpa dia. Sebab dia risau jantung aku ada apa-apa. Tambah lagi bila ada tanda-tanda tiroid. Aku cuba untuk bertenang. 

Selang 2 minggu, jantung aku masih laju. Sedangkan aku dah sihat dan tak demam. Sampaikan aku rasa terlampau penat. Sedangkan aku duduk saja tau. Bayangkan jantung aku berdegup dengan sangat laju bila aku tidur. Aku rasa tak larat. Nak pergi kerja pun jalan pelan-pelan. Naik tangga macam nak putus nyawa. 

Next appointment, aku bertemu kembali seperti yang dijanjikan. Aku siap dapat kad lagi. Aku risau. Bertambah risau apa yang akan terjadi. Cuma aku berlagak tenang. Aku dah boleh terima dan reda. 

Doktor check balik nadi aku. Batuk aku dah berkurangan. Cuma dia masih risau jantung aku tersangatlah laju. Sebab dia kata aku memang tak normal boleh terbiasa dengan jantung laju macam tu. Jadi, dia decide untuk buat ECG. 

Corak jantung aku sangatlah cantik. Tak ada yang tak normal pun. Cuma dia sangat pelik kenapa jantung aku laju sangat. Jadi, dia bagi aku ubat untuk kawal nadi aku tu. 

Tak lama lepas tu, dia suggest aku untuk amik darah. Aku relakan saja. Aku pun risau kalau aku betul positif tiroid. Kena makan ubat lagi, appointment lagi. 

"Dah cukup seminggu, awak datang balik. Kita nak tengok sama ada awak ni ada tiroid ke tak."

Sambil-sambil tu dia ada bagi ubat dekat aku untuk turunkan sikit nadi aku. Dan dia tak bagitahu pun ubat tu sebenarnya khas untuk pesakit apa. Dia hanya bagi dos yang ringan. Dia pun kalau boleh tak nak aku bergantung dengan ubat tu untuk tempoh yang lama. 

Seminggu kemudian...

Result test darah aku keluar. Aku masih ingat hari tu. Hari Rabu petang. Aku berdebar-debar jugak. Ubat yang doktor bagi tu alhamdulillah ada kesan positif. Jantung aku tak sakit dan kurang sikit rasa laju. Cuma aku akan rasa berpeluh. 

Bila aku masuk saja dekat dalam, doktor dah bersedia untuk buat check up. Memang semua dia check. Tambah-tambah jantung aku. Sebab dia risau kalau masih dengar jantung aku tak normal. 

Test darah aku normal. Tiada langsung positif tiroid. Aku rasa lega. Memang lega sangat-sangat.

Bila dia check lagi sekali, jantung aku bertindak balas dengan baik dengan ubat yang dia bagi. 

"Saya diagnose awak ni ada anxiety disorder, sebab ubat yang saya bagi tu kebanyakannya memang untuk pesakit anxiety."

Dan dia buat kesimpulan rupanya, aku ada simptom anxiety. Sebab aku tak demam dan tak sakit. Jantung aku laju tanpa sebab. Dia banyak bertanya tentang suasana kerja, macam mana aku tidur setiap malam. Aku pernah cakap aku ada alami simptom tu sebelum ni, tapi aku tak tahu tu adalah anxiety. 

Antaranya aku rasa sesak nafas bila pergi tempat yang tertutup dan sempit. Tambah-tambah ramai orang. Aku rasa pening. Tu yang aku bagitau doktor tu. Dia nasihatkan aku supaya elakkan tempat yang tertutup. Kalau ramai orang, pastikan ruang tu terbukak dan luas. Supaya aku rasa lapang dan tak pening. 

Dia cuba menenangkan aku. Ubat yang dia bagi dekat aku sebelum ni adalah ubat untuk pesakit anxiety. Sengaja dia tak nak bagitau aku mula-mula. Takut aku lagi risau dan risau. Terdiam kejap aku. Aku tak tahu nak rasa apa. Yang pasti aku rasa sedih sebab aku orang pertama yang jadi dalam family. Tapi aku cuba kawal perasaan supaya tak makin teruk. 

Doktor tu siap pesan lagi, kalau rasa teruk, nanti dia akan buat surat untuk aku rujuk ke pakar, mungkin diorang ada ubat dan bimbingan yang lebih baik dari yang ini. Aku angguk saja. 

Jauh di sudut hati, aku rasa sedih mula-mula tapi aku perlu berjuang untuk sembuh. Ubat yang doktor bagi tu aku simpan incase aku jadi jantung laju waktu dalam kereta ke, bercuti ke kan? Aku selalu letak spare dalam beg. Sebab sebelum ni aku pernah jadi 3 kali dalam kereta. Mujur tak teruk. 

Aku harap aku akan cepat sembuh dan tak bergantung dengan ubat lagi. Aku jugak buat kajian dengan lebih mendalam dengan serangan anxiety ni supaya aku lebih faham macam mana nak atasi. 

Baiklah. Setakat ini sahaja luahan hati aku. Thanks sebab selalu singgah blog aku. Bye!

3 comments:

  1. Semoga diberi jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  2. Moga-moga dapat sihat dengan cepat.
    Setiap manusia diuji dengan penyakit sebagai tanda Allah sayang.
    Kadangkala hadiah daripada Tuhan berbentuk ujian.
    Allah sayanggg

    ReplyDelete
  3. semoga awak baik2 shj ye, tabah hadapi apa juga ujian

    ReplyDelete

Popular Posts