Saturday, 1 August 2026

Alhamdulillah, PV makin naik!

Assalamualaikum semua, dah masuk bulan Ogos ni aku terfikir why not aku cuba tulis entri baru. Iya lah, beberapa bulan aku menyepi sebab aku pulun tulis dan hantar manuskrip. Sebenarnya, aku sengaja nak sibukkan diri dengan tulis manuskrip novel, aku tak nak rasa anxiety tu datang semula. 

Sakit juga kalau kita rasa kita dah semakin okey, ada satu hari tu sakit tu datang balik. Macam mana aku hadap? Aku terima jelah. Nak tak nak, aku kena usaha tenangkan diri. Kalau tak boleh, baru aku makan ubat. 2 hari jugaklah aku rasa penat sebab nadi aku laju walaupun aku duduk saja. 

Bila dah lama aku tak tulis entri, aku perasan PV aku semakin lama semakin naik pulak. Dulu, hari-hari update entri, PV tak sampai 100 pun. Semalam aku check, dah 1k! Wow. Tak sangka eh. Bulan lepas saja dah 8k. Aku tahu, banyak lagi blog yang PV dia tinggi dari aku. 

Tapi, bagi aku, ini adalah satu pencapaian yang hebat jugak. Setelah sekian lama PV aku tak naik macam sekarang. Mungkin, lepas ni, aku kena share journey penulisan aku lagi kot. Mana tahu, PV boleh dapat 100k sebulan pulak kan? Berangan itu percuma haha. 

Okeylah, aku nak sambung menulis ni. Aku harap, korang doakan lah supaya buku aku dapat keluar tahun ni. Amin....

Saturday, 25 July 2026

Dah hantar manuskrip! Doakan ya!

 Assalamualaikum semua! Dah lama aku tak update progress menulis aku dekat dalam blog ni. Last aku update masa bulan 1 kot tak silap, masa tu aku dapat tahu yang aku tak terpilih untuk menjadi Perantis Jiwa. Aku sebenarnya dah dapat agak yang aku tak terpilih. So, aku just move on dan aku teruskan menulis manuskrip yang kena reject dengan diaorang tu.

Tajuk manuskrip aku tu adalah Serenade Piano Putih. Kenapa aku pilih tajuk tu? Sebabnya manuskrip aku berkisarkan tentang muzik iaitu piano. Jadi, tajuk asalnya aku nak letak Melodi Piano Putih. Tapi, aku rasa tajuk tu sangatlah cliche, aku tak jadi nak teruskan. Aku cari dan mintak bantuan Chatgpt juga untuk fikirkan nama tajuk yang sesuai. Tiba-tiba, aku dapat idea. Aku letaklah nama Serenade tu. Nama ni diambil daripada lagu Serenade.

Untuk pengetahuan korang, manuskrip ni aku tulis hampir 7 bulan, start dari bulan 1 hari tu. Aku siap dalam bulan 5. Sebelum aku send dekat publisher, aku ada hire beta reader. Aku tak nak lah aku tulis cerita yang aku syok sendiri je kan, tapi orang lain tak paham jalan cerita aku. 3 beta reader, diaorang bagi jawapan semuanya beza-beza. Rating pun not bad, dalam 3-3.5/5 bintang. So, aku yakin, dengan penambahbaikan, cerita aku akan dapat rating dalam 4 bintang.

Sekarang, aku dah lepaskan manuskrip aku ni dekat pihak publisher yang aku riki-riki masa aku pergi PBAKL baru-baru ni. Aku harap, pilihan aku tak salah lah. Korang doakan ya! Aku rasa nervous sebab ni lah pertama kali aku cabar diri aku tulis manuskrip novel. Sebelum ni, novela dan cerpen saja.

Okey lah, setakat ini dulu! Selamat membaca!

Friday, 6 February 2026

Keputusan Perantis Jiwa

Assalamualaikum semua, mesti korang dah tertunggu-tunggu post aku kan pasal interview aku hari tu. Sebenarnya minggu ni aku memang tak ada mood nak menulis. Sebab aku pun sakit tekak, batuk dan demam. Mungkin cuaca panas sangat kot. Tambah-tambah nak bulan puasa ni. 

Okey lah, nak dijadikan cerita..aku buka Thread untuk tengok nama-nama penulis hebat tu. Aku pun masih kentang lagi dalam penulisan ni. Aku tak hebat mana pun jika nak dibandingkan dengan penulis-penulis otai. Genre yang aku tulis pun tak banyak. Jadi, aku rasa perlu stay dalam otak je kot haha. 

Aku tengok ada 6 penulis yang Jiwa senaraikan.

Tapi, tak ada nama aku.
So, aku dah boleh agak aku tak kan dapat. Sebab rata-rata yang dapat tu genre romance. Aku ni tak berapa pandai nak tulis. Jadi, aku tak mengharap banyak. Aku duduk termenung kejap masa aku baca nama-nama penulis tu. Aku akui memang yang terpilih tu penulis lama yang dah ada fanbase. Aku tumpang bahagia untuk diorang. 

Dan apa jadi dengan sinopsis yang aku dah buat? Aku decide untuk move on dan hantar ke publisher lain. Aku share cover je untuk teaser. Dan aku terkejut bila founder Prolog Media, Puan Anna Lee komen dekat Thread aku. Katanya, dia mintak aku suruh hantar manuskrip. Aku cakap aku janji nak hantar. 

Sebenarnya, Puan Anna mintak aku hantar dari tahun lepas lagi. Sejak aku tulis pasal cerita Lacrimosa. Jadi, tahun ni aku tahu mesti dia tunggu manuskrip aku. Sebab publisher Prolog diorang suka explore genre. So, why not kan? Aku tak kan nak terus bersedih. Kita jalan terus. 

Hari ni, Jiwa mesej aku kata dia tak mampu nak ambil banyak perantis. Aku pun reply okey je. Aku faham. Sebab dia pun masih baru. Dia cakap kalau batch seterusnya bukak, dia akan review karya aku semula. Tapi, dia nak minta izin aku untuk aku bagi manuskrip tu lah. 

Aku jawab dekat dia, insya-allah. Mungkin tahun depan. Aku akan tunggu dia berani explore genre, baru aku akan hantar. Aku tak nak dua-dua risiko tau. Buku tak terjual. Rugi untuk publisher, rugi jugak untuk aku. Dan aku akan rombak balik cerita sebab cerita yang sekarang ni aku fokus nak hantar pada Prolog Media. 

Baiklah. Setakat ini sahaja perkongsian aku. Korang doakan buku aku keluar cepat-cepat. Boleh lah aku dapat peluk buku sendiri nanti. Amin!!

Friday, 30 January 2026

Interview Perantis Jiwa

Assalamualaikum semua! Hari tu aku ada share satu post yang mengatakan aku dapat interview untuk jadi penulis Perantis Jiwa. Untuk yang masih belum tahu, Perantis Jiwa ni diorang nak cari penulis untuk terbit buku under syarikat diorang tau. Btw, nama publisher tu Nukilan Biruni. 

Fyi, aku pun baru tahu je nama publisher ni. Masa aku studi dulu, mana ada nama-nama publisher ni. Yang aku ingat, Karangkraf, Penulisan2u, Penerbitan BesQ, Fajar Parker, Buku Prima, Alaf21, PTS One, Telaga Biru, Jejak Tarbiah, dan Prolog Media. Sekarang dah macam-macam nama publisher. 

Ada jugak publisher buat imprint untuk mudahkan diorang terbit buku ikut genre. Jadi senang. Dulu aku tahu yang paling femes PTS One lah. Sekarang ni dah macam-macam. Bookiut, Arkanis dengan Penerbit X. 3 ni masih masuk dalam PTS tau! 

Okeylah berbalik pada cerita aku tadi. Nak tahu tak, masa interview tu rumah aku blackout dengan takda elektrik. Aku dah start gelabah sebab aku punya masa untuk interview tu dalam pukul 5 petang. Blackout jadi pukul 3. Nah! Masak lah...macam mana aku nak teruskan ni kalau bateri dekat laptop aku kena cas berterusan, kalau tak memang lupppp terus. 

Aku memang doa gila-gila supaya interview aku berjalan dengan lancar. Tak lama lepas tu, elektrik ada. Tapi dekat bilik sebelah. Aku pun lega lah kejap. Dan buat pertama kali aku face to face dengan Jiwa guna Google Meet. Jiwa tanya aku pasal latar belakang, sinopsis cerita yang aku buat dan apa yang aku nak pembaca tahu bila beli buku aku tu. 

Aku cakap lah dekat Jiwa, aku dah lama tak menulis balik. Last pun 10 tahun lepas. Tahun ni je aku nak comeback. Jiwa baca cerita aku tu. Tapi masalahnya, cerita aku tu fantasi dia tak semua pembaca Malaysia suka baca. Aku dah tahu jawapan dia sebab dia bukan orang pertama yang cakap macam tu. Fantasi aku tak sama dengan pembaca Malaysia suka. Contohnya, aku tak berminat sangat nak tulis pasal time travel, zaman Kesultanan Melayu Melaka. Fantasi aku be like piano gergasi, patung mannequin. Haa gituh. 

Banyak kami brainstorm idea dan juga aku share movie-movie yang aku dah tengok pada dia. Aku memang jujur gila aku tak berapa suka fantasi yang sekarang ni. Sebab otak aku suka fantasi dari oversea punya. Macam movie Warnerbros tu. 

Pastu, at the end of interview tu, dia mintak supaya aku tulis sinopsis baru. Kalau dia suka, makna kata cerita aku tu diterima. Kalau tidak, memang tak ada rezeki lah. Aku dah hantar draf sinopsis yang aku dah buat pada dia. Aku kena tunggu approval dari dia lah dulu. Apa-apa hal, aku berserah je pada rezeki. 

Korang doakan eh. Ada rezeki aku tahun ni, adalah. Kalau tak ada, tak apa. Aku cuba lagi tahun depan. Terima kasih kerana membaca. Bye!

Wednesday, 7 January 2026

Dapat emel Perantis Jiwa

Assalamualaikum dan hai korang! Entah masuk tahun baru ni aku rasa lebih bersemangat untuk blogging balik. Kalau tengok tahun lepas tu sendu betul blog aku eh. Memang datang mood malas tu, yang tu aku sampai tak tahu nak komen apa, sebab aku memang tak rajin nak update. 

Nak fikir content apa pun aku tak ada idea. Aku nak share percutian aku tu pun, aku kena ada masa dan kerajinan yang banyak ya. Kalau tunggu saja-saja nak update tu memang lambat lagi.. sebab aku mengaku aku memang malas haha. 

Okey, nak dijadikan cerita, masa tu aku scroll lah IG. Aku ni dari dulu kalau korang follow aku, mesti korang tahu yang aku pernah terbit buku antologi cerpen dan puisi kan, betul tak? Pastu aku stop kejap menulis, sebab aku betul-betul tak ada mood. Tambahan pulak, aku masih lagi tengah sambung belajar waktu tu. So, merasalah kejap terbit buku masa belajar. Bangga eh dapat lah merasa royalti walaupun tak banyak.

Buku cerpen tu pernah masuk MPH tak silap aku. Penerbit kecil je, sekarang ni pun, aku pun tak tahu lah masih wujud ke tak. Tak banyak penerbit dulu-dulu yang kekal. Ada yang bungkus awal. Ye lah, nak bertahan dalam industri buku ni cukup susah. Yang kental je boleh tahan. So, janganlah korang pandang rendah eh pada penulis dan penerbit ni. Susah tau nak kekalkan momentum. Tambah-tambah nak menulis berpuluh-puluh muka surat. 

Okey, sambung balik cerita tadi. Bila aku scroll je, aku ternampak satu posting daripada penulis Jiwa. Aku rasa dia founder pada publisher Nukilan Biruni (so far, aku tak pasti. Kalau salah, perbetul kan tau!). Dia nak cari penulis yang berminat untuk menghantar manuskrip bawah penerbit tu. 

Aku sebenarnya berminat nak hantar, sebab aku pernah hantar proposal puisi, tapi diorang tak nak terbitkan lagi. So, aku pun okeylah. Tapi posting tu diorang nak novel. Aku pun apa lagi, aku hantar proposal dua novel aku. Tapi tak siap lagi lah. Masih raw. Dan Jiwa pun okey je kalau masih tak siap lagi. Terabur weh ayat aku hahahaah. 

Aku tunggu punya tunggu. Ingatkan proposal aku tu dah ditolak. Rupanya, diorang perlu ambik masa sikit sebab banyak gila yang hantar. 300++ emel kot diorang terima. Memang ambik masa lah nak baca satu-satu. Aku pun tunggu dekat dua bulan jugak lah. 

Pagi tadi, aku dapat emel. Satu proposal karya aku tu dapat top 50. Satu lagi pulak dapat shortlisted. Jadi diorang nak interview aku untuk kenal aku dengan lebih dalam lagi pasal proposal aku tu. Fuh! Berdebar weh! Dah lama aku tak kena interview ni. 

So, aku harap, urusan aku lepas ni dipermudahkan. Aku pun tak meletak harapan tinggi pun untuk dapat. Aku hanya nak buat yang terbaik je. So, korang doakan aku tau semoga aku dapat buat yang terbaik. Apa-apa keputusan, nanti aku bagitahu sama ada aku lulus ke tak. 

Okeylah! Bye. 

Sunday, 4 January 2026

Azam tahun 2026

 Assalamualaikum semua. Dah masuk tahun 2026. Cepat betul masa berlalu. Tahun lepas, aku kurang sikit nak update dekat blog ni. Itu pun kali ni nak update sebab tak nak nampak blog ni berdebu kan? Pengalaman aku waktu travel pun aku tak share full pun lagi. Kadang-kadang, ada je idea, tapi nak menulis tu kemain malas eh.. tak tahu lah kenapa..

Oh ya, untuk azam tahun baru ni aku tak nak tetapkan terlampau banyak. Cukuplah aku berlalu dengan mudah dan jugak aku dapat terbitkan buku. Ha, nak tahu buku apa? Jeng..jeng..jeng! Nanti aku share tau! Aku pun belum dapat full layout lagi. Kiranya tahun 2026 ni bermula dengan terbit bukulah kan.. okey lah at least ada jugak satu. 

Okey lah, setakat itu saja untuk hari ni. Nanti aku share lagi. 

Saturday, 2 August 2025

Proposal manuskrip Lacrimosa lulus!

 Assalamualaikum. Maaf dah berapa bulan aku tak update blog ni. Sebenarnya aku nak blogwalking blog orang pun rasa malas tau. Sebab rasa macam tak rajin nak baca dan komen. Korang yang ada blog tu jangan lah kecik hati pulak kalau aku tak drop komen dekat blog korang. 

Sekarang ni pun, badan aku tengah tak sihat. Tambah-tambah pulak dengan cuaca yang panas bahang ni. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana nanti kalau suhu mencecah 40C. Dekat tempat aku baru cecah 35C aku dah menggelupur tau haha. Sekarang ni kena banyakkan minum air masak dan jangan lakukan aktiviti outdoor masa cuaca tengah panas bahang. 

Baiklah, nak dijadikan cerita, aku nampak satu penerbitan buku ni (aku rahsiakan dulu nama publisher tu ya) ada iklankan dekat IG diorang bermula bulan Julai, segala manuskrip yang dihantar mestilah kena send proposal dulu. Bagi aku, proposal ini sekaligus dapat menjimatkan masa diorang nak baca manuskrip satu-satu. Rasa macam membazir kalau dah baca semua, tapi manuskrip tu tak menepati kriteria diorang. 

Aku ni saja nak try luck. Mana tahu dapat. Haha. Sejujurnya mulai tahun ni aku berazam nak hantar jugak manuskrip. Setelah sekian lama menyepi kan. Aku ada tulis dekat Wattpad tentang manuskrip yang aku nak send proposal tu. Sebelum aku send, aku ada pin kan cerita tu dekat Thread. Dan admin diorang repost cerita aku. Aku rasa satu peluang yang baik. Mungkin proposal aku akan lulus.

Sebelum send, aku pastikan segala maklumat yang diorang mintak tu mencukupi. Aku buat dalam bentuk table, senang diorang nak tengok. Buat kemas-kemas. Pastikan maklumat tentang manuskrip tu diorang mudah nak faham. Nanti tak pasal-pasal kena reject. 

Aku hantar proposal dalam pukul 12 tengah malam macam tu. Aku tunggu dalam masa 2 hari je. Aku terkejut sebenarnya sebab diorang luluskan proposal aku. Macam tak percaya pulak. Kali ni, diorang nak mintak manuskrip penuh. Aku harap sempat siapkanlah. 

Doakan aku menjadi penulis yang berjaya ya! 

Oh ya, pada yang nak baca cerita raw aku tu, aku sertakan linknya di sini. Mana tahu korang boleh bagi feedback untuk aku perbaiki penulisan aku tu. 

Lacrimosa
Baiklah, setakat ini sahaja untuk hari ini. Selamat berkenalan dengan Nadine dan Kyra!

Tuesday, 25 March 2025

Checklist umrah untuk perempuan

 Assalamualaikum. Maaf ya lama sangat aku menyepi di blog ni. Bukan apa, aku jadi sindrom malas nak taip panjang-panjang. Entri tu sentiasa ada, tapi jari ni cukup malas nak taip. Cuma hari ni, aku push kan diri jugak untuk cari entri yang aku rasa sekarang ini ramai yang tercari-cari. 

Alhamdulillah, aku telah selamat balik dari menunaikan ibadah umrah pada 1 Februari 2025 yang lepas. Aku sempat jalan-jalan Mesir juga. Bila aku free nanti, aku buatkan 1 post ya. Post yang pergi Bandung part II pun aku tak buat lagi haha. Korang sabarlah ya.

Aku pergi ke Mekah dan Madinah selama 8 hari. 4 hari di Mekah, 4 hari di Madinah. Di sini aku share keperluan yang sangat korang perlukan, lagi-lagi perempuan kan? Kalau boleh 1 almari korang nak angkut haha. Untuk pengetahuan korang, list yang aku senaraikan ini memang yang aku betul-betul guna saja tau, dan aku jugak cuci baju di sana sebab aku nak jimat. Aku tak hantar dobi. Kalau dobi akan mahal sikitlah.  

Checklist pakaian 

1. Baju hitam sekali seluar - 2 helai

2. Jubah hitam-1 helai

3. Tudung hitam-3 helai

4. Baju putih sekali seluar-1 helai

5. Jubah putih-1 helai

6. Tudung putih-2 helai

7. Anak tudung hitam-2 helai

8. Anak tudung putih-2 helai

9. Sockhand-4 pasang *bawak lebih pun tak apa

10. Stoking-6 pasang ** bawak lebih pun tak apa

11. Telekung-1 set

12. Mini sejadah-1


p/s: aku beli kasut tawaf tu tapi at last aku tak guna pun. Tawaf pakai stoking saja. Tapi pastikan stoking tebal lah, sebab lantai sejuk. 


Checklist flight

1.Passport

2. Visa

3. Boarding pass


Checklist keperluan mandian

1. Satu set mandian SUCHI (sabun, syampu, pencuci muka, ubat gigi, deodoran, losyen, lip balm, krim tumit)


Checklist ketika menunaikan umrah

1. Satu buku zikir ketika umrah, al-quran, zikir ringkas 

2. Tasbih

3. Botol spray air-1 botol

4. Tisu basah-6 set **memudahkan untuk lap kasut sebelum masuk masjid dan juga sebagai makeup remover. Pastikan tisu basah tak ada wangian. 

5. Uncang kasut-1

6. Telekung ** nak solat macam tu saja pun tak apa.

7. Sejadah

8. Botol air kecil-1 botol untuk isi air zamzam


Okeylah, setakat itu dulu. Nanti kalau ada masa, aku share pengalaman aku pergi sana pulak ya. Sekian..selamat membaca.

Wednesday, 1 January 2025

Puasa Rejab

Terdapat empat bulan yang dimuliakan di sisi Allah SWT agar umat Islam dapat mengambil manfaat yang ada padanya. Allah SWT berfirman:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْراً فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah 12 bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram.”
(Surah at-Taubah: 36)

KENAPA BULAN INI MULIA DI SISI ALLAH?
Imam Fakhruddin ar-Razi menuliskan di dalam kitabnya:
وَمَعْنَى الْحَرَمِ: أَنّ الْمَعْصِيَةَ فِيْهَا أَشَدُّ عِقَاباً، وَالطَّاعَةُ فِيْهَا أَكْثَرُ ثَوَاباً
Maksudnya: “Maksud ‘haram’ adalah sesungguhnya kemaksiatan di bulan-bulan itu memperoleh seksa yang lebih berat dan ketaatan di bulan-bulan tersebut akan mendapat pahala yang lebih banyak.”
(Kitab Tafsir al-Fakhrur Razi)

Selain itu, Syeikh Wahbah az-Zuhaili turut menjelaskan dalam kitab Tafsir al-Munir fil Aqidati was Syari’ati wal Manhaji:

“Selain dikenali sebagai bulan mulia dan agung, empat bulan di atas memiliki nilai-nilai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Maka, siapa yang melakukan ketaatan atau kemaksiatan pada bulan tersebut, balasannya lebih banyak daripada bulan yang lain.”
Empat bulan haram yang dimaksudkan adalah:
(1) Zulkaedah
(2) Zulhijjah
(3) Muharram
(4) Rejab

Ia berdasarkan hadis daripada Abi Bakrah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ
Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.
(HR al-Bukhari, hadis sahih)

DI SEBALIK PENAMAAN BULAN REJAB
Imam Al-Hafiz Abu Hasan bin Muhammad Hasan al-Khalal menukilkan dalam kitab Fadhailu Syahri Rajab:
قِيْلَ لِرَسُوْلِ اللهِ لِمَ سُمِيَ رَجَبَ؟ قَالَ: لأنَّهُ يُتَرَجَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ لِشَعْبَانَ وَرَمَضَانَ
Maksudnya: “Dikatakan kepada Rasulullah, “Mengapa ia dinamakan Rejab?” Rasulullah menjawab: Kerana sungguh banyak di dalamnya kebaikan untuk bulan Sya’ban dan Ramadhan.”

Imam al-Manawi al-Qahiri menjelaskan lebih luas tentang maksud hadis di atas dalam kitabnya, Faidhul Qadir Syarh Jami’us Soghir:
فَالْمَعْنَى أَنْ يُهَيَّئَ فِيْهِ خَيْرٌ كَثِيْرٌ عَظِيْمٌ لِلْمُتَعَبِّدِيْنَ فِي شَعْبَانَ وَرَمَضَانَ
Maksudnya: “Maka makna (hadis tersebut), adalah dengan disediakan di dalamnya suatu kebaikan yang banyak dan agung bagi mereka beribadah (sebagai persediaan memasuki) bulan Sya’ban dan Ramadhan.”

DOA SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI DI MALAM 1 REJAB 🤲🏻
إِلٰهِيْ تَعَرَّضَ لَكَ فِيْ هٰذِهِ اللَّيْلَةِ الْمُتَعَرِّضُوْنَ وَقَصَدَكَ فِيْهِ الْقَاصِدُوْنَ وَأَمَّلَ فَضْلَكَ وَمَعْرُوْفَكَ الطَّالِبُوْنَ، وَلَكَ فِيْ هٰذِهِ اللَّيْلَةِ نَفَحَاتٌ وَجَوَائِزُ وَعَطَايَا وَمَوَاهِبُ، تَمُنُّ بِهَا عَلَى مَنْ تَشَاءُ مِنْ عِبَادِكَ، وَتَمْنَعُهَا مِمَّنْ لَمْ تَسْبِقْ لَهُ الْعِنَايَةُ مِنْكَ وَهَا أَنَا عَبْدُكَ الْفَقِيْرُ إِلَيْكَ، اَلْمُؤَمِّلُ فَضْلَكَ وَمَعْرُوْفَكَ، فَإِنْ كُنْتَ يَامَوْلَايَ تَفَضَّلْتَ فِيْ هٰذِهِ اللَّيْلَةِ عَلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ وَجُدْتَ عَلَيْهِ بِعَائِدَةٍ مِنْ عَطْفِكَ، فَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَاٰلِهِ، وَجُدْ عَلَيَّ بِطَوْلِكَ وَمَعْرُوْفِكَ يَا رَبَّ الْعَــالَمِيْنَ
Maksudnya: "Ya Tuhanku, pada malam ini orang-orang yang berpaling (dari rahmat-Mu) telah berpaling, orang-orang yang mempunyai tujuan telah datang (kepada-Mu), dan para pencari telah mengharap anugerah dan kebaikan-Mu. Pada malam ini, Engkau mempunyai tiupan rahmat, piagam-piagam penghargaan, hadiah macam pemberian dan anugerah. Engkau berikan semua itu terhadap hamba-hamba-Mu yang Engkau kehendaki. Dan Engkau tidak memberikannya terhadap orang yang tidak memperoleh pertolongan dari-Mu. (Kitab Al-Ghunyah, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani)

AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA BULAN REJAB
1. Perbanyakkan dan perbetulkan bacaan al-Quran.
2. Perbanyakkan puasa sunat seperti hari Isnin, Khamis dan Hari Putih.
3. Menghidupkan solat malam.
4. Perbanyakkan berdoa, berzikir dan bersedekah.
5. Menghabiskan puasa ganti bagi wanita yang belum habis menggantikan puasa.
6. Meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan larangan Allah SWT kerana balasan daripada maksiat juga digandakan.
Semoga bermanfaat buat semua.
Kredit: Ustazah Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan

Sunday, 29 December 2024

Segmen Follow For Follow by JMBLOG

 


Assalamualaikum. Jom kita join segmen ni. Syarat pun mudah saja. 

1. Follow blog JMBLOG

2. Copy banner dan post dekat entry korang

3. Follow media sosial yang ada. Kalau ada semua follow semua. Macam aku, aku follow blog saja sebab yang lain aku kurang aktif.

4. Tinggal url entry korang dekat komen.

5. Tarikh tamat: 31 Disember 2024.


**Kita tak boleh nak komen dekat post entry tu walaupun dah follow blog. Kenapa ek? Harap follower yang boleh komen dekat situ boleh tak bagitahu tuan blog tu.. kita amat hargai jasa baik korang. Tq ;)

Monday, 23 December 2024

Travel: Bandung, Indonesia part I

Assalamualaikum. Dah lama aku simpan post ni. Baru hari ni aku berkesempatan nak publish. Oh ya, ini merupakan kali pertama aku pergi travel di luar Malaysia, jadi agak excited sikit. Sorry kalau post ini agak panjang. 


**Sorry jugak kalau susunan gambar agak bersepah haha. Sebab aku cerita mana yang aku ingat. 


Sebelum pergi, aku bayar deposit dalam RM1400++ macam tu. Bayaran ni termasuk tiket flight sekali. Flight ambik dari Penang ke Jakarta. Sebab direct flight untuk ke Bandung tak semua hari available. 


Sekarang ni nak masuk Indonesia tak dah perlu cop passport. Scan passport korang saja. Aku isi e-visa online, dalam tak sampai sejam dah approve. Sesiapa nak masuk sini jugak kena isi form mysihat. Korang kena isi segala details korang seperti nama, no, passport, no.flight, dan jugak simptom kesihatan.

 

**Itinerary korang jangan buang tau sebab nak isi form ni memerlukan semua details tu. 


Kalau nama korang ada tiga macam aku, isi nama saja. Tak perlu binti. Nanti tak dapat submit form. Korang jugak kena isi Bea declaration untuk pemeriksaan kastam. Nanti dah siap isi, pihak sana scan barcode saja. Kesimpulannya ada 3 benda korang kena isi:


1.e-visa

2.Bea declaration

3.mysihat


Tiga-tiga form ni boleh isi sampai airport sana pun boleh. Tapi aku isi siap-siap sebelum pergi. Nanti senang lalu saja scan. Tak perlu tunggu lama. 


Oh ya, aku buat roaming saja sepanjang di sana. Aku tak beli simkad. Jadi kalau korang tanya aku beli simkad ke tak, jawapan aku tak. Sebab aku nak memudahkan kerja. 


Aku tukar RM1000 saja untuk ke sana. Kiranya dalam 3 juta rupiah lebih-lebih sikit. Sebab aku bukannya orang shopaholic. Kalau korang suka membeli kain, atau apa-apa souvenir yang banyak, korang spare lebih sikit duit. 


Aku sampai Jakarta dalam pukul 10 pagi macam tu. Ada TA dah tunggu kami dekat tempat teksi. Jadi dari Jakarta ke Bandung ambik masa dalam 3 jam jugak lah. Rupanya jauh. Ingatkan dekat saja. Aku menginap dekat Hotel Citra Dream. Hotel ni 3 bintang tapi dapat sekali breakfast.  


Sebelum check in hotel, aku dibawa ke tempat shopping dahulu. Sempat lah nak beli apa-apa. Aku beli baju, keychain, beg uncang dan beberapa souvenir lain.


Kena banyak pejam mata sebab souvenir cantik-cantik. Nanti lagi gian nak shopping banyak-banyak haha. 



Ini hotelnya. 


Ini suasana jalan raya di sana. Sentiasa sibuk, penuh dengan kenderaan. Pada masa yang sama, kita cuti Hari Malaysia, diorang pun ada cuti umum. Jadi meriah. 


Ini perjalanan dari Jakarta ke Bandung


Perjalanan ke Bandung masa tu diuji dengan kereta aircond rosak. Jadi TA terpaksa berhenti sekejap dekat RNR, dan dia cuba tengokkan keadaan kereta. Dah sampai Bandung baru dapat tukar kereta baru. Cuaca di Bandung masa tu agak panas. Tak hujan. 



Dah sampai Soekarno-Hatta Jakarta International Airport. 


Aku ambik penerbangan Airasia saja. Tak ambik sekali makanan. Ambik 23kg luggage sahaja. 


Dah siap check in apa semua, aku berehat sekejap, membersihkan diri sebelum turun makan pada sebelah malam. Dekat sini, TA bawak dekat tempat makan yang semuanya penuh dengan orang Malaysia dekat situ. Aku makan nasi ayam penyet. Sambal dia berbeza sedikit dari Malaysia. Tapi still sedap. 


Dekat sini, kedai Indomaret bersepah. Macam 7e dekat Malaysia. Aku pun tak melepaskan peluang untuk beli Susu brand Cimory. Aku beli perisa biskut marie, tiramisu, coklat. Semua sedap dengan tekak aku. Aku siap beli Indomie yang tak ada dekat Malaysia. 



Ini lah nama kedai tu. Waktu malam memang penuh. 


Ini sahaja untuk part I. Nanti aku akan sambung part II tempat-tempat yang aku pergi. 

Friday, 20 December 2024

Giveaway by Ejulz 2024

Assalamualaikum. Jom kita join giveaway di bawah.



Syarat-syarat Penyertaan Giveaway by ejulz 2024

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by Ejulz 2024". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;

3. Follow blog Ejulz;

4. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen post ini;

5. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 atau hadiah random untuk seorang pemenang.


Tarikh Tamat : 31 DISEMBER 2024



Fairus buat Giveaway

 


Assalamualaikum.

Giveaway ini bermula pada 18 hingga 31 Disember 2024. Besarlah harapan aku agar rakan-rakan blogger memberi sokongan dengan menyertainya giveaway ini. 

Tiada syarat yang menyukarkan. Biasa-biasa saja. Tersangatlah mudah untuk menyertai giveaway ini di mana anda cuma perlu :

1. Membuat posting bertajuk FAIRUS Buat Giveaway dengan memuatnaik gambar poster di atas dan membuat pautan ke entri ini. 

2. Tuliskan juga kenapa anda suka mengunjungi blog ini (biar jujur agar aku dapat mengerti kekuatan blog ini. Andai tak suka pun boleh tulis juga agar aku dapat memperbaiki kelemahan);

3. Tinggalkan pautan entri anda mengenai giveaway ini di ruangan komen; dan

4. Follow blog ini.

**Maaflah ya kita copy syarat-syarat entri awak ni. Tak ubah ayat sikit. Sebab phone kita ada masalah sikit. Ni nasiblah dapat join huhu.


**Baiklah untuk menjawab soalan no 2 tu, blog ni boleh tambahkan lagi pengalaman travel ke tempat-tempat menarik, bukan sekadar info sejarah saja. Sebab kadang-kadang pembaca akan mencari juga blog yang ada niche macam ni. 

Okey setakat ini sahaja entri kali ini. Jemput join ya. 

Thursday, 19 December 2024

Boleh ke guna air banjir untuk berwuduk dan mandi wajib?

 



“Ustazah, setiap kali musim banjir, saya pasti akan tertanya-tanya bagaimana dengan status wuduk dan mandi wajib saya. Adakah sah jika saya hanya menggunakan air banjir?”


Soalan ini menjengah di ruang inbox saya, terdetik untuk menjawab.  

.

.

Allahu Akbar, inilah perkara yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan saudara kita yang terlibat dengan musibah banjir. Sebelum menjawab persoalan ini, mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan buat semua sahabat-sahabat yang ditimpa banjir saat ini agar sentiasa mendapat perlindungan dan pertolongan daripada Allah SWT. 🤲🏻


Daripada Anas bin Malik, dia berkata, “Nabi Muhammad SAW ketika mendapat masalah yang berat, beliau membaca:


 يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ


Maksudnya: ”Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan).”

(HR Tirmidzi, hadis hasan)


BERWUDUK MENGGUNAKAN AIR BANJIR


Berwuduk adalah perbuatan membasuh dan menyapu beberapa anggota badan dengan air mutlak secara tertib. Tujuannya adalah untuk membolehkan seseorang untuk menunaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. 

 

Dalam situasi banjir, hendaklah seseorang mencari air mutlak (air yang suci) terlebih dahulu untuk berwuduk. Sekiranya tidak ketemui, maka DIBOLEHKAN baginya menggunakan air banjir untuk berwuduk dan bersuci. 


Ini berdasarkan kenyataan yang disebut oleh Dr. Muhammad al-Zuhaili di dalam Al-Mu’tamad fi Fiqh al Syafie iaitu:


“Sekiranya air berubah pada warna, bau, dan rasanya sama ada disebabkan oleh lamanya menetap, disebabkan debu tanah, lumut, tanah kibrit (sulfur), dan kesemua yang susah untuk dipelihara darinya, maka ia kekal suci lagi menyucikan. Adapun jika air tersebut telah digunakan untuk berwuduk, mandi, serta menghilangkan najis maka ia tidak lagi berada dalam keadaan suci lagi menyucikan”.


Jika seseorang itu meyakini bahawa air banjir itu telah bercampur dengan najis yang banyak, maka ia tidak boleh digunakan lagi untuk berwuduk. Akan tetapi, sekiranya ia hanya sangkaan ataupun keraguan semata-mata, maka ia tidak menggugat kesucian air banjir untuk berwuduk. Ini berdasarkan kaedah


اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ


Maksudnya: “Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).”

Hukum ini juga digunapakai untuk bersuci dari HADAS BESAR/ MANDI WAJIB bagi seseorang yang ketiadaan air mutlaq dan ingin menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci. 


BERTAYAMMUM KETIKA KETIADAAN AIR BERSIH ATAU TIDAK MEYAKINI KEBERSIHAN AIR BANJIR


Sekiranya sesuatu tempat terputus bekalan air bersih atau air hanya cukup untuk keperluan minum sahaja atau tidak meyakini kesucian air banjir, maka DIBOLEHKAN bagi seseorang itu untuk bertayamum sebagai alat ganti bagi bersuci dari hadas kecil mahupun besar. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang iaitu : 


الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ


Maksudnya :Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan


Tayamum juga DIBOLEHKAN bagi mangsa banjir yang sakit dan tidak boleh menggunakan air. Ini merupakan satu keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya seperti di dalam firman Allah SWT :

 

 يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ


Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

(Surah al-Baqarah: 185)


Sekiranya sukar bagi mangsa banjir untuk mendapatkan debu tanah yang suci, maka DIHARUSKAN untuk menepuk debu tanah yang terdapat di dinding, cermin, meja atau mana-mana tempat yang dirasakan ada debu untuk bertayammum. 


CARA-CARA BERTAYAMMUM:


1) Menepuk kedua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.


2) Berniat ketika memindahkan debu tanah sehingga menyentuh muka. Lafaz niat bertayammum adalah seperti berikut::


نَوَيْتُ التَّيَمُّمَ لِاسْتِبَاحَةِ الصَّلَاةِ للهِ تَعَالَى


Maksudnya: Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah

Ta’ala .


3) Menyapu keseluruhan muka.


4) Menepuk kedua tapak tangan pada debu tanah untuk kali kedua bagi menyapu tangan .(Sebelum menepuk kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu dari debu tanah yang telah digunakan).


5) Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jaritangan kiri

dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.


6) Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.


7) Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan

(selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.


8 ) Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.


9) Tertib. 

* Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan ke anggota tayammum. 

* Bagi yang memakai cincin, jam tangan atau apa-apa sahaja di bahagian tangan perlulah menanggalkannya terlebih dahulu agar debu tidak terhalang dan sampai ke kulit. 


KESIMPULAN


1) DIBOLEHKAN bagi seseorang menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci dari hadas kecil mahupun besar sekiranya tiada air mutlaq atau air yang ada hanya cukup untuk keperluan tertentu.


2)  Jika tidak meyakini kesucian air banjir, maka DIBOLEHKAN baginya untuk bertayammum dengan menggunakan debu tanah yang suci.


3) Sah wuduk, mandi wajib atau beristinjak dengan air banjir walaupun keruh kerana ia adalah air mutlaq.  


RUJUKAN:


1. Maktabah Al-Bakri, Soal Jawab Agama, Taharah (Berwudhu Dengan Air Banjir).

2. Aplikasi FIBA (Fiqh Banjir), International Fatwa and Halal Centre, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Kredit: Ustazah Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan 

#SahabatHijrah

Solat

Pernah tak kita rasa solat jadi satu-satunya tempat kita nak lari? Bukan sebab nak lari dari tanggungjawab, tapi sebab kita tak mampu lagi simpan semua rasa berat dalam hati dan fikiran. 

Kadang terlalu banyak yang kita nak luahkan, kebimbangan yang mencengkam, rasa sedih yang tak terubat, lelah yang tak pernah reda, dan bila kita berdiri menghadap Allah ketika solat dan ketika di tikar sejadah, tiba-tiba semua beban tu terasa ringan, walaupun sekejap.

Allah beri kita waktu-waktu istimewa untuk berdoa, 


Di antara azan dan iqamat, 

Selepas mengambil wuduk, 

Dalam sujud, sebelum salam. 


Tapi sejauh mana kita benar-benar hargai waktu-waktu tersebut? 😢

Kita tahu itu waktu Mustajab, tapi adakah kita manfaatkan? atau kita biarkan ia berlalu begitu saja?


Manusia. Kadang-kadang, kita lebih mudah mengeluh depan manusia. Kita minta mereka faham, minta mereka dengar, tapi hakikatnya manusia terbatas. Mereka takkan selalu ada, takkan selalu faham. Malah, ada yang akan kata,

"Kau ni, asyik mengeluh. Bila nak yakin? Bila nak bangkit?"

Dan kita pun senyap, simpan semuanya dalam hati.


Tapi Allah? Allah takkan pernah ‘judge’ kita.

Allah suka kita mengadu. Allah suka kita datang kepadaNya dengan hati penuh rasa. Keluhan kita kepada Allah bukan tanda kita tak redha, tapi tanda kita percaya, percaya hanya Dia tempat kita pulangkan segalanya. Allah tak pernah bosan mendengar. Allah tak pernah tutup pintuNya, walaupun kita seringkali lupa mengetuknya.


Adakah kita terlalu sombong untuk meminta?

Kadang-kadang, bila kita berjalan pun kita mampu mengadu pada Allah,

"Ya Allah, tolonglah aku. Ya Allah, permudahkanlah urusan aku."

Kalau sambil berjalan pun kita boleh berbicara dengan Allah, apatah lagi selepas solat? Itulah waktu istimewa. Waktu yang sepatutnya kita nanti-nantikan. Sebab terlalu banyak yang kita nak minta, terlalu banyak yang kita nak luah. Tapi… sering kali kita biarkan ia berlalu begitu saja.

Allah berfirman:

وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا

Maksudnya: "Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong." (Surah Luqman: 18)


Bukan sekadar sombong dengan manusia, tapi jangan sombong dengan Allah. Jangan biarkan ego kita menjauhkan kita daripada rahmatNya. 


Solat itu bukan beban, ia peluang. Ia ruang untuk kita lepaskan semuanya, untuk kita kembali jadi kecil di hadapan Dia yang Maha Besar.

Jadi, bila azan berkumandang, jangan pandang ia hanya sebagai panggilan. Pandang ia sebagai jemputan istimewa daripada Allah.


Jemputan untuk meluah, meminta, dan menyerahkan segalanya. Kerana akhirnya, hanya Allah yang benar-benar mendengar.


Menurut hadis Nabi SAW, golongan yang mempersiapkan diri sebelum masuknya waktu solat adalah golongan yang sangat istimewa di sisi Allah SWT, kerana seakan-akan dirindui untuk bertemu dengan Allah di dalam solatnya. Golongan ini akan mendapat doa keampunan dari para malaikat, SubhanAllah.🤲


Rasulullah SAW bersabda:

المَلاَئِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ، مَا لَمْ يُحْدِثْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya para malaikat mendoakan ke atas mereka yang menunggu solat di tempat solatnya selagi mana dia berada dalam keadaan suci. Doa malaikat: Ya Allah ampunkanlah dirinya dan rahmatilah dirinya.”

(HR al-Tirmizi, hadis hasan )


Allah takkan pernah bosan. Apa pun yang kita rasa, pulangkan kepada Allah. Di situlah kita akan temui damai yang sebenarnya. 🤲🌷

Kredit: Ustazah Asma’ binti Harun 

#SahabatHijrah

Sunday, 11 August 2024

Popilush.com- Ideal for new collection dresses!

Assalamualaikum and hi everyone! 

Actually, I want to apologize for not writing an entry on this blog for a long time due to the rush of work. Still, I strive to write so that the blog remains relevant in the future. Well, actually I want to tell you all that I've come across a website that sells beautiful dresses. It is Popilush.com.

First of all, the site provides beautiful dress and body shaping dress. For those who are not Muslims, but want a modest dresses, I suggest you choose a dress like this. Sometimes, dresses that expose a lot of your body will make you all uncomfortable. Furthermore, this dress shows that you are a confident and elegant person.

                                     

In addition, this dress is also very comfortable for us to move around. In Popilush.com, there are variety of attractive designs and built in dress  to choose from. This dress also has a complete description of the type of material, price and size. You also don't have to worry if you are a slightly overweight person. Furthermore, it is come in a variety of colors. But for me, black is the most suitable color because the choice of black color makes the wearer look thinner.




Lastly, this dress also comes in the form lace slip maxi dress . This lace shape is very comfortable and not itchy. Users who have eczema problems have no problem using it. The material of this dress is made to allow all wearers to wear it regardless of age. I prefer clothes that don't show my body because I look polite. But for those who want to choose the vice versa, it's up to you.




So, what are you waiting for? Hurry up all of you go to this website. There are various discounts if you buy this dress collection and become the first customer. I guarantee you all won't regret it. This is because the choice of dresses here is very interesting to choose from.

Thanks for reading! See you soon. 

Monday, 29 July 2024

One Direction- When We Are (Unreleased) Lyrics

 




[Verse 1: Harry, Liam]

Remember when we would stay out too late

We were young, havin' fun, made mistakes

Did we ever know? Did we ever know?

Did we ever know? Yeah

All the things we'd just think of and say

Never wrong, always right, not afraid

Did we ever know? Did we ever know?

Did we ever know?


[Pre-Chorus: Zayn]

Is it all inside of my head?

Maybe you still think I don't care

But all I need is you

Yeah, you know it's true, yeah, you know it's true


[Chorus: Harry, All]

Forget about where we are and let go

We're so close

If you don't know where to start, just hold on

And don't run, no

We're looking back, we messed around

But that was then and this is now

All we need's enough love to hold us

Where we are

See upcoming pop shows

Get tickets for your favorite artists


You might also like

Science

Niall Horan

Take Two

BTS

WHAT THE HELL ARE WE DYING FOR ?

Shawn Mendes


[Verse 2: Louis]

Summer days rushin' by you and me

Makes it harder to see underneath

Did we ever know? Did we ever know?

Did we ever know? (Did we ever know?)


[Pre-Chorus: Zayn]

Is it all inside of my head?

Maybe you still think I don't care

But all I need is you

Yeah, you know it's true, yeah, you know it's true


[Chorus: Harry, All]

Forget about where we are and let go

We're so close

If you don't know where to start, just hold on

And don't run, no

We're looking back, we messed around

But that was then and this is now

All we need's enough love to hold us

Where we are


[Post-Chorus: Harry]

But that was then and this is now

All we need is enough love to hold us

Where we are



[Interlude: Harry]

Where we are, where we are

Where we are, where we are


[Bridge: Niall & Louis]

With closed eyes and open mind

We can be there, we can be there

But this time, let's cross the line

Can you see it? Can you see it?


[Chorus: All, Harry, Zayn]

Forget about where we are and let go

We're so close (If you don't know)

If you don't know where to start, just hold on

And don't run, no (And don't run, no)

We're looking back, we messed around

But that was then and this is now (But that was then and this is now)

All we need's enough love to hold us (To hold us)

Where we are

Tuesday, 30 April 2024

Perlu tukar tema blog?

Assalamualaikum. Pejam celik dah nak masuk bulan Mei. Cepat sangat masa berlalu kan? 

Dan secara tak langsung genap 2 tahun aku pakai baju tema biru untuk blog aku ni. Nama samaran blog aku masih sama, sehinggakan ada yang ambik nama belakang untuk letak sebagai username untuk blog dia. 

Pada mulanya aku macam tak perasan, lama-lama bila aku tengok balik macam hampir sama. Tapi tak apa, mungkin nama dia memang begitu. Kebetulan, aku pun tidaklah sampai nak saman ke apa. Sebab apa yang ada dekat online ni kebanyakan hampir sama. 

Cuma kalau sampai dia melanggar akta siber ke apa, memang dia kena tindakan lah. Setakat ni owner blog tu pun dah tak aktif blog. Kiranya blog ni walaupun dah lama orang tak update, tapi sebenarnya carian dekat Google pun banyak sumber dari blog jugak. Jadi sebab tu aku sayang nak deactivate blog ni. Nak buat blog baru takut tak update pulak. 

Aku terfikir untuk tukar baju untuk blog ni. Warna yang lebih fresh. Susunan yang baru. Apa pendapat korang? Atau aku tak payah tukar je blog ni? Haha..pening betul untuk buat keputusan. Kalau korang ada idea, korang boleh komen dekat bawah okey. 

Thanks!

Friday, 26 April 2024

2024 Giveaway by Asyiqin.com


Assalamualaikum. Hari godek punya godek jumpa satu Giveaway. Rasa tak rugi kalau nak join. Sempat lagi sebab masa yang diberi adalah 2 minggu. 



SYARAT YANG LAGI MUDAH DAN SENANG JE (:


1. Follow Blog ini

2. Buat entry '2024 Giveaway by asyiqin.com'

3. Copy dan paste banner dan backlink ke sini.

4. Komen dekat bawah ni dengan link entry penyertaan korang.


Tarikh Giveaway : 23 April 2024 sehingga 7 Mei 2024 (2 Minggu)

Selamat ber giveaway dan jemput join ya. 


P/S: Phone kita tak dapat nak komen link dekat blog dia..huhu. kalau ada sesiapa yang dapat tolong kita bagitahu owner giveaway, kita amat hargai. Thank you :)

Sunday, 21 April 2024

Menu Zus Coffee Pilihan Aku

 Assalamualaikum. Dah masuk tahun 2024. Tak lupa aku ucapkan Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya. Kali ini aku nak kongsikan menu favourite aku dekat Zus Coffee. Selalunya aku share menu Family Mart je kan, sampai dah naik jemu dah. 

Oh ya! Kepada yang nak try menu dari Zus ni, korang boleh pilih sama ada nak kopi atau tak. Ada je menu yang bukan kopi. Jadi jangan risau okey. 


Double Chocolate Chip Frappe


Honey Lemon (Hot). 

Tapi gambar tak ada yang hot version sebab tak nampak dari luar. 


Coffee Salted Caramel Frappe


Tomyam Curry Puff

Maaf tau sebab aku punya pilihan tak banyak. Sebab aku susah sikit nak tukar menu lain kalau dah sedap. Tekak aku selesa dengan menu yang sama. Tapi kalau korang nak cuba menu selain yang aku recommend ini tak ada masalah pun. 

Baiklah. Selamat mencuba.


Popular Posts