Monday, 7 February 2022

5 Kata-kata hikmah Imam Syafie




5 π’Œπ’‚π’•π’‚-π’Œπ’‚π’•π’‚ π’‰π’Šπ’Œπ’Žπ’‚π’‰ π‘°π’Žπ’‚π’Ž π‘Ίπ’šπ’‚π’‡π’Šπ’† πŸŒŸπŸ˜‡πŸ€²

🌼Hati adalah Raja dalam diri. Jadi, luruskan dan perbetulkanlah ia agar mentadbir dirimu tegak di atas al-haq yang tiada unsur kebatilan.
.
🌼Marah adalah salah satu daripada panah-panah syaitan yang mengandung racun. Jadi hindari ia supaya kamu dapat mengalahkan syaitan dan bala tenteranya.
.
🌼Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga adalah amalan para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh.
.
🌼Jika kamu tidak tahan terhadap penatnya belajar, maka kamu akan menanggung bahayanya kebodohan.
.
🌼Aku mampu berhujah dengan 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada satu orang yang jahil (bodoh) karena ia tidak tahu akan landasan ilmu.
.
Semoga semua yang membaca mendapat manfaat. Ameen. 🀲❣️

Sunday, 6 February 2022

4 Tanda Riyak Yang Mesti Dijauhi


Riyak ini berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud melihat. Riyak merupakan perbuatan yang amat dibenci oleh Rasulullah. Mengapa? Sebab hanya kerana satu sahaja, habis semua pahala dan amal ibadat yang kita lakukan selama ini. 

Bagaimana kita mahu mengenal seseorang itu bersifat riyak?


Hakikatnya, tiada sesiapapun yang tahu kerana riyak ini tergolong dalam syirik kecil iaitu syirik yang kita tak nampak. Umpama kita mahu melihat hati dan fikiran seseorang. Memang sampai kiamat pun kita tak akan tahu. Pada fikiran kita, seseorang itu melakukan amal ibadat ikhlas kerana Allah. 

Allah SWT telah menyebut di dalam al-Quran, 

"Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka kerana riyak kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan sebagai temannya, maka syaitan itulah teman yang seburuk-buruknya."


4 Tanda Riyak


1. Malas ketika bersendirian

2. Rajin di hadapan orang

3. Semakin rajin beramal apabila dipuji

4. Semakin malas beramal apabila mendapat celaan

- Saidina Ali bin Abu Thalib


Kita jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah supaya kita dapat menjauhkan diri daripada sifat riyak ini. Untuk mengelakkan daripada hati terus berasa riyak, kita hendaklah banyak berzikir dan memuji Allah SWT. Amalan yang kita lakukan di mata manusia belum tentu diterima di sisi Allah. Imam al-Ghazali menyatakan dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din;

 “Setiap manusia akan binasa kecuali orang yang berilmu, dan orang yang berilmu akan binasa kecuali yang beramal dengan ilmunya, dan orang yang beramal juga binasa kecuali yang ikhlas dalam amalannya.”

Biarlah kita melakukan setiap kerja dengan ikhlas. Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu."

Ikhlas menjadi keutamaan dan kunci ketaatan seorang mukmin kerana:


1. Ikhlas adalah perintah daripada Allah SWT. Firman-Nya dalam Surah az-Zumar, ayat 11 bermaksud: Katakanlah lagi wahai Muhammad: “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya.”

2. Ikhlas menjadi syarat ibadat diterima Allah SWT. Firman-Nya dalam Surah Ghafir, ayat 14 bermaksud: “Oleh itu, maka sembahlah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, sekalipun orang kafir tidak menyukai amalan kamu itu.”

3. Ikhlas adalah tanda keimanan yang memberikan ketenangan. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Fath, ayat 18 bermaksud: “Demi sesungguhnya! Allah SWT reda akan orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”

4. Ikhlas menjauhkan daripada sifat riyak (menunjuk-nunjuk). Hati orang yang ikhlas tidak menunjuk-nunjuk ketika melakukan kebaikan.

5. Ikhlas menjauhkan sifat munafik. Hati yang ikhlas melahirkan akhlak yang sebenar.

(Sumber: Harian Metro)


Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah agar setiap amal kebajikan yang kita lakukan akan diterima oleh-Nya. Amin. Berikut adalah surah yang menekankan bahawa bahayanya kita bersifat riyak. 

Surah Al-Baqarah ayat 264:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakan (pahala) sedekah-sedekah kamu dengan mengungkit dan menyakiti seperti (rosaknya pahala) orang yang membelanjakan hartanya kerana riak (menunjuk-nunjuk) kepada manusia, dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka perumpamaan orang itu adalah seperti batu licin yang tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan yang lebat sehingga menjadikannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang kafir dan riak itu), mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun daripada yang mereka usahakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum kafir.”

(Sumber: Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darulsalam)


Saturday, 5 February 2022

Jenazah Covid-19 Menangis I Aku Kena Badi Mayat Ke?


Selamat malam semuanya. Semoga terus diberkati dan berbahagia selalu. Baiklah seperti korang nampak dekat tajuk post aku kali ini, aku nak sharelah satu kisah yang aku rasa agak seram tapi kisah ini terjadi dalam hidup aku. Aku tak tahulah kalau korang pernah alaminya atau tak. Kalau korang pernah alami, korang boleh drop komen dekat bawah okey. 

Kisah pertama ini aku ambil dari Youtube yang aku tonton. Kisah ini bukan kisah benar hidup aku tau. Cuma aku nak sharelah untuk korang supaya sentiasa berhati-hati dan amalkan doa di mana sahaja korang berada. Baiklah. Aku tengok satu channel dekat Youtube ini. Katanya dia ceritakan balik kisah seram ni daripada seorang subscriber dia.

Covid-19, nama virus yang tak asing lagi dah bagi seluruh dunia. Satu dunia terkesan dengan penyebaran wabak ini. Bukan setakat di Malaysia sahaja. Berjuta-juta orang mati setiap hari. Dari anak kecik, remaja, dewasa dan juga warga emas. Cubalah korang bilang. Memang kematian disebabkan Covid ini terlampau banyak. Wad ICU pun penuh. Sehinggakan pihak KKM pun lumpuh. Tenaga kerja kurang. Ada yang dijangkiti juga. 

Namun, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku tak nafikan sejak kes ini meningkat, aku kerap kali rasa tertekan. Nak keluar pergi mana-mana pun rasa paranoid. Kalau kita tak berjaga-jaga, kita juga mungkin akan dijangkiti. Di samping kita menjaga kesihatan, kita juga digalakkan untuk mengambil vaksin. Kita ambil sebagai usaha dan ikhtiar. Semoga kita semua dijauhkan dari virus ini. Amin.

Okey berbalik pada cerita, salah seorang penggali kubur dan pembawa van jenazah ini kerap kali membantu untuk menguruskan jenazah yang terkorban akibat Covid-19. Dikatakan pada waktu itu tiada orang yang menggantikan Ali (bukan nama sebenar). Jadi Ali pun datang melaksanakan tugas seorang diri. 

Ali komited melaksanakan tugasnya. Di pertengahan jalan menuju ke kubur, Ali merasakan bahawa jenazah tersebut sedang menangis. Jenazah itu bersuara,

"Saya tak nak mati....abang tolonglah saya.." 

Tetapi, Ali mendiamkan diri dan menyedapkan hati. Mungkin hanya mainan perasaannya sahaja. Alhamdulillah, jenazah pun telah selamat dikebumikan. Setibanya Ali di rumah, Ali masih lagi terdengar suara-suara yang sayu itu. Ali cuba mengucap dan mengambil air wuduk untuk solat. 

Malam itu, Ali bermimpi bahawa jenazah yang telah disemadikannya itu telah datang dan merayu kepadanya supaya tidak mengebumikannya. Jenazah itu berkata,

"Abang, kenapa tanam saya? Saya tak nak mati lagi..."

Ali pun terkejut lalu terbangun. Pada hari itu, Ali pun mendapatkan rawatan perubatan Islam. Menurut ustaz yang merawat Ali, ustaz itu mengatakan bahawa Ali ini berkemungkinan terkena badi mayat. Jadi, ustaz tersebut merawat Ali sehingga Ali pulih.

Baiklah, berdasarkan kisah tadi, aku pun mahu share kisah yang terjadi dalam hidup aku 21 tahun yang lalu. Masa tu, aku dalam umur 5 tahun tak salah. Moyang lelaki aku meninggal. Aku tengok jenazah dia buat kali terakhir. Entah apa yang aku rasa masa tu. Menangis pun tidak. Biasalah budak kecik kan..

Bila jenazah moyang aku selamat dikebumikan, aku pun tidurlah macam biasa. Cuma yang aku peliknya sebelum nak tidur, aku rasa macam satu benda yang berpusing-pusing tau. Dan lepas itu, aku dibawa dekat rumah moyang aku tu. Setiap malam aku jadi macam tu. Siap mimpi moyang aku lagi. 

Boleh dikatakan, aku kerap menangis bila waktu malam. Aku tak tahu kenapa jadi macam tu. Bila waktu pagi, ada ayah aku tanya kenapa aku menangis waktu malam tu, sambil tangan aku tunjuk dekat tingkap rumah kami, aku pun jawab aku tak tahu. Malam keesokkannya, aku jadi lagi. Menangis tak tahu apa punca. Aku nak cuba ceritakan tentang benda yang berpusing tu. Tapi, biasalah budak kecik, mana reti nak cerita. 

Agak lama jugak lah aku alami benda ni. Jadi mungkinlah aku terkena badi mayat. Sebab itulah kot orang tua-tua pesan budak kecik tak boleh rapat sangat dan tengok jenazah. Takut terkenalah kot. Alhamdulillah, sekarang aku dah okey. Cuma aku simpan cerita ini untuk kenangan. Semoga arwah moyang aku dicucuri rahmat. Aminn...

Wednesday, 2 February 2022

Cara Order Aiskrim Llao Llao


Hai korang. Kali ini aku nak kongsikan macam mana nak order aiskrim Llao Llao. Aku baru makan 2 kali saja selama aku hidup ni. Rupanya, jangan salah pandang sebelah mata ya, aiskrim ini sangat baik untuk kesihatan. Tak pelik pun jika harganya sedikit mahal berbanding makan aiskrim Mcdonalds tu.


Aiskrim ini mempunyai banyak kelebihan, aku lebih tertarik dengan probiotik tu. Jadi, kesihatan perut pun lebih baik. 


Cara nak order aiskrim ini senang sahaja ada pelbagai saiz tau. Dari saiz kecik sampailah saiz besar. Kalau saiz kecik, kena add on topping jadi tambahlah RM1.50. Kalau amik saiz Small, jadi boleh amik 1 topping. 

Macam aku, aku amik saiz Medium, jadi aku boleh amik 3 topping. Topping tu ikut sukalah nak amik topping apa pun. Saiz Large pun boleh amik 3 topping. Jadi kalau korang nak amik banyak topping, kalau boleh amik saiz yang paling besar sekali iaitu Sanum. Boleh amik topping buah sekali. 

Kalau korang tak nak order aiskrim, korang boleh order smoothies. Smoothies pun ada pelbagai jenis. Semuanya sedap. 

Topping dekat sini ada 3 jenis. Topping yang pertama ada coklat, biskut karamel yang bentuk macam crumbled tu, chocolate pop, oreo yang hancur (crumbled). Topping kedua, adalah semua topping buah. Macam hari tu aku order strawberi. Ada lagi buah lagi, macam buah kiwi, buah naga dan buah nanas.

Topping yang terakhir adalah topping sauce. Ada caramel sauce, dark chocolate sauce, pistachio sauce dan black forest sauce. Aku amik dark chocolate sauce. Sebab gabungan dia sangat sedap bagi aku. 

Kesimpulannya, aku amik Saiz Medium, topping caramelise biscuit, buah strawberi dan dark chocolate sauce. Bagi aku, topping dark chocolate dan caramelise biscuit tu adalah padanan yang sesuai. Korang cubalah.


Ini adalah contoh aiskrim yang boleh korang order. 


Ini contoh aiskrim yang aku order. Nampak sedap dan saiz dia pun besar. Berbaloi dengan harga.

Okeylah, setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Moga bermanfaat.

Popular Posts