Tuesday, 3 January 2023

Movie Review: Mechamato (2022)

 



Mechamato Movie ialah sebuah filem komedi aksi animasi komputer Malaysia 2022 dan prekuel kepada siri animasi Mechamato: The Animated Series. Dihasilkan oleh Animonsta Studios dan diedarkan oleh Astro Shaw, filem ini diarahkan oleh Nizam Razak dan dibintangi oleh Armand Ezra, Adzlan Nazir, Fadhli Mohd Rawi, Ielham Iskandar, Marissa Balqis, Fazreen Mohd, Hazzley Abu Bakar, dan Feroz Faizal. Filem ini mengikuti pertemuan pertama Amato dengan MechaBot dalam kapal angkasa penjara yang terhempas di mana Amato akhirnya menjadi tuan baharu MechaBot, menyebabkan mereka dikejar oleh Grakakus, makhluk asing yang jahat.

Pada mulanya diumumkan untuk tayangan 2021, filem ini telah ditangguhkan beberapa kali disebabkan oleh pandemik COVID-19. Hal ini menyebabkan siri animasi dikeluarkan sebelum filem ini. Tayangan filem ini diumumkan secara rasmi pada September 2022.

Mechamato Movie mula ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember 2022.


Sinopsis 

Seorang budak lelaki bernama Amato menemui robot berkuasa MechaBot selepas sebuah kapal angkasa misteri terhempas di Bumi. Amato kini boleh menggunakan keupayaan istimewa MechaBot untuk Mechanize objek biasa menjadi peranti berteknologi tinggi kerana kejayaannya mengakali robot tersebut dan menjadi tuannya. Tanpa diketahuinya, makhluk asing sibernetik Grakakus sedang mengejar MechaBot dan tidak akan berhenti untuk mendapatkannya untuk tujuan jahatnya sendiri.

Pelakon suara

Armand Ezra sebagai Amato / Mechamato

Adzlan Nazir sebagai MechaBot

Fadhli Mohd Rawi sebagai Grakakus

Ielham Iskandar sebagai Pian

Marissa Balqis sebagai Mara

Fazreen Mohd sebagai Tok Sah

Hazzley Abu Bakar sebagai Datuk Bandar Andy

Feroz Faizal sebagai Encik Aman dan Troket

Syabil Syamin sebagai Deep

Anas Abdul Aziz sebagai Aba

Siti Salwa Samsudin sebagai Umi

Nizam Razak sebagai Bago Go dan Bula

Azrul Fazlan Hamdan sebagai Bili


REVIEW


Secara keseluruhan, aku suka movie kali ini. Walaupun aku bukanlah peminat setia Boboiboy ke Mechamato ke ataupun Ejen Ali. Tapi setiap kali movie seperti ini ditayangkan dekat pawagam, mesti aku tak melepaskan peluang untuk tengok. Apa salahnya kan kita support karya tempatan. 

Aku suka dengan plot dia, ada lawak sikit, taklah bosan. Aku pergi dengan sepupu aku, rata-ratanya sangat seronok. Sebab bahasa dia amat mudah difahami, budak yang berumur 3 tahun pun tengok tau. Jadi, penggunaan bahasa yang baik boleh mereka adaptasi dalam kehidupan seharian. 

Elemen silat dalam cerita ni memang best lah. Jarang-jarang kita ketengahkan seni warisan budaya negara kita. Apa salahnya kali ini kita tonjolkan apa yang ada, bagi semua negara tahu bahawa negara Malaysia ini kaya dengan seni warisan Melayu. Part dia berlawan pakai silat tu aku kagumlah! Nak repeat lagi tau. 


Part paling kelakar, Amato ni benda yang tak jangka pun dia nak Mechanize. Bila dah dalam keadaan terdesak, batang penyapu ke batang mop pun kau boleh nak Mechanize haha. Tapi, pengakhiran movie ni bagi aku puas. Yang jahat dapat balasannya. 

Okeylah, kepada yang nak tengok cerita ni, korang boleh ke pawagam sekarang tau! Nanti dah tak tayang, rugi pulak. 

Bye!

Movie Review: Qodrat (2022)

 


Qodrat ialah sebuah filem seram aksi keagamaan Indonesia pada 2022 yang diarahkan Charles Gozali. Filem yang dibintangi oleh Vino G. Bastian dan Marsha Timothy sebagai watak utama ini ditayangkan di pawagam Indonesia bermula 27 Oktober 2022. 


Sinopsis

Berpuluh-puluh tahun lalu, Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian) selaku pemilik ilmu ruqyah gagal merawat anaknya sendiri, Alif Al-Fatanah (Jason Bangun) yang dirasuki suatu syaitan bernama Assuala. Qodrat pun memutuskan untuk pulang ke pesantren asalnya. Namun, ketika sampai di sana, Qodrat jatuh kebingungan kerana pesantren tersebut diisi gangguan-gangguan yang tak dapat dijelaskan. Hal ini mengakibatkan Qodrat perlu meruqyah Alif Amri (Keanu Azka), anak bongsu Yasmin (Marsha Timothy), yang memiliki nama sama dengan arwah anaknya. 

Pelakon

Vino G Bastian sebagai Ustaz Qodrat

Marsha Timothy sebagai Yasmin

Maudy Effrosina sebagai Asha

Randy Pangalila sebagai Zafar

Cecep Arif Rahman sebagai Rochim

Keanu Azka Briansyah sebagai Alif Amri

Jason Bangun sebagai Alif Al Fatanah

Pritt Timothy sebagai orang tua di sel

Whani Darmawan sebagai warden dirasuk

Agla Artalidia sebagai Tanti

Adelheid Bunga sebagai Jihan

Rezca Syam sebagai Ilham Amri

Eduwart Manalu sebagai Suami Tanti

Ricky Saldan sebagai Kobar

Yayu Unru


REVIEW

Secara jujurnya, ini merupakan movie yang best pernah aku tengok dekat wayang selain Munafik. Aku pun baru tahu bahawa terdapat jin yang bernama Assuala. Sebelum ni, aku tak pernah dengar pun. Aku beli tiket wayang ni pada waktu pagi. Dan dapatlah harga dalam RM12 macam tu. Aku pergi tengok bersama-sama dengan adik dan sepupu. Disebabkan sepupu aku tu masih bawah umur 12 tahun, kenalah pilih seat depan jugak. Dekat dengan speaker. 

Pada permulaan cerita, diorang ada mention cerita ni guna ayat ruqyah yang betul tau. Aku ni berdebar-debar pulak incase nanti ada sesuatu yang terjadi dekat dalam wayang. Dah lah aku ni mana reti nak berubat orang. Agak ramai jugak yang tengok selain dari kami. Satu seat tu penuh sebaris penonton India. Aku pun tabiklah, diorang tengok jugak cerita-cerita macam ni. 


Aku tak sempat langsung nak betulkan seat, dah datang jumpscare. Nasib tak luruh jantung tau haha. Yang paling aku tak boleh brain, kalau korang ada takut darah ke, jenis-jenis genre thriller ke, better korang tutup je mata. Sebab cerita ni ada scene darah-darah, potong tangan. Aku pun tahan je nafas jangan bagi rasa nak pitam. Banyak darah woiii haha. 

Dan cerita ni, ada sedikit pengajaran dekat situ. Kau jangan fikir kawan baik kau tu seorang yang baik sampai mati. Aku dekat sini tak sangka, kawan baik Ustaz Qodrat tu sendiri yang puja Assuala. Sebab dia nak kan kekayaan. Dia ruqyah orang, tapi dia mintak duit, mintak jual apa sahaja. Kampung tu pulak dah jadi padang jarak padang tekukur dah. Akhirnya, aku puas sebab Ustaz Qodrat dapat tahu jugak kawan dia punya kerja. 


Tengok dekat ending, katanya akan ada lagi season 2. Mesti dia nak cari siapa pembunuh isteri dia. Kali ni Ustaz Qodrat berjaya cari pembunuh anak dia. Kena tunggu season 2 lah, baru boleh tahu siapa dalangnya pulak. Bagi aku, cerita ni best. Kau tak kan sempat langsung nak pergi tandas ke apa, sebab plot dia okay. Tak slow. 

Aku harap cerita ni diorang akan tayang dekat tv. Berbaloi untuk korang tengok. Cerita ni jugak ceritakan keindahan Islam dan jugak akidah kita sebagai orang Islam. Sentap jugak bila kawan Ustaz Qodrat ni bercakap, 

"Kita sebut asma Allah, tapi sejauh mana kita pertahankannya?" 

Menusuk kalbu weh! 

Okeylah, setakat ini sahaja entri kali ini. Inshallah, akan aku post lagi tentang movie yang aku dah tengok masa dekat wayang tahun lepas. Sebenarnya banyak saja, tapi tulah, tak terpost lagi pun. Bye!

Sunday, 1 January 2023

Cadangan Movie/ Drama 2023


Assalamualaikum. Hari ini aku singgah sebentar dekat Watson. Katanya diorang tengah buat sale. Sale bukan biasa-biasa tau. Ada yang sampai 50% untuk barang make up saja.

Aku pun apa lagi, grab lah satu loose powder, Emina sleeping mask dengan lip scrub. Sebab aku tengok dekat Tiktok ramai yang cakap beli brand Emina ni sangat berbaloi. Ya betul. Lip mask dia pun dia bagi spatula dan sangat jimat tau. Bekas dia agak besar. Jadi aku rasa, aku melabur duit pun aku tak rugi pun. 

Selepas tu, aku pun singgah makan di CU Mart. Tak banyak pun makanan yang aku beli, cukuplah aku beli K-Cheezy Corndog. Aku pun tak minat sangat makan benda-benda macam ni sebab tekak dah macam tekak orang tua haha. Mesti cari nasi berlauk. Kalau tak, tak lalu nak makan. 

Inilah hasil tangkapan aku dekat CU. Oh ya, sebenarnya aku masih mencari lagi drama atau movie yang best untuk aku tonton sempena tahun 2023. Kalau boleh drama yang beri semangatlah. Aku kalau movie ke drama yang macam thriller tu aku kurang minat. 

Mana taknya, main dengan darah, tetak orang lah. Aku jadi seriau pulak. Lepas aku tengok cerita The Untamed tu, aku dah kurang tengok cerita lain dah. Impak cerita tu punya lah best sampaikan aku dah tak ulang dah tengok. Cukuplah sekali. Selalunya aku tak kan repeat dah untuk kali kedua. Sebab feel dia dah tak sama. Mungkin lain kalilah pulak aku akan tengok balik. 

Aku tengok cerita Qodrat tu pun sebab nampak best. Diorang ruqyah pun pakai ayat Al-Quran yang betul. Jadi aku pun bedal lah pergi tengok jugak. Sekali jumpscare, darah muncul pulak. Terpaksa tebalkan telinga dengan muka untuk tengok haha. Dah bayar kan.. tapi overall cerita tu best. 

Banyak pulak Kdrama yang best katanya nak keluar. Aku masih lagi berkira-kira nak tengok ke tak. Aku dah kurang minat Kdrama dah sekarang. Aku masih menunggu Cdrama yang klasik punya. Sebab kalau drama moden ni, aku susah nak tengok. Datanglah vibes dia macam mana pun, lagi aku tak tengok haha..

Drama Melayu pun aku dah tak tengok. Tengok masa balik kampung saja. Tu pun tengok sebab tv tu bukak. Kalau tak bukak, memang aku tak tengok la haha. Jadi, kalau korang ada recommend cerita yang best-best, korang komen je. Inshallah akan aku tengok nanti okey! 


Azam Blog Tahun Baru 2023

 



Assalamualaikum. Akhirnya tahun 2023 menjengah jugak kan. Tak terasa sungguh cepat masa berlalu. Rasa tak percaya pulak tahun 2022 sudah berakhir semalam. 

Baiklah, sempena tahun baru ni, aku tak ada perancangan sangat untuk blog ni. Cuma aku berfikir-fikir untuk sentiasa update di blog ni supaya tak sentiasa kosong dan berhabuk tak berupdate. 

Azam tahun 2023 ni aku ada buat sesuatu untuk blog aku ni. Antaranya ialah: 

1. Aku bercadang nak tukar baju blog. Inshallah aku akan beli Etsy nanti. Terima kasih pada yang bagi cadangan pada aku tu. Aku hargai sangat. 

2. Sentiasa update tentang kehidupan aku. Walaupun aku rasa malas, tapi kalau boleh nak elakkan jugak rasa malas tu. Kalau boleh satu hari satu post dah cukup. 

3. Sentiasa berusaha naikkan pageviews blog. Setakat ni, pageviews blog aku agak sendu haha. Tapi aku tak kisah sangat pun, asalkan ada pembaca yang selalu komen dan baca blog aku dah memadai.

4. Nak join giveaway sebanyak mungkin. Kebelakangan ni memang aku terlepas nak join giveaway. Ruginya. Kalau tak boleh tambahkan lagi teman-teman blogger. Tak apalah, tak ada rezeki. Mungkin lain kali. 

5. Nak update movies/drama yang aku tengok, makanan dan sebagainya. Tempat travel pun kalau boleh aku akan update di blog jugak. Bolehlah korang pergi melawat. Yang mana aku rasa selesa, aku update. 

Okeylah, Selamat Tahun Baru semua! 

Popular Posts