Assalamualaikum. Maaf ya gambar tak cantik. Masa ni dah lama sangat tunggu salted egg chicken bento kita dipanaskan, sebab tulah sofuto ni dah cair waktu sampai dekat kereta.
Akhirnya dapat jugak merasai balik salted egg chicken bento tu. Dah lama aku cari sebab selalu habis je. Dari waktu raya hari tu sampai sekarang baru dapat. Aku rasa orang pun suka makan benda yang berlemak ni kan haha. Sehab apa yang aku perasan, pembaca dekat blog aku ni suka cari jugak menu ni.
Nak dijadikan cerita, aku nak cari Black Cocoa Sofuto tu, tapi staff dia cakap tak ready lagi sebab masih keras. Diorang tak letak lagi dalam mesin, jadi aku pun order lah Matcha Sofuto ni. Dah tak ada pilihan lain kan. Sebelum ni aku pernah order sofuto yang warna pink tu. Tak ingat nama apa, sedap jugak. Cuma aku tak sempat nak buat post.
Oh ya, maaf tau pada pembaca blog aku yang nak sangat aku review harga oden, bukan aku nak buat tau, sebab aku kurang sangat nak makan oden. Jadi, aku tak beli lah. Jadi, korang jangan kecewa pulak kalau aku tak order oden Family Mart ni huhu.
REVIEW
Baiklah, apa yang aku suka mengenai Matcha Sofuto ni adalah sebab dia punya bau dan rasa matcha dia tak kuat tau. Pahit pun tak. Just nice. Sesuai lah untuk korang yang nak try matcha tapi takut kalau rasa dia pahit ke apa ke kan..sebenarnya tak pahit pun tau.
Rasa dia pun memang tak berapa manis. Ni yang aku suka. Aku bukanlah peminat manis. Jadi untuk korang yang peminat green tea Thai tu aku sebenarnya tak lah recommend korang untuk beli sebab dia tak rasa kaw pun tau huhu. Apa-apa pun, terpulanglah pada korang kalau korang nak try. Tak ada masalah.
Baiklah, terima kasih kerana singgah. Inshallah aku akan rajin buat post makanan sushi pilihan aku pulak setiap kali pergi Empire Sushi. Stay tuned!