Friday 1 December 2023

Please jangan judge manusia dari luaran.

Assalamualaikum. Setelah sekian lama menyepi, aku akhirnya nak berkongsi pengalaman aku pergi ke Kuala Lumpur masa cuti Deepavali hari tu. Sebenarnya, aku pergi bukanlah pergi bercuti sangat pun. Tapi aku mendengar bengkel penulisan khat oleh penulis yang terkenal. 

Alang-alang pergi kan, boleh timba ilmu sekali. Perjalanan tak mudah ya, aku bertolak dari Kedah ke Kuala Perlis, sebab aku tempat flight dari Langkawi terus ke KLIA. Penat gila rasa. Rasa nak tercabut kaki. 

Aku duduk di sana ada dalam 4 hari. Sebab memandangkan ada pertandingan, nak tunggu result pun dah makan 1 hari. Jadi, nak tak nak, aku terpaksa duduk sana lama sikit. 



Nak dijadikan cerita, aku duduk di hotel berdekatan dengan NU Sentral. Sesak juga. Kan dah ambang musim perayaan. Pening lah sikit sebab nama hotel pun semua nak sama, lepas tu tempat nak check in dekat lain, hotel dekat lain. Aku dah macam orang gila dah cari kat mana nak check in. Pertama kali datang sendiri kan. Jadi, aku rasa kalau nak selesa, kena cari hotel yang mahal sikit. Aku rasa trauma jugak nak datang KL untuk next time. 

Dah berjaya check in, aku pun rehat dan tak boleh nak lelap mata jugak malam tu. Letih. Bunyi bunga api tak payah cakap lah. 3 pagi pun masih bunyi lagi. Aku redo kan saja. Dah datang musim perayaan memang kena hadap laa situasi macam ni haha. 

Cuma aku terkilan sikit, masa nak minta diorang bersihkan bilik, aku nak minta diorang sediakan bekas sampah yang baru, aku cakap memang dalam bahasa Melayu. Ya lah, kita duduk Malaysia kan, ada pelayan tu dia tak faham yang aku cakap. Dia kata English please. Nada dia kerek jugak. Nasib lah aku bukan jenis yang cepat marah atau apa. Aku pun cakap je lah dalam English. 

Aku tak boleh bayangkan kalau pelayan tadi ni dapat customer yang jauh lebih baran dari aku. Nah. Tak ke naya dibuatnya. Nasib aku masih sabar. Cuma aku rasa kecewa sikit lah, masih lagi manusia pandang rendah dekat kami yang berpakaian biasa-biasa ni. Mungkin diorang ingat kami ni tak ada duit kot. 

Aku sampai terdiam. Muka kerek diorang tu tak payah cakap lah. Siap tunjuk lagi depan aku. Nasib lah aku malas nak melayan. Kalau tak, nanti isu ni viral pulak. Diorang as staff kena pandai jaga nama baik hotel etc. Diorang tu bila-bila saja akan dibuang kalau customer complaint. 

Diorang berhenti tunjuk muka bila diorang terkejut aku mampu bayar hotel tu pakai kad sebab aku tak bawak cash. Mungkin diorang tengok kasut yang aku pakai kot. Kasut aku saja dah beratus. Tu tak termasuk baju. Baru lah nak layan elok-elok. Keadaan macam ni sama jugak bila aku masuk dalam mall. Please lah, jangan tengok orang tu pada luaran saja. 

Tengok pakaian dia, tengok kasut dia mahal sikit baru nak layan elok. Kalau pakai baju biasa-biasa saja, tak nak layan. Sedangkan semua tu customer tau. Diorang ni ada je duit. Cuma malas nak tunjuk yang diorang ni mampu ataupun tidak. So, aku harap isu ni tak akan berulang lagi. Mana-mana tempat pun, tolonglah layan customer elok-elok. Customer tu bawak rezeki tau. Okey, done bebel. 

Di sini, aku sertakan beberapa keping gambar masa aku berada di sana untuk bengkel. Terisi lah jugak ilmu.

 





Aku siap beli lagi cenderamata untuk dibawa pulang. Cashier tu asalnya nak percaya tak percaya je aku mampu bayar ke tak. Aku malas nak cakap banyak. Aku amik keychain, terus keluarkan kad. Baru dia layan okey. Nasiblah aku tak amik hati. Aku datang sini pun atas dasar bekerja. Jadi tak sempat nak tengok-tengok tempat lain. 



Hari last, singgah sini sebelum naik flight balik Langkawi. Aku sempat amik gambar dalam beberapa keping je. Sebab takut sampai airport lambat. Bila main dengan flight ni, kena cepat. Kalau lambat, memang jenuh lah. Tak pasal-pasal kena cari flight lain pulak.

 


Alhamdulillah, setelah 4 hari, aku pun selamat sampai Langkawi. Aku check in hotel HIG. Semuanya selesa. Dapatlah aku berehat sebelum aku naik feri pada esok harinya. Perjalanan kali ni sangat mencabar. Cuti Deepavali dihabiskan dekat KL saja. Inshallah, pada lain masa, aku akan kongsikan pengalaman aku di tempat yang lain pulak. 

Selamat membaca!

Post a Comment

Popular Posts