1. Memiliki Struktur Heading yang Sesuai 2. Dilengkapi dengan Internal Link 3. Memiliki Keyword yang Tepat 4.Mudah Dibaca Robot dan Manusia 5.Tidak Terlalu Panjang dan Tidak Terlalu Pendek Sumber: Sasana Digital
Tuesday, 30 November 2021
Tips Naikkan Income USD Google Adsense Part 2
Friday, 26 November 2021
Tips Naikkan Income USD Google Adsense Part 1
Ciput saja kan haha. Tak apa, semangat untuk aku menulis tak akan pudar tau.Biarlah orang kata nak tunggu dapat 100 usd tu ambik masa selama 2 tahun. Aku percaya pada rezeki. Jika sudah tertulis itu rezeki kita, adalah. Oh btw, jom lah join giveaway yang aku buat tu. Aku alu-alukan korang join ya. Bagi meriah sikit. Berikut akan aku kongsikan sedikit tips macam mana nak naikkan earning di Google Adsense.
1. Pastikan blog korang kemas, tak berat dan responsive
Oh ya, yang ni tips yang paling utama sekali kalau korang nak ramai readers berkunjung ke blog korang. Readers seperti aku ni kalau jumpa blog yang serabut-serabut tu aku malas nak tunggu lama, terus tekan pangkah. Lagi satu, kalau nak letak lagu ke, bunga-bunga bertaburan ke kalau boleh elakkan lah sebab akan membuatkan blog korang berat. Yang ni aku mengaku, dulu masa aku mula-mula join, aku letak semua. Lagu ke bunga-bunga lah. Lepastu blog aku akan jadi berat dan lambat loading. So, kena kurangkan lah letak gadget merapu. Kalau boleh, nak loading tu kena kurangkan masa 3 saat, barulah blog kita senang readers nak baca. Korang dinasihatkan memilih templat yang responsive sebab kebanyakkan readers lebih suka guna handphone berbanding laptop. Nak cari senang je, korang google ke contoh template responsive, ada yang free dan ada yang kena beli. Yang ni terpulang.
2. Letakkan Ads di tempat yang betul
Korang kalau pertama kali dapat verified dari Google Adsense mesti korang excited kan nak letak iklan. Ada satu blog tu dia letak semua tempat ada iklan. Serabut jugaklah kena tekan pangkah banyak kali sebab terlampau banyak iklan. Last sekali aku pun terus left je lah. Sebab tak mampu nak tekan pangkah banyak kali haha. Korang letakkan iklan tu biarlah minima. Tak terlampau banyak. Cukup satu dua tempat sudah. Dekat Google Adsense dah listkan cara letakkan iklan yang mana korang nak iklan tu muncul.
3. Auto Ads
Ha, yang ni tips yang paling senang korang nak buat. Mana yang tak tahu nak letak iklan dekat mana, korang setkan saja auto ads. Biarkan pihak Google Adsense letakkan iklan di tempat yang bersesuaian. Tips ni aku sedang apply untuk blog aku sekarang sebab aku pun mana reti nak setkan ads untuk bagi readers nampak. Haha, aku serahkan saja pada diorang. Bagi diorang putuskan macam mana nak munculkan iklan aku tu.
4.Post/ Entry yang menarik
5. Elakkan post/entry yang sensitif
6.Pastikan entry tidak berbaur unsur lucah
7.Banyakkan blogwalking
Okeylah, ni sahaja entry aku untuk kali ini. Next entry aku akan share lagi part 2. Aku harap korang sudi-sudikanlah tegur aku mana yang aku tak tahu dalam Google Adsense ni ya. Terima kasih semua sebab membaca entry aku yang tak seberapa ni. Bye!
Thursday, 25 November 2021
Jadual Pengambilan Vaksin Booster
Kepada yang layak menerima vaksin booster ni akan naik di Mysejahtera, kalau nak cepat, boleh walk in di klinik dan hospital swasta berdekatan. Sekian entry untuk kali ini.
Buat Saving/Tabung Dengan Apps MAE oleh Maybank2u
Logo MAE
Ni pulak kad MAE. Kad ni korang akan dapat bila korang apply je tau. Kalau tak nak apply pun boleh saja.
Cara-cara nak buat tabung dengan apps MAE ni mudah saja. 1. Download di Google Playstore atau Apple Store. Tunggu habis install dan open 2. Tunggu skrin warna kuning dan tekan next untuk paparan skrin seterusnya 3. Korang perlu menekan butang kuning tersebut yang menandakan bahawa korang bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Maybank. 4. Selepas tu, korang akan dibawa ke skrin utama paparan aplikasi MAE dan korang perlu cari perkataan Set Up Wallet di bahagian kanan tak silap 5. Kalau dah ada akaun Maybank, klik je Existing User, bagi menandakan akaun MAE dan Maybank anda disambung. Kalau tak ada, korang set up akaun MAE e-wallet korang. 6.Lepas tu, apa yang perlu korang lakukan adalah memasukkan nama akaun pengguna perbankan atas talian korang (username korang tau). Username korang mestilah sama dengan akaun Maybank korang tu. Kalau tak sama, naya pak karimmmmm. 7. Korang kena check sama tak username, password,gambar keselamatan dengan akaun Maybank korang. 8.Lepas tu korang kena create no pin tau. No pin ni akan digunakan kalau korang nak buat tabung ke, main game ke dalam apps ni. Diaorang akan minta. So, korang kena ingatlah no pin ni ok. 9. Lepas tu check no telefon korang kerana mesej verifikasi akan dihantar melalui no phone korang tu. 10. Lepas masukkan code, korang boleh create nama pengguna MAE. Yang ni suka hatilah korang nak letak apa. Nama Mak Jemah ke nama Ali bin Abu ke suka hati. 11. Lepas tu korang akan diberi satu pilihan, nak akaun MAE ke atau Personal Saver. Kalau MAE, baki akan kosonglah sebab korang pun tak letak duit lagi dalam tu. Kalau Personal Saver tu adalah dari akaun Maybank. So korang boleh tahu jugak berapa korang spend walaupun korang tak bukak apps Maybank tu. 12. Done!
1. Tekan perkataan Create Tabung 2. Lepastu korang pilih lah korang nak create tabung tu untuk apa? Aku tekan icon gambar hujan tu. 3. Namakan tabung korang. Aku letakkan Insurans 4. Masukkan tarikh bila korang nak mula dan tarikh akhir korang nak simpan 5. Select akaun korang yang mana korang nak masukkan duit. Aku pakai Maybank je 6. Korang pilih nak simpan sendiri atau auto deduction. Aku pilih auto deduction. Senang tak payah pikir 7. Done.
Dah siap. Next entry aku akan kongsikan macam mana ek nak keluarkan duit dari tabung tu. Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak keluarkan duit tu. Dahla susah payah kumpul kan? Stay tuned!
Wednesday, 24 November 2021
Blooket-Aplikasi menarik digunakan sepanjang PDPR
Hai korang. Berdasarkan post aku kali ini, aku nak sharelah satu aplikasi PDP yang aku guna sepanjang PDPR hari tu. Oh ya, sekarang kan murid datang secara penggiliran, aku rasa tidak ada masalah kalau korang yang bergelar guru nak gunakan aplikasi ni untuk menarik minat murid belajar. Ibu bapa pun boleh jugak daftar akaun ni. Free je.
Namanya BLOOKET. Aku suka explore juga aplikasi yang mana lagi menarik minat murid selain Kahoot, Quizziz, Wordwall, Liveworksheet dan etc. Tapi itulah, anak murid aku lebih sukakan Blooket daripada aplikasi lain Ini aku tanya jujur ya pada diorang. Aku suruh diorang pilih antara aplikasi Quizwhizzer atau Blooket mana lebih seronok? Kebanyakan diorang jawab Blooket. Sebab apa? Sebab Blooket ini fungsi dia seperti main game, pada masa yang sama diorang belajar. Sebelum diorang boleh melangkah ke peringkat seterusnya, diorang kena jawab soalan yang diberikan. Sangat menarik sebab ada pelbagai mode game yang korang boleh pilih. Boleh nak host ke atau nak main solo, main sendiri-sendiri. Nak assign homework pun boleh.
Nak daftar akaun Blooket ni, search di Google. Lepas tu sign up lah. Lagi senang pakai emel sedia ada. Dah sign up, boleh dah korang pilih soalan mana-mana yang korang nak bagi murid buat. Mode game tu akan keluar macam ini.
Selepas tu, korang boleh bagi kod game pada murid. Dia akan jadi macam ni
Dah siap, korang boleh tekan start
Paparan game tu korang hanya boleh tengok progress murid main je tau. Kalau korang nak tengok macam mana paparan pada murid, korang kena join main sekali.
Ni contoh paparan game cafe. Sebelah kiri tu paparan kita sebagai host, sebelah kanan tu paparan murid. Murid yang main game.
Game racing
Selebihnya korang boleh explore sendiri. Memang best dan menyeronokkan. Murid pun akan tertunggu-tunggu masa kelas kita. Okeylah setakat ini sahaja. Bye!
Tuesday, 23 November 2021
Blog diterima Google Adsense!
Ni mesej yang diorang hantar.
Baca juga : Tips Menabung guna MAE
Sunday, 21 November 2021
Review: Kedai Aat Char Koey Teow
Kedai ni terletak dekat dengan Shell Kuala Ketil. Kiranya kalau korang nak isi minyak, boleh datang sini dan alang-alang tu makanlah sekali. Kedai ni tak silap aku diorang bukak waktu malam saja. Siang dah tak bukak. Dulu bukak, sekarang mungkin penangan PKP, jadi diorang bukak waktu malam. Ada 3 menu yang paling utama dekat sini iaitu:
Char Koey Teow Biasa-RM5
Char Koey Teow Besar-RM6
Char Koey Teow Special-RM7
Aku order yang spesial. Kalau yang special diorang letak telur mata dekat situ. Beginilah kejadiannya. Koey teow dia pun banyak, puas hatilah. Udang dia bagi pun banyak. Sangat berbaloi tau kalau korang datang makan dekat sini.
Jadi, kalau korang nak datang sini, pastikan korang bawaklah family korang. Tak rugi pun tau makan dekat sini. Kalau tak tahu kedai ni dekat mana, korang Waze je Aat Char Koey Teow Kuala Ketil. Confirm jumpa. Okaylah sampai sini saja. Kalau korang dah pergi sini, korang bagilah feedback macam mana rasa dia okey.
Aat Char Koey Teow
Alamat: Aat Char Koey Teow Jalan Kampung Kuala Temekah-Kampung Kuala Ketil, Kuala Ketil, 09300 Baling, Kedah
Servis: Dine-in, Takeaway
Wednesday, 17 November 2021
Not Romantic Sunday!
Ni lah keadaan kereta aku pada malam tu. Sekarang ni aku masih alas pakai plastik takut wayar tu terkena air. Korang doakanlah yang terbaik buat aku okey.
Monday, 15 November 2021
Dapat Booster Dose
Ini kad aku.
Inilah borang yang korang perlu isi.
Okaylah setakat ini sahaja post aku untuk kali ini. Kepada yang belum lagi ambil vaksin, pergilah ambil, benda free tak perlu bayar. Memang tak akan hilang terus COVID-19, setidaknya kesan kalau korang kena tu akan kurang. Trust me. Lindungilah orang yang tersayang.
Popular Posts
-
Selamat malam korang. Semoga korang sihat-sihat hendaknya. Aku saja-saja godek Google Search Console untuk blog aku. Aku nak tengok ada ta...
-
Assalamualaikum dan selamat malam. Disebabkan ramai yang search dekat blog aku ni template dam ular yang aku pernah buat sebelum ni, ha kor...
-
Assalamualaikum. Semoga korang dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia selalu. Baiklah, kali ini aku nak berkongsi cara-cara membuat Perma...
-
Assalamualaikum and hi everyone! Actually, I want to apologize for not writing an entry on this blog for a long time due to the rush of wor...
-
Apabila hujan turun dengan begitu lebat sehingga seminggu tidak nampak matahari, maka datang seorang lelaki dan meminta doa daripada Rasulul...
-
Assalamualaikum. Jom kita join giveaway di bawah. Syarat-syarat Penyertaan Giveaway by ejulz 2024 1. Terbuka buat blogger yang menetap di Ma...
-
“Ustazah, setiap kali musim banjir, saya pasti akan tertanya-tanya bagaimana dengan status wuduk dan mandi wajib saya. Adakah sah jika say...
-
Assalamualaikum. Giveaway ini bermula pada 18 hingga 31 Disember 2024. Besarlah harapan aku agar rakan-rakan blogger memberi sokongan deng...